Monday 26 August 2013

PANDUAN MENUNTUT ILMU

          Bismillahirahmanirahim...Asalamualaikum wbt.salam ukhwah untuk semua pembaca.Akhirnya dapat sampai ke tugasan terakhir ni walaupun merangkak macam kura-kura tapi alhamdulilah juga ."Alah bisa tegal biasa "orang tua-tua kata .Terima kasih kepada guru online saya yang cute tu....kecil molek je orangnya tapi dah ada dua puteri...kecil-kecil cili padi....jangan marah sifu Puan Anys Idayu Binti Zakaria.Tak lupa kepada penyelaras utama  Puan Masayu Binti Ahmad serta rakan-rakan kelas Asas Blog yang telah saya baca blog mereka.....semuanya hebat -hebat belaka berbanding saya.
              Saya ni dah hampir setengah abad , tapi impian nak buka kedai online masih membara jadi saya rasa amat bersyukur dapat belajar benda ni walaupun mungkin terlewat sedikit tapi harap-harap belum terlambat.Ilmu ni boleh dikongsi dengan mereka yang memerlukan suatu hari nanti.
          
           Hampir tiga bulan baru dapat tulis 44 entri , agak-agak berapa lama baru dapat jual barang di kedai online saya.....tapi saya tak kisah sangat , banyak lagi nak kena belajar, saya cuba saja apa yang termampu.Saya mesti cantikkan blog saya supaya orang tertarik nak baca....banyak lagi terapkan pengalaman setiap hari  agar dapat menjadi panduan kepada pembaca yang nak tahu tentang sempua/ abacus atau arithmetik..Mudah-mudahan dapat membantu.




                                      
         Tugasan terakhir ini sangat bererti untuk saya, walaupun bagi orang lain biasa-biasa saja.Banyak kekurangan dan cabaran yang telah dilalui untuk sampai kesini.Apa yang nak dikongsi kali ini adalah adab menuntut ilmu.Apa juga perbuatan kita perlu ada adab yang betul.Niat yang betul  dan ikhlas untuk mencari ilmu perlu ada sehebat mana pun orang yang mengajar kita, tidak akan memberi makna jika kita sendiri tidak berusaha untuk berjaya.Ilmu yang di pelajari mesti dicatit dan diamal dalam kehidupan.


          Menghormati guru merupakan adab yang paling utama.Guru yang mengajar juga perlu lebih dahulu menghormati  orang yang di ajar.Jangan keluarkan kata-kata yang boleh membuatkan pelajar rasa malu dan tercabar.Saya sentiasa berpesan pada diri sendiri agar sentiasa memberikan kasih sayang semasa mengajar, jika terpaksa menghukum pun hukumlah kerana Allah.Seperti mengajar anak sendiri matlamat mesti di utamakan.pelajar mesti faham,tahu buat dengan sempurna dan berhemah.


            Sebagai rakyat Malaysia ,saya juga ingin berjasa untuk negara.Jika saya mampu saya ingin memberi kelas percuma untuk anak-anak miskin yang tak mampu untuk membayar tuisyen.Terutamanya di kampung-kampung.Saya ingin gunakan dewan orang ramai yang tersedia ada dan jarang di gunakan pun tetapi saya tak dapat realisasikan lagi kerana mungkin saya bukan orang yang suka berpolitikSaya tetap berhasrat suatu hari saya mampu jadikan ianya kenyataan.Doakan saya ya sahabat-sahabat kerana saya sangat faham kaedah  Mental Arithmetik ini mampu mengubah minda sesaorang.

   Salam penuh keikhlasan.Mohon maaf jika terdapat kesalahan .Saya bukan penulis ,tetapi saya cuba memberi yang terbaik dalam penulisan.Mudah-mudahan ada manfaat untuk di kongsi.Panduan selebihnya mesti menghormati ibu bapa kita walau sebijakmanapun kita.Ibubapa juga perlu redha dan mendoakan anak-anak agar dapat manfaat dari kaedah ini.Jangan kelirukan anak dengan fakta atau kata-kata yang menafikan kemampuan guru.Segala persolan sila rujuk kepada  tenaga pengajar, kadang-kadang apa yang kita belajar dulu tak sama dengan kaedah anak kita belajar.

Asalamualaikum wbt.



No comments:

Post a Comment