Wednesday 3 July 2013

KAEDAH ARITHMETIK MEMBANTU MEMPERCEPATKAN PENGIRAAN .

Bismillahhirahmanirahim.

      Kaedah Arithmetik ini dapat membantu anak kita membuat latihan matematik di sekolah dengan lebih cepat jika dipelajari dengan betul .Maknanya jika belajar mestilah sehingga mendapat sijil atau habiskan setiap level yang dipelajari.Jangan lah berhenti sesuka hati .Jika ibu bapa kena bertukar ke tempat lain atas urusan kerja dan sebagainya, sebaiknya berjumpa dan maklumkan kepada tenaga pengajar agar sesuatu dapat dilakukan agar kanak-kanak tersebut sempat menghabiskan level, supaya dapat digunakan dan membantu dalam pengiraan.

     Sempua tidak boleh bawa ke sekolah, jaddi bagaimana nak mengira?.Dalam kaedah Aritmetik terdapat tiga proses pembelajaran iaiti:

 1- Teori Jari,
 2- Teori Sempua,
 3- Teori Congak
.
      Teori Jari adalah menggunakan jari sahaja untuk proses mengaktifkan otak kanan dan kiri. Penggunaan jari yang kerap akan menggerakkan otak kanan dan kiri kerana ada sambungan jaringan antara tangan kiri dengan otak kanan dan tangan kanan dengan otak kiri. Menggerakkan tangan akan mengaktifkan otak .Bila otak dah aktif barulah potensi anak-anak akan terserlah, mudah menerima teguran,mudah faham dan cepat belajar.Inilah masanya untuk kita terus merangsang minda supaya terus berkembang.Biasanya lepas sebulan kita dapat lihat perubahan pada anak kita seperti rajin buat homework, mula mengajar adik atau kawan-kawan kat rumah atau kadang-kadang mengajar ibu, kakak dan abang dia pula. Bukan la dia sangat pandai dah, tetapi rasa dah pandai tu dah mula bertunas.Untuk menjadi pelajar cemerlang memang perlu ada rasa diri kita sangat cemerlang dulu, kemudian disusuli dengan tindakan -tindakan yang cemerlang. Jari memang dibawa kesekolah, jadi dia boleh menggunakan teori jari untuk mengira sehingga nombor 99.

      Teori Sempua pula adalah menggunakan sempua atau abacus. Teori ini adalah asas teori congak nanti.Mesti mahir menggunakan sempua barulah dapat mencongak dengan cepat.Teori sempua melatih disiplin dalam pengiraan.Kaedah yang lebih luas dari teori jari.Teori jari hanya mengira sa dan puluh sahaja..
 Teori sempua boleh mengira lebih lagi ratus,ribu atau juta.Hanya disiplin yang dapat membantu kanak-kanak meggunakan sempua dengan betul jika tidak semua jari mereka gunakan untuk mengira sempua. Sebenarnya hanya 3 jari sahaja boleh di gunakan untuk menguak manik sempua iaitu:

       1-Ibu jari untuk menambah manik bawah keatas (penambahan)
       2-Jari Telunjuk untuk menolak manik bawah ke bawah (penolakan)
       3-Jari Tengah @ Jari Hantu untuk menambah atau menolak manik atas kebawah dan ke atas.

        Teori Congak pula adalah menggunakan tiang sempua yang diserap ke otak. Maksudnya guna kuasa minda sahaja.Mengira seolah-olah ada sempua tetapi tiada sempua.Kaedah ini lebih cepat dari mencongak nonbor seperti biasa kerana peratus ketepatan jawapan lebih tinggi dan masa lebih cepat .Proses inilah kita mahu anak kita gunakan semasa mengira disekolah. Biasanya pelajar yang sudah mencongak sudah boleh nampak kehebatan subjek matematiknya dari segi keputusan peperiksaan atau kredibiliti dalam kelas.


        Saya sangat berharap apa yang ditulis dapat membantu ibu bapa mempelajari untuk mengajjar anak di rumah kerana kesannya sangat baik untuk pertumbuhan otak permata hati kita dimasa hadapan.Pertumbuhan otak yang hebat akan melahirkan anak-anak kita yang sangat bertolak-ansur,sabar dengan masalah,pantas menyahut cabaran..insyaalah menjadi anak soleh dan solehah.insyaalah.


No comments:

Post a Comment