Thursday 20 June 2013

Pengenalan Diri

Buah cempedak diluar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya mak budak yang baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

Asalamualaikum sekali lagi,tengah asyik menulis tiba-tiba ilang....terima kasih kepada Puan anys Idayu Zakaria dan Puan Masayu Ahmad kerana mengajar saya dengan sabar.Semoga diberkati Allah sentiasa...amin.

Pernahkah kita terfikir kenapa anak anak kita susah untuk menguasai sifir...mengikut pemerhatian dan kajian selama lima tahun saya bersama kanak-kanak ialah kita lambat memperkenalkan sifir kepada mereka.Pendedahan seawal enam tahun merupakan permulaan yang sihat untuk menguasai sifir, insyaalah dengan proses yang berterusan apabila umurnya mencapai lapan hingga sepuluh tahun,sifir sesuatu yang menarik dan mudah baginya.
Saya melalui Jitra Arithmetik System telah mencuba kaedah ini selama lima tahun dan saya dapati 80% pelajar akan menguasai dengan cepat dan dapat mencapai A dalam matematik.20% lagi akan mengambil masa atas faktor individu sebab proses pembelajaran mengikut kuasa minda masing-masing.
Nanti saya kongsikan lagi bagaimana untuk memupuk minat kanak-kanak agar merasa sangat "BEST" bila buat matematik.Segala yang baik dari Allah ,sebarabg kelemahan adalah dari saya dan saya sentiasa cuba akan perbaiki dari masa kesemasa.insyaalah.salam kejayaan untuk semua

No comments:

Post a Comment