Monday 1 July 2013

SALAM JULAI 2013

Bismillahirahmanirahim.

   Selamat datang  bulan Julai dah hari ni.Esok dah dua haribulan, Alhamdulilah terasa kehidupan bulan jun sangat mencabar sebab ada aktiviti tambahan belajar buat benda baru .Saya memang jarang mengadap laptop lama-lama, jadi bila kena duduk mengadap lama sebab tak pandai buat......memang rasa memenatkan.Sesuatu benda yang tak mahir memang la ambil masa untuk dapat., harap yang mengajar saya bersabar dan saya dulu yang mesti sabar.
     
   Hidup yang tiada cabaran tak baik juga, sesekali melawan arus, kadang-kadang elok untuk kita sedar banyak lagi yang kita perlu belajar walaupun umur dah petang sikit dah. Kelas pun dah habis ,hari pun dah malam.Mudah-mudahan esok dapat siapkan blog fanpage yang tak lengkap lagi tu.

    "minda adalah seperti payung terjun, ianya hanya berfungsi apabila di buka" Insyaalah jika tiada aral sambung lagi esok.insyaallah.

No comments:

Post a Comment