Thursday 27 June 2013

AKTIVITI SEMASA HARI JUMAAT

Asalamualaikum?
 Bagaimana melatih anak menghafal sifir dan dapat menyebutnya dengan cepat iaitu
 lebih kurang  5 saat sahaja. Apa yang ingin saya kongsikan ini adalah kaedah biasa saja , tetapi dapat memberi kesan yang luar biasa kepada anak kita jika di amalkan secara konsistan dan berterusan.

MARI KITA MULAKAN.

Mula-mula ambil kertas yang ada tulisan sifir kat situ  letakkan dihadapan anak kita,


Contoh1 x 2 = 2
  :
 1 x 2 = 2                         sebutannya adalah satu darab/kali dua    dua
 2 x 2 = 4                                                      dua darab /kali dua    empat
 3 x 2 = 6  
 4 x 2 = 8
 5 x 2 = 10
 6 x 2 = 12
 7 x 2 =14
 8 x 2 = 16
 9 x 2 = 18
 10 x 2 = 20
Langkah seterusnya adalah menyebut dengan kuat dengan menggerakkan jari sebagai penanda 1,2,3,4,5    dan seterusnya.Dengan menggunakan jari sebagai penanda nombor insyalah dapat membantu anak sebut dengan cepat sebab jari menunjukkan selepas tu nombor apa kena sebut,jadi lebih mudah untuk fokus.

Sebutan mesti jelas dan kuat supaya dapat didengari oleh telinga  dan akan disimpan sebagai memori untuk digunakan semasa menghafal..

Mata mestilah melihat sifir dihadapan dengan tepat supaya apa yang di lihat oleh mata akan dapat disimpam di otak juga.

Ulang menyebut sifir 5 kali dulu mengikut proses tadi ,tutup buku dan sebut semula seolah ada buku dihadapan ,tetapi sebenarnya hanya bayangan.Jika masih gagap atan tidak lancar ulangi lagi proses tadi 5 kali lagi sehingga anak dapat menghafal dengan masa 5 saat sahaja,

Anda akan merasa puas sebab dapat membantu anak anda merasa hebat dengan pendrive ciptaan Allah iaitu otak manusia .Bila dah dapat sifir dua ,naik sifir tiga ,empat dan seterusnya.

Uji kepantasan anak dengan bertanta soalan tentang sifir yang baru dikuasainya,tanya dari tengah dahulu,dihujung dan dimula sifir ikut kreativiti anda.jika boleh jawap dengan cepat dan tepat insyaallah dah melekat dah dalam memorinya,

Sentiasa memuji dan mencabar anak untuk menunjukkan anugerah kepadanya kelalui kecekapan sifirnya,galakkan juga dia membantu kawan-kawannya disekolah menggunakan kaedah ini , semua kawan-kawan akan suka padanya sebab tidak ada orang yang pemurah, baik hati dan ikhlas yang tidak bahagia.Insyaalah ilmu yang dikongsi akan menjadikan anak-anak kita  lebih bijak dan banyak kawan yang baik-baik insyaalah.

Sekian untuk kali ini.Selamat mencuba kalau tak dapat tu cuba dan cuba lagi. Kita mengajjar dengan ikhlas, hati terbuka dan kasih sayang akan melembutkan hati anak dam memudahkan proses pembelajaran.30 minit sehari sudah memadai.insyaallah yang baik dari Allah ,yang lemah dan kurang itu adalah dari saya yang masih lagi belajar memperbaiki kekurangan diri.Sebarang perkongsian ilmu dan pertanyaan amat dialu-alukan .Boleh hubungi saya di talian 010-5436639




 

No comments:

Post a Comment