Saturday 22 June 2013

Panduan Asas menggunakan sempua atau abacus

Bismillahhirahmannirahhim.
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi penyayang,selawat dan salam untuk para junjungan serta doa restu untuk ibu ayah yang sangat dikasihi.Tak lupa pada puan Anys Idayu Zakaria dan puan Masayu Ahmad yang telah dipertemukan Allah untuk membantu saya  yang ayu-ayu belaka ....mudah-mudahan sentiasa dalam perlindungan Allah selalu.amin.
Hari ni nak kongsi cara menggunakan sempua atau abacus.mula-mula letak sempua di hadapan anda.Tak kira berapa tiang sempua tu, tiang tepi sekali sebelah kanan tu tiang rumah sa,rumah puluh, rumah ratus dan seterusnya.Bahagian bawah palang adalah satu hingga empat, sepuluh hingga empat puluh,  dan seterusnya,Bahagian atas palang adalah lima,lima puluh  dan seterusnya.Kita mula kira dari manik satu sebelah kanan 1,2,3,4 (manik bawah),5(manik atas),6(atas satu bawah satu),7,8,9.10 ialah manik bawah pertama di tiang no 2 pula.11,12,13,14 dan seterusnya.tiang tepi sekali rumah sa tiang no 2 adalah rumah puluh dua-dua tiang boleh kira hingga 99.
Selamat mencuba kalau dah boleh kira nombor asas dalam arithmetik tu boleh la belajar  kaedah tambah dan tolak nanti.setakat itu dulu sas teori sempua ,mudah-mudahan dapat memberi sedikit gambaran bagaimana menggunakan sempu.selamat mencuba.boleh bertanya jika berminat saya akan tunjukkan dalam talian.insyaalah.

No comments:

Post a Comment