Saturday 28 September 2013

ERTI PERSAHABATAN

Teks :Asmah Md Isa
Sahabat adalah seseorang yang sentiasa ada ketika kita memerlukan samada saat suka atau duka. Sahabat yang  sangat serasi dengan kita biasanya sentiasa kekal dalam ingatan, Persahabatan pula adalah hubungan yang serasi antara sesama insan. Persahabatan yang berlandasan keikhlasan biasanya kekal ke akhir hayat.

Sahabat terbaik adalah kata hati kita yang sentiasa mengajak kita kearah kebaikan.Alhamdulilah jika kita ada kata hati yang boleh diharapkan. Boleh di sebut deria ke enam, setiap kali ingin melakukan sesuatu, jika hati merasa yakin pasti ada kebaikan dan boleh diteruskan.Sebaliknya jika hati berdebar-debar, kurang pasti dan tidak jelas elok tidak diteruskan.

Kata hati yang boleh dipercayai mestilah sentiasa bermunajat dan mohon bantuan Allah dalan setiap pilihan. Hanya Dia berkuasa menggerakkan hati dan melindungi kita dari jalan yang sesat. Setiap hari jangan segan untuk berdoa,jangan berputusasa jika belum nampak hasilnya, teruslah bersangka baik denganNya.Dia sentiasa ada plan terbaik  untuk setiap hambanya.

Niat yang ikhlas sangat penting. Semua perkara bermula dengan niat yang betul. Jika niat sudah betul , insyaallah pasti semua perkara yang berlaku dalam hidup kita sentiasa positif dan memberi rangsangan baru untuk terus cemerlang.

 Jika ingin sahabat yang boleh mendengar masalah kita , kita perlu jadi pendengar yang baik kepada sahabat yang lain.mendengar luahan bukan perkara yang senang.Tidak semua orang boleh bersabar mendengar luahan.....banyaknya suka memberi komen tanpa diminta. Mendengar dengan penuh  ikhlas memberi kita ruang untuk berfikir.


Wednesday 25 September 2013

bukan sekadar kelas sempua

teks Asmah Md Isa:

Saya teringat beberapa dailog."Cikgu ada buat kelas tuisyen lagi sekarang", tanya seorang ibu yang pernah menghantar anak belajar tuisyen subjek di rumah saya. "Buat lagi, tetapi kat rumah dah tak buat sebab dah sewa kedai dekat Arked Mara, lagipun sekarang saya hanya buat kelas sempua saja ."jawapan saya. Ibu tadi pun jawap "mmm sempua saja ya, saya nak cari kelas subjek sebab anak saya dah biasa dengan cikgu" jawapannya memberi saya satu kesimpulan ibu ini masih belum tahu kelebihan kelas sempua saya,

Saya tak salahkan beliau sebab tak nampak apa yang saya nampak, dia hanya nampak sempua suatu alat permainan yang akan digunakan oleh anaknya bila dah jemu  nak belajar nanti, Sempua ada di kebanyakkan rumah saya pasti sebab pada tahun 2004 ada diperkenalkan disekolah untuk pelajar tahap satu . Tak tahu dimana silapnya akhirnya tak berjaya dan yang tinggal hanya sempua sebagai kenangan. Kebanyakkan ibubapa merasa begitu kerana tak nampak keberkesanannya,

Ada juga ibu bapa yang tahu kelebihannya mengambil tindakan menghantar anak-anak tersebut ke kelas Mental Arithmetik untuk meneruskan apa yang dipelajari di sekolah. Alhamdulilah mungkin ibubapa tersebut memang faham kelebihan kaedah ini dalam perkembangan minda kanak-kanak.Ada juga yang sudah memiliki anak yang skor 5A setiap subjek pun masih mahu menghantar anak belajar kaedah ini kerana mereka sangat faham, dalam kehidupan bukan hanya perlu skor A dalam pelajaran tetapi sentiasa A dalan pemikiran dan tindakan.Syabas untuk anda.

Untuk makluman, kaedah Mental Arithmetik ini adalah proses mengaktifkan otak kanan dan kiri,Tujuannya adalah untuk membina kreativiti dalam pemikiran dan memaksimakan logik akal melalui latihan.Membantu pelajar menyedari tanggungjawap sebagai murid,sebagai anak dan yang penting tanggungjawap sebagai hamba Allah.Dalam tempoh enam bulan  hingga setahun, nilai positif akan terbentuk seperti dah rajin buat kerja sekolah, kurang melawan cakap ibubapa,rajin bertanya,suka mempamerkan kemahiran dia dihadapan kawan terutama kehebatan sifir dan rajin solat.

Kelas Mental Arithmetik ini bukan hanya sekadar kelas sempua, sebenarnya ia lebih dari itu.Kelas yang sangat istimewa hanya 20 murid satu kelas supaya setiap pelajar mendapat yang terbaik setiap sesi. Kelas yang melatih pelajar menguasai sifir sepenuhnya, pusat setempat untuk adik beradik untuk memudahkan ibubapa menghantar anak mereka. Pelajar juga diberi sijil jika lulus dalam ujian yang disediakan.

Walaupun kaedah ini hebat untuk minda Minda ibubapa mesti yakin dengan anak mereka menguji minda setiap masa barulah nampak keberkesanannya dan anak merasa perlu menjadi hebat untuk gembirakan ibubapanya. Janganlah berkata sesuatu yang mematahkan semangat anak terutamanya yang nakal .Senakal mana juga anak-anak kita, tidak akan kemana dia jika doa ibubapa untuk menjadikannya anak soleh lebih hebat dari kenakalannya.Mohon lah hanya kepada Allah...wallahualam
 

Thursday 19 September 2013

AKTIFKAN MINDA SEPARA SEDAR

RAHSIA KUASA MINDA  SEPARA SEDAR 
Minda separuh sedar  menyimpan sehingga 90% tetapi jarang digunakan sebab  tidak diajar untuk menggunakannya secara betul.Kita sering gunakan  minda sedar  yang hanya mempunyai10% kemampuan untuk berfikir.itulah sebabnya  kita sering berfikiran negatif, .kita menakutkan diri sendiri iaitu tiada keyakinan diri.Bina pemikiran yang positif seperti maafkan kasalahan orang sebelum tidur, mohon ampun dengan orang yang rapat dengan kita setiap hari.bersangka baik dengan Allah, dengan semua mahluk.


 Program semula minda kita setiap malam sebelum tidur,Bayangkan apa kita mahu lakukan esok.setkan dalam minda perkataan yang kita suka seperti aku pandai,aku kaya,aku anak soleh dan sebagainya selama sebulan dan lihat hasilnya.Jika tidak menjadi muhasabah diri tengok solat kita, tengok hubungan silaturahim kita, perbaiki hubungan dengan Allah insyaalah hubungan dengan mahkluk akan jadi positif.

Wednesday 18 September 2013

Bina Aura Positif Melalui senyuman

              Mulakan pagi dengan senyuman.Senyuman akan mengalirkan aura positif jika di lakukan dengan penuh keikhlasan. Mudah-mudahan sedekah yang paling mudah itu memberi kita pahala.Walaupun mudah tetapi kadang-kadang susah nak dilakukan.Bayangkan jika terjumpa seorang yang selalu buat kita bengang, boleh sedekah senyuman ka untuknya? Mudah-mudahan Allah beri kekuatan untuk melawan hasutan syaitan, saat inilah syaitan akan menghasut kita dengan berbagai pandangan negatif.

             Bagaimana jika jumpa orang yang tak puas hati dengan kita pula, biasalah dalam kehidupan , kita tak dapat puaskan hati semua orang.Walaupun kita sudah tahu dia pasti tidak balas senyuman kita, namun bagi saya cuma teruskan senyuman sebagai sedekah kita untuknya.Sama ada balas atau tidak, Allah yang tentukan .Jangan buat keputusan untuk orang lain.  Manalah tahu dengan senyuman tu, Allah buka hatinya untuk terima kita semula....Hanya Allah yang boleh ubah hati manusia..Siapalah kita nak ubah hatinya.
               
             Moralnya disini mulakan hari dengan fikiran positif.Cari apa saja tindakan untuk dapatkan aura positif.Mudah-mudahan aura itu dapat memberi kesan positif untuk hari kita dan hari orang lain.Aura positif ini akan menarik berbagai benda-benda positif kepada kita seperti magnet menarik besi.Semak balik jika kita bangaun awal, siapkan kerja mengikut jadual,kita akan menjadi contoh yang baik untuk orang lain di tempat kerja.Ingat balik sewaktu kita ter...bangun lewat..aduh tiba-tiba dipengaruhi aura negatif...mandi kelam-kabut, tak sempat sarapan,tertinggal itu ini, dijalan  lampu isyarat pun merah je....betul tak?

          Cuba setkan dalam minda hari ini..positifkan hati dan minda untuk diri sendiri, keluarga dan orang sekitar kita.mudah-mudahan sedekah kita berterusan ...walaupun kita tak banyak harta untuk disedekahkan setiap jam....selamat mencuba.



             

Tuesday 17 September 2013

ZIKIR YA MALIK (RAJA YANG MAHA BERKUASA)

           


     
  Alhamdulilah.syukur atas setiap kurniaan..terutama atas nikmat tidur malam yang lena, atas nikmas pernafasan, atas nikmat menjadi anak yang soleh,atas nikmat saudara mara,jiran-jiran yang sangat prihatin.Banyaknya nikmat Allah dah beri, mudah-mudahan sentiasa berzikir YA MALIK, yang bermaksud Raja Yang Maha Berkuasa sebanyak 121 kali setiap pagi dan selepas matahari terbenam,Insyaallah setiap pekerjaan yang dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat dan kekayaan dunia dan akhirat

   Zikir bukan hanya menenangkan hati,tapi menghindari diri dari memikirkan sesuatu yang negatif,Apa juga aktiviti  membasuh ,memasak, atau menyapu sampah.berzikirlah untuk bersyukur atas semua anugerah Allah

Alhamdulilah


TERIMA KASIH ALLAH.


                   Alhamdulilah.Saya amat bersyukur dapat menyiapkan blog panduan matematik untuk kanak-kanak sebagai perkongsian ilmu untuk ibu bapa yang inginkan satu kaedah untuk melahirkan anak-anak soleh yang cekap matematik.Mengapa perlu cekap matematik? Jawapannya adalah matematik melahirkan anak-anak yang bukan hanya pintar tetapi kreatif dan bijak menangani masalah sendiri dengan tindakan yang logik.

    Mental arithmetik adalah proses mengaktifkan otak kanan yang membentuk imaginasi,kreativiti dan berkualiti dalam hubungan sesama insan, iaitu mampu melahirkan akhlak anak-anak yang mulia seperti bertanggungjawap, berani mengaku kesalahan,sangat penyayang dan prihatin.jemputlah singgah di blog saya, untuk maklumat kelas di kedah dan perlis boleh pm saya,untuk mengajar anak sendiri di rumah  ada kursus untuk ibubapa, Mental Arithmetik akan mengubah persepsi anda..sebenarnya ianyanya bukan sekadar kelas sempua......

    Terimakasih untuk guru online saya puan Anys idayu Zakaria.Mentor dan penyelaras program yang sangat saya kagumi puan Masayu Ahmad.Beruntungnya saya dapat belajar dengan guru dan modul yang mudah,masa yang fleksibel,yuran yang sangat murah.....memang sangat berpuas hati.Alhamdulilah.

JITRA ARITHMETIK SYSTEM......Bukan sekadar kelas sempua.....

Saturday 14 September 2013


PANDUAN MATEMATIK UNTUK KANAK_KANAK.
Pusat Perkembangan Kuasa Mnda Setempat.

1-Pengenalan
Mental Arihmetik adalah  suatu kaedah pengiraan matematik berasaskan sempua.Membantu pelajar mengira dengan lebih cepat melibatkan proses mengaktifkan otak kanan dan kiri.Latihan teori dan praktikal yang berterusan akan  mengaktifkan kreativiti dan kualiti dalam pembelajaran.
.
2-Matlamat Penubuhan .
Membantu menambah pelajar celik matematik
Memupuk minat kepada sunjek matematik
Membantu menguatkan daya ingatan.
Meningkatkan keyakinan diri pelajar

2-Proses pembelajaran.
Teori Jari.
Teori sempua
Teori Congak

3-Perkhidmatan yang disediakan.
-Kelas pelajar 6-14 tahun,
-Kelas intensif musim cuti penggal.
-Kelas tenaga pengajar sambilan,
-Kelas promosi percuma untuk pembukaan kelas baru.

..

Saturday 7 September 2013

Hebatnya Otak Manusia

teks Asmah Md isa
Jitra Arithmetik System

.
Bismilahirahmanirahim.........Mental Arithmetik adalah satu kaedah pengiraan berasaskan sempua atau abacus.Kaedah ini boleh membantu pelajar yang menghadapi masalah  dalam pembelajaran seperti tidak boleh fokus,tidak minat subjek matematik, tiada keyakinan diri dan sebagainya.Masalah sebegini jika dibiarkan akan mempengaruhi proses pembelajarannya terhadap keseluruhan.

    Kaedah mental arithmetik ini , mampu mengaktifkan "kuasa minda" pelajar melalui latihan yang ditetapkan.Proses mengaktifkan otak ini mestilah dilakukan secara berterusan walaupun selepas pembelajaran.Memberi rangsangan yang bersesuaian dan mengasah minda menyimpan data akan melahirkan pelajar yang kuat daya ingatan dan daya tumpuan.Proses mengimbangi penggunaan otak kanan dan otak kiri ini sebenarnya melahirkan pelajar yang bukan sahaja berkemahiran menyelesaikan masalah matematik tetapi sentiasa berfikiran waras dan bertindak secara logik

   Kemampuan berfikir dan menghafal mampu melahirkan pelajar yang berkeyakinan tinggi melalui peningkatan Kuasa minda dan kepantasan menjawap soalan dengan cepat dan tepat.Ransangan dan latihan berterusan akan menajamkan daya ingatan melalui kaedah Congak akan lebih menyelahkan prestasi pelajar.
Kemahiran sifir juga diterapkan selari dengan latihan pengiraan  Bijak sifir dengan kaedah cepat dan tepat sudah tentulah mampu melahirkan pelajar  yang bermotivasi untuk sentiasa dihadapan.


 Adakah anda inginkan anak-anak anda minat pada matematik,suka kepada angka, cekap sifir dan boleh mencongak iaitu kiraan menggunakan minda.Cubalah kaedah mental Arithmetik ini untuk mereka.Pastikan proses pembelajaran mengikut jadual dan dihabiskan hingga mendapat sijil.Mulakan seawal 6 tahun kerana umur 6 hingga 8 tahun sangat mudah dibentuk kerana proses penyimpanan data dalam otak masih kosong dan boleh menyerap maklumat dengan lebih baik.

Wednesday 4 September 2013

Mental Arithmetik dan sifir

Bismillahirahmanirahim.
      Selawat dan salam keatas junjungan Nabi saw,keluarga serta sahabat.Alhamdulilah ada masa untuk menulis sepatah dua kata.Terima kasih Allah Akhirnya Jitra Arithmetik System berpeluang mengadakan kelas di negeri Perlis.Inilah Kedai yang baru di B4,D"Mara Kangar, Persiaran Jubli Emas.Berhampiran Tabung Haji Kangar.  Terima kasih atas sokongan ibubapa di Kangar kerana telah memberi sokongan untuk saya membuka kelas di Negeri Perlis Indera Kayangan.
      Hari ni nak kongsikan bagaimana Mental Arithmetik membantu anak anda menguasai sifir dengan mudah selain teknik hafalan .Semua kaedah juga mesti ada praktis yang berterusan barulah berkesan dan berkekalan.Dengan mental arithmetik anak anda boleh menguasai semua sifir menggunakan tangan kanan dan kiri , bukan hanya sifir 9 seperti kebanyakan yang pelajar sudah tahu .Sebab itulah anak-anak kita selalu merasa sifir 9 senang boleh buat dengan jari saja.

    Mula-mula semak formula di bawah:

+9=-1+10
+8=-2+10
+7=-3+10
+6=-4+10
+5=-5+10
+4=-6+10
+3=-7+10
+2=-8+10
+1=-1+10

Maksudnya untuk tambah 9 boleh tolak 1 dan tambah 10

Ingat teori asas jari , ibu jari nilainya 5,jari lain semua 1 bagi tangan kanan untuk rumah sa., Ibu jari kiri pula 50, jari lain semua 10.

Kita mula membaca sifir sekarang:

1x9=9    caranya angkat tangan kanan dan buka semua jari.
2x9=18  jadi tolak satu di jari kanan dan tambah 10 di tangan kiri. jawapan  ada di jari adalah 18
3x9=27  jadi tolak satu dan tambah 10 di tangan kiri, jawapan di jari adalah 27
4x9=36  ulangi kaedah sama iaitu -1dan +10 jawapan di tunjukkan adah 36,
5x9=45  ulangi kaedah sama iaitu -1dan +10 jawapan di tunjukkan adah 45,
6x9=54  ulangi kaedah sama iaitu -1dan +10 jawapan di tunjukkan adah 54,
7x9=63  ulangi kaedah sama iaitu -1dan +10 jawapan di tunjukkan adah 63,
8x9=72  ulangi kaedah sama iaitu -1dan +10 jawapan di tunjukkan adah 72,
9x9=81   ulangi kaedah sama iaitu -1dan +10 jawapan di tunjukkan adah 81,

Walaupun cara ini boleh membantu saya masih menggalakkan pelajar menghafal, teknik hafalan sangat membantu pelajar membuat matematik dengan lebih cepat.tidak perlu mengira hanya sebut soalan  seperti contohnya 7x8,7x6 dan sebagainya dan jawapan sifir itu akan diingati sebab dah di hafal dengan kaedah yang betul.

Mudah-mudahan dapat manfaat kepada ibubapa yang ingin anak yang cekap sifir dan pintar matematik.insyaalah.Ingat mesti di lakukan sekerap yang boleh, barulah mudah dikuasai.

Monday 2 September 2013

POSITIFKAN MINDA MENGHADAPI CABARAN

teks Asmah Mdisa.
Jitra Arithmetik System.
pusat kuasaminda setempat.
umur 6-14 tahun.

Asalamualaikum.wbt kepada semua pembaca yang di hormati.Hari ini mudah-mudahan minda yang positif akan membantu perjalanan hidup yang berterusan.siapa yang tak terkesan dengan isu semasa semalam, tetapi hidup mesti diteruskan.semakin mencari jawapan kenapa, mengapa,pasai apa ,awat dan sebagainya tidak akan menyelesaikan masalah .Jangan kerana nya , kerja kita terjejas, kualiti dan kuantiti kebaikan berkurang kerana merasa tidak ada "mood" nak keja.Paling di takuti kita buat doasa kering hari ini, mengungkapkan kata-kata yang negatif kepada orang lain.

Setiap ungkapan adalah doa yang sentiasa di aminkan oleh para malaikat di kiri dan kanan kita.Jika ungkapan yang tidak baik diaminkan...nauzubilah takut dibalikan kepada yang mengucapkannya.Dua tiga hari lepas kita dah ucapkan bertapa bersyukurnya tinggal dan ditakdirkan menjadi rakyat Malaysia, sebab aman dan bebas merdeka.Hari ini mengapa tak bersyukur sebab naik sikit kalau naik banyak macam mana?

Saya usahawan pendidikan kecil sahaja, sepatutnya lagi risau sebab bila kos hidup bertambah permintaan untuk pendidikan tuisyen mungkin terjejas.Mengapa saya harus membuat keputusan untuk esok sedangkan hari ini tidak diselesaikan dengan sempurna,Rezeki Hanya Allah boleh tentukan ,Tanggungjawap kita sebagai manusia hanya berusaha dan bertawakal. Tahun hadapan saya mesti siapkan plan pemasaran yang lebih baik dan lebih hebat dari sebelumnya ,Maksudnya kita kena jadikan isu semasa satu cabaran untuk kita lebih berusaha .Mudah-mudahan dipermudahkan Allah jalannya.

Orang berjaya biasanya bukan ada satu perniagaan saja.Marilah kita merebut peluang perniagaan lain yang ada depan mata yang sesuai dengan ilmu yang ada dalam diri kita.Keluarkan potensi diri yang sebenar.Jangan lupa minda mesti fikir positif.Mesti ada mentor yang hebat,ilmu yang berkaitan dan tindakan segera.Ada orang yang berminat tetapi selagi tak bertindak selagi itulah akan menjadi angan-angan.Kuasa untuk bertindak mesti bermula dari minda yang positif.

Alhamdulilah YaAllah ,hanya padaMU hamba memohon ampun atas kesilapan dan dosa hamba.Hamba percaya barang siapa yang bertakwa dan berusaha dengan bersungguh-sungguh, nescaya Allah akan melepaskan dirinya dari masalah hidup dan diberinya rezeki dari sumber yang tak terduga.Barang siapa yang bertawakal hanya kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya.Hanya Allah yang tahu bila ,dimana dan bagaimana ketentuan atas tiap sesuatu

Terimakasih buat mentor hebat Puan masayu Ahmad dan Puan Anys Idayu Zakaria atas ilmu yang diajar.nasihat yang berguna serta niat dan keihlasan untuk membantu menjadikan impian suatu kenyataan.semoga Sentiasa dalam perlindungan dan kasih sayang Allah.

asmahmdisa59.Blogsot .com
asmahmdisa@yahoo.com
asmahmdisasunnahonline.com
panduan Matematik untuk kanak-kanak.