Sunday 28 July 2013

panduan kesihatan untuk kehidupan


                                          


Bismillahirahmanirahim.

   Panduan kesihatan ini berdasarkan pengalaman sendiri .ketika menyertaikya berat badan berkurang hingga 8 kg, tahap kesihatan menjadi semakin baik.jarang demam walau kena hujan.badan rasa ringan nak tarawih pun seronok .Jika mampu jadikan minuman harian.Pasti mendapat kebebasan kesihatan dan terhindar dari penyakit kronik.Insyaallah.

  Ambil sebagai sarapan ketika perut kosong je.Rasanya sedap ada perasa vanila,coklat,strawberi dan sebagainya.Boleh campur oat atau buah-buahan.sediakan sendiri dirumah atau pusat nutrisi.

Panduan menjadi usahawan

Bismillahirahmanirahim.

            "Jika tidak di pecahkan ruyung mana kan dapat sagunya." Pesan orang dulu-dulu.Menggambarkan untuk mendapat sesuatu kita mesti berusaha bersungguh-sungguh, mengikut mentor yang betul serta terus menimba ilmu berkaitan agar apa yang kita lakukan mampu menyelesaikan permasaalahan dan kehendak masyarakat.

              Saya membina perniagaan dari zero,hanya ada sedikit ilmu yang  baru di pelajari ketika usia 35 tahun.Pada tarikh 20.julai 2007, saya telah menubuhkan Jitra Arithmetik System di SSM Alor Setar.Pada masa itu sebenarnya saya sangat sangat zero . Saya bukanlah dari keluarga usahawan, tiada modal untuk menyewa kedai, tiada kenderaan untuk pergi lebih jauh.Saya hanya memaksimakan apa yang ada.Adik-adik sayalah yang telah membelikan saya motosikal terpakai, kemudian saya ansur-ansur bayarkan pada mereka.Merekapun ada tanggungjawap juga, saya amat bersyukur kerana keluarga memberi sokongan setakat yang termampu.

              Saya hanya bergantung pada Allah, ada beberapa sahabat sejati yangg memberi sokongan yang saya tidak akan lupa hingga ke akhir hayat saya. Terima kasih Pada Allah kerana memberi saya sahabat-sahabat yang baik yang mendorong ke arah kebaikan.Saya bekerja sambil belajar sendiri cara- cara menguruskan perniagaan dari segi pengurusan masa dan kewangan .Saya hanya bermula dirumah sebagai pejabat pertama saya.Saya membuka kelas mental Arithmetik di rumah pada sebelah malam.Siangnya saya berkerja menjadi pembantu pengurus di pusat Tuisyen lain.

            Dalam kesibukan menguruskan anak yang bersekolah,bekerja dan membuat tuisyen Alhamdulilah dapatlah saya menabung sedikit sebanyak.Alhamdulilah dengan modal tersebut dapatlah saya menyewa di kedai Mara pada tahun 2009.Sebelum itu saya terpaksa menunpang mengajar di pusat tuisyen beberapa jam seminggu untuk menampung jumlah pelajar yang berada jauh dari kawasan rumah saya.

           Saya hanya menulis tangan, ketika itu saya tiada komputer,jadi saya ke cyber cafe minta adik-adik kat situ tolong buatkan.Saya tak pandai menggunakan komputer pun.Fobia tengok komputer masa tu .saya buat buku latihan sikit demi sikit dengan tulisan tangan di buku petak-petak.Melalui kursus yang saya ikuti saya pun mula membuat pinjaman untuk membeli  komputer.Mulalah saya belajar dari zero sampailah sekarang dipertemukan Allah dengan cikgu Anys Idayu Zakaria dapatlah saya membina blog  panduan matematik untuk kanak-kanaadan buku kedai Asmahmdisa sunnah online.

         Maksudnya untuk memulakan perniagaan, yang paling penting adalah keyakinanan diri, modal dah jatuh no dua pulak.Jika kita ada kemahiran apa-apapun jadikan ianya perniagaan ,daftarkan agar ada lesen untuk berniaaga.Walaupun kita sudah ada ilmu tentang sesuatu jangan berhenti menambah ilmu berkaitan.Pastikan hubungan dengan Allah sentiasa di tingkatkan, hubungan  dengan ibubapa, adik beradik saudara mara mohon rapatkan kerana di situ letaknya keberkatan.Semua Allah pinjamkan pada kita sementara saja, jangan sombong dengan pelanggan, kita takkan berjaya tampa sokongan pelanggan.

       Mudah-mudahan Allah sentiasa membantu saya untuk membantu orang lain..Sebaik mana pun peranncangan kita sebagai manusia, Allah penentu segalanya,peranncangan Allah sentias terik untuk hambanya.Terimakasih Allah kerana memberi hamba perasaan rasa disayangi dengan ujian dan rahmat yang diberikan.Cukupkan keperluan hidup dan mati hamba ya AllAH....Amin





Bismillahirahmanirahim.

    Terimakasih atas ilmu yang diberikan dalam program pembangunan usahawan UUM.

1- Mengenalpasti bagaimana perniagaan itu dapat memenuhi keperluan.
2-Mengenalpasti sasaran pelanggan semasa.
3- Memastikan pelangan berpuashati dan terus mempercayai kita.
4-Mengadakan promosi berkala.
5- Menambahnilai kemampuan diri dan Syarikat.





             

Mudah-mudahan Perniagaan ini mendatangkan manfaat kepada orang lain dan barakah dalam kehidupan kita.

Anak Soleh Permata hati ayah bonda.















Bismillahirahmanirahim

     Anak yang soleh sentiasa menjadi impian semua ibubapa, setiap hari itulah doanya untuk setiap anak.Anak yang soleh memang suatu anugerah dari Allah kepada ibubapa atas amanah yang diberikan.Beruntunglah wahai ibu bapa yang berjaya mendapatnya.


     Anak yang soleh perlu dibentuk dari dalam kandungan lagi,Setiap waktu tak pernah lupa berdoa kearah itu.Sentiasa meninggalkan larangan Allah dan cuba melakukan suruhanNya.Membentuk peribadi seorang anak berlaku setiap hari.Bukan hanya cukupkan keperluan makan dan minum saja.Santapan jiwa dan rohani juga lebih penting .

     Sebagai ibubapa perlu mengisi setiap masa terluang bersama anak dengan tazkirah .Ceritakan kisah-kisah doa orang-orang yang dimakbulkan doanya,mengapa  mudahnya Allah makbulkan.Hebatnya menjadi hamba yang taat hanya kepada Allah.Kongsi segala masalah peribadi atau bisnes atau apa saja jadikan anak sahabat sejati kita agar dapat menjadi jambatan untuk rapat dengan anak.

   Anak akan dapat merasai kasihsayang kita

Membina Suasana Pembelajaran ceria.

Bismillahirahmanirahim.

          Hari ni dah puasa yang ke 19, kelas ada seperti biasa.Mood pelajar nampak sedikit terjejas mungkin kelas pagi, mata masih mengantuk.kelas petang pun lebih kurang la suasananya.kena faham la puasa dah lebih setengah kan.Biasanya kita banyakkan latihan individu dengan buku masing-masing lebih kurang 4 muka surat bagi setiap murid.


          Jika keadaan agak muram , kena ubah keadaan pembelajaran agar kehadiran mereka mendapat ilmu yang bermanfaat serta tidak sia-sia.Kurangkan aktiviti individu dan lebihkan aktiviti berkumpulan dan kuiz kemahiran kuasa minda .Nampak mereka kembali bersemangat macam dah bangun dari tidur.Masing-masing mahu menjawap dengan cepat untuk mendapat  tempat pertama.

           Soalan lisan sangat penting dalam pembelajaran Jitra Arithmetik System.Biasanya semua pelajar mesti buat jika tidak akan lambat boleh balik.Bila dapat menjawap dengan cepat, keyakinan akan bertambah masing-masing menjawap dengan kuat untuk jadi yang terawal .Wah kelas jadi meriah macam di pasar, tapi tak mengapa inilah yang kita nak, berebut untuk jadi yang terbaik...Bayangkan jika setiap minggu murid yang sama mendapat tempat pertama, kita boleh nampak dia dah rasa hebat dan tak boleh di tandingi.


         Nanti yang tak mahu sertai mulanya pun ikut teruja nak cuba....nak sama-sama bisingkan kelas. jawapan pula betul, murid yang lambat pun akan dapat menjawap.Matlamat kita biarlah mereka yang datang pulang dengan perasaan hebat, rasa pandai, hati yang riang dan ilmu yang bermanfaat.


        Ada yang mula datang menangis tapi lepas seketika pasti boleh buat dengan bimbingan dan kasih sayang.Jangan beratkan pemikiran mereka dengan sesuatu yang diluar kemampuan.Bagai seorang ibu, kita harus tahu setakat mana kemampuan mereka .Jika kreatif boleh lebihkan latihan ,jangan berkira dengan pelajar.Kongsi apa saja kebaikan dan ilmu jika mereka mahu.

        Setakat ini perkongsian , pesanan saya  kita mesti bersemangat agar aura kira dapat memberi kuasa luarbiasa kepada mereka.Insyaalah.



 

Saturday 27 July 2013

KELAS PROMOSI PENGENALAN MENTAL ARITHMETIK

Bismillahirahmanirahim.

       Tahun ni belum sempat untuk buat promosi kelas percuma lagi dah setengah tahun berlalu.Tapi bukan sengaja tak nak buat.Salah satu sebabnya mungkin ada tenaga pengajar yang terpaksa bercuti  sebab bersalin.Saya terpaksa ambil alih tanggungjawap tu.

      Tahun ni ingat nak mantapkan kelas yang ada, Jadual pun dah penuh ni.Bila buat promosi kelas baru, kena jemput murid dan waris datang serentak untuk memberi penerangan.banyak tenaga kerja diperlukan, seorang kena mengguruskan murid yang terdiri daripada umur 6 hingga 14 tahun.Dalam masa sejam murid  yang hadir akan belajar asas Arithmetik .Biasanya mereka akan boleh mengira sehingga 99..

      Waris pula akan diberi penerangan tentang sistem arithmetik, bagaimana kaedah ini dapat membantu kanak kanak yang lemah matematik dan menambah nilai pelajar yang cemerlang.Waris dapat mengemukan soalan pada hari tersebut.

         Mudah-mudahan jika tenaga kerja bertambah nanti insyaalah boleh la buat promosi lagi.Kelas ini baik untuk masyarakat memahami mengapa perlu belajar benda ni jika ada kemampuan.Penerangan ni percuma  tapi biasanya selepas itu akan ada pendaftaran baru  sebab waris dah faham dan menarik bagi murid.

       Sampai bertemu di lain catatan asalamualaikum

Monday 22 July 2013

Hijjaz- Ramadhan Bulan Berkat

Pelajar istimewa mampu mempelajari Kaedah Arithmetik

Bismillahirahmanirahim.

                Seandainya diberi pilihan setiap dari ibu bapa ingin mempunyai anak-anak yang sempurna.Bukan kita yang menetukan takdir, ada yang Maha Agung yang menentukannya iaitu Allah subhanahuataala yang menentukanya.Tapi bila diamati anak-anak istimewa ni sangat istimewa....mereka lebih rapat dengan kedua ibubapa mereka sentiasa bersama walau kemana juga.

              Saya pernah mengajar seorang murid istimewa macam ni.Perubahan berlaku dalam hidupnya dimana dia dilihat sangat rajin membuat latihan yang diberikan.Saya merasa sangat bertuah kerana berpeluang berkongsi ilmu dengan nya.Selepas beberapa bulan dia boleh menguasai sifir , boleh menggunakan sempua dengan baik walaupun kadang- kadang dia sanggup ulang mengira agar yakin jawapannya betul.

            Tujuan beliau dihantar kepada saya adalah semata-mata untuk mengisi masa terluang  dengan menimba ilmu.Alhamdulilah memang dapat membantu meningkatkan potensi diri nya.Dia menjadi seorang yang sudah pandai menjaga penampilan diri,pandai menguruskan diri sendiri.Saya merasa sangat istimewa dapat berkongsi ilmu dengan pelajar ini

              Masa yang dihabiskan selama beberapa tahun sehingga tamat level lima diharapkan dapat membantu beliau menguruskan kehidupan berdasarkan logik dan memahami perasaan orang lain.Tambahan pula beliau memang seorang anak yang baik dan soleh.Saya mengharapkan agar beliau mampu berdikari dengan memberi ilmu kepada sahabat-sahabat istimewanya juga.Mudah-mudahan ilmu yang bermanfaat membawa kita ke syurga.

              Kepada ibu bapa semua,cubalah kaedah ini untu perkembangan minda anak-anak anda.Dimana juga anda berada kami boleh membantu anda.Hubungi Jitra Arithmetik untuk makluman lebih lanjut.Bercakap dengan saya puan Asmah di talian 010-5436639.Kami mengajar murid dan ibu bapa yang berminat untuk mengajar anak sendiri di rumah .


               Saya juga bermula dirumah,untuk mengajar anak tapi Alhamdulilah perkongsian ilmu ini  membuka pintu rezeki saya.Purata 150 -200 murid setiap bulan cukup memberi cabaran dan kepuasan dalam kehidupan saya .Muakan tindakan secepat mungkin.Usaha dan terus usaha sehingga berjaya.insyaallah

   

Sunday 21 July 2013

catatan 12 Ramadhan 1434H

Bismillahirahmanirahim......

      Lama rasanya tak menulis minggu ni sebab sibuk dengan puasa.Masa banyak habis di kelas pada waktu siang dan malamnya banyak ke masjid .Mudahan saya tidak ketinggaian untuk sama- sama mengecapi tawaran Mega dari Allah ganjaran pahala dan memohon sebanyak-banyaknya keampunan dari Nya.

      Sebagai manusia kita tak terlepas dari dosa -dosa secara sedar atau tidak.Dosa yang berlaku tanpa sedar menyebabkan adanya penyakit hati yang lain seperti was-was dan tidak tenang .Hanya padaNyalah tempat memohon ampun.Jika Dia tidak mengampunkan kita , bagaimana hidup akan tenang .

      Walaupun berpuasa kelas tetap seperti biasa hanya kelas sebelah petang mula awal 30 minit supaya waris dapat menyediakan kelengkapan berbuka seperti biasa.Hanya 90 minit seminggu masa kelas .Tujuannya adalah supaya minda terus ditambah nilai walaupun berpuasa.Jika bercuti nanti nak datang kelas selepas raya buku pun dah hilang.Sebaiknya kelas diteruskan seperti biasa .


        Saya suka berbuka di masjid jadi ada masa untuk bertahlil dan membaca Al Quran di masjid sehingga tengah malam Jika di rumah macam-macam nak buat akhirnya Tak sempat pun membaca Al Quran.Alhamdulilah sudah dua belas hari .Saya hanya memasak waktu sahur sebab satu keluaga bersama ke masjid..Terimakasih kerana Allah anugerahkan keluarga yang mahu bersama setiap masa dan ketika.

        Mudah-mudahan puasa kali ni lebih baik dari sebelumnya insyaalah.Mudah-mudahan semua pun dapat berpuasa disiang hari dengan sebenar-benarnya dan bertarawih di malam hari.

Tuesday 16 July 2013

TEORI SEMPUA

TEORI SEMPUA
 





Teori sempua adalah lanjutan dari Teori Jari,Teori ini boleh mengira sehingga juta berbanding teori jari hanya sampai 99  sahaja.Biasanya dipelajari setelah dapat menguasai teori Jari.Tujuannya adalah supaya pelajar mudah mempelajarinya satu persatu.

Kelebihan teori sempua adalah:

- Dapat mengira angka lebih banyaksehingga juta,
-Menberi pilihan kepada pelajar memilih samaada ingin menggunakan teori jari atau teori sempua,
-Memberi kaedah altenatif menarik dalam mengira,
-melibatkan proses yang lebih mencabar seperti darap dan bahagi.


Perkara penting yang   mesti di patuhi:

- Mesti memegang pencil semasa mengira,
-Ibu jari adalah untuk menambah  manik bawah,
-Jari telunjuk adalah unyuk menolak manik bawah.
-Jari tengah adlah untuk manik atas saja tambah atau tolak,
-Jari manis dan jari anak dilipat untuk memegang pencil sahaja
-Tangan kanan hanya untuk memegang sempua sahaja,


Gara pengiraan:

-Mulakan dari tiang sebelah kanan.
-Tiang pertama adalah rumah sa,iaitu 1,2,3,4,5,6,7,8dan 9
-Tiang kedua adalah puluh,iaitu 10,20,30,40,50,60,70,80 dan 90
-Tiang ketiga adalah ratus.100.200,300,400,500,600,700,800 dan 900.

SELAMAT MENCUBA



Monday 15 July 2013

Teori Jari
















        Bismillahirahmanirahim

         Teori jari adalah teori asas di Jitra Arithmetik System.Walaupun tidak terdapat dalam silibus mental Arithmetik tahap 1 di sekolah, teori jari dipercayai telah dapat membantu mengaktifkan otak kanan dan otak kiri.Disini kami mulakan sesi pembelajaran dengan teori jari dan kemudia teori sempua.

          Teori jari melibatkan tangan kanan dan kiri.Tangan kanan mewakili rumah sa, tangan kiri akan mewakili rumah puluh.Ianya melibatkan pengiraan sehingga ke 99.Mula dengan jari telunjuk,jari tengah, jari manis   dan jari kelinking iaitu 1, 2, 3, dan  4.Ibu jari nilainya 5,ibu  jari dan telunjuk 6,ibu jari,telunjuk dan jari tengah  nilainya 7,ibu jari,jari telunjuk dan jari  tengah  nilainya 8, Akhirnya ibu jari , jari telunjuk, jari manis dan jari kelinking nilainya 9.

          Ulang proses sama di tangan kiri .10,20,30,40,50,60, 70,80 dan 90.Nombor ini diwakili oleh jari di tanga kiri pula.Mula dengan ibu jari, jari telunjuk ,jari tengah jari manis dan jari kelinking nilainya 40,ibu jari 50, ibu  jari dan telunjuk 60, ibu jari,telunjuk dan jari tengah  nilainya 70, ibu jari,jari telunjuk dan jari  tengah  nilainya 08, Akhirnya ibu jari , jari telunjuk, jari manis dan jari kelinking nilainya 90.


           Bukan hanya budak 6 tahun boleh menggunkannya tetapi juga semua yang mula belajar mestilah belajar dan tahu guna jari yang betul.Jari akan bagi jawapan jadi ikut arahan semasa mengira. Sebutan jelas dan gerakan jari dengan betul mengikut kehendak soalan,

          Cuba latihan di bawah:

!)  25 + 50 +11 + 3 -75 +60 + +20=  --------------

Percayakah anda soalan macam ni murid jawap 5 saat ja. Maklumat lanjut 0105436639.

Friday 12 July 2013

serlahkan potensi diri




https://encrypted-tbn3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTzs4uhnRs2XVTGIR1kEzpcmbsMRNBLX3zds4U86a90CMzQjrOdcQ 

 Bismillahirahmanirrahim..

         Alhamdullilah siap dah kelas hari Jumaat penghulu segala hari .Minggu pertama puasa biasalah murid pun tak dak mood nak bercakap.Masing-masing buat keja sendiri ,tak adalah yang main kejar-kejar. Syukur alhamdulilah, kesihatan yang baik yang Allah beri memang satu nikmat.Kesihatan yang baik akan sentiasa menjadikan kita ceria dan bersemangat.


         Dengan semangat itulah kita dapat meneruskan usaha membantu menaikkan martabat anak bangsa kita dibumi yang tercinta ini.Kita mesti gembira barulah kita dapat gembirakan orang lain.Kadang-kadang kita terlebih gembira kerana dikurniakan anak yang ramai.Bagaimana yang tidak di kurniakan anak....adakah dia tidak boleh gembira?Apa yang penting berstukur dengan apa yang ada tetapi terus berusaha untuk jadi lebih baik.

         Sebenarnya  kita akan sentiasa bahagia jika sentiasa bersyukur, bayangkan ketika Allah sedang menguji kita...pahit dan perit untuk dikenang , Airmata bagaikan sudah kering, tiada arah untuk dituju ....tapi dihati jangan pernah lupa Allah sedang menguji kita untuk menaikkan darjat keimanan seseorang hambanya..

         Jangan putus berdoa jika tiba-tiba kita kehilangan orang -orang yang kita sayang kerana semua kurniaan Allah adalah pinjaman, bukan hak milik kekal.Sebagai wanita kita mesti ada kemahiran tertentu yang hanya kita yang tahu.kemahiran asas adalah memasak.Walau setinggi mana kita belajar kita mesti mahir memasak untuk keluarga supaya ada resepi keluarga yang boleh diingat oleh anak-anak kita bila kita telah tiada.Air tangan seorang ibu tetap yang paling sedap kerana diadun dengan keikhlasan dan kasih sayang.

          Wanita juga mesti tahu mencari sumber pendapatan sendiri, tukarkan minat kepada sesuatu kepada sejenis perniagaan yang didalamnya ada seluruh rasa cinta dan keikhlasan.Alhamdulilah jika suami memang ada sebagai pendorong dan pelabur juga.Jika berlaku sesuatu yang tidak di duga kita ada kekuatan untuk terus melangkah kehadapan.

         Akhirnya wanita perlu ada lesen dan dapat memandu dengan baik, Langkah lebih teratur dan selamat jika kita tak perlukan driver dalam semua urusan.Wanita adalah pengurus masa yang baik , dia sentiasa dapat merasa bila anak-anak memerlukannya.Pasangan pula kadang-kadang sama manja dengan anak itupun wanita kena uruskan juga.

          Wanita yang hebat adalah wanita yang sentiasa bersyukur,tetapi sentiasa berwawasan untuk kehadapan.jangan jemu untuk belajar perkara baru mengikut zaman.Jika berilmu kongsikan agar hidup lebih berkat.