Monday 8 July 2013

SELAMAT BERPUASA RAMADHAN







  

            SALAM MAHABBAH DI BULAN RAMADHAN AL_MUBARAK.:

           Selamat berpuasa kepada semua umat Islam seluruh dunia.Kepada pelajar-pelajar kelas ada macam biasa sebab kuasa minda kena selalu di gilap jika tidak ia semakin tumpul dan kena asah semula selepas raya..

              Kepada semua waris pelajar pastikan anak tetap menyiapkan latihan walaupun berpuasa.Apa yang
diajar hanyalah teori, praktikalnya di tangan murid dan ibubapa di rumah.Apa yang terbaik dari Allah .Saya sentiasa terbuka untuk menerima komen komen positif untuk pembangunan minda kanak-kanak.Apa yang tersilap atau terkasar saya memohon maaf.

            Saya juga amat berterima kasih atas sokongan waris -waris dalam menjayakan program mental arithmetik ini sekitar kedah dan perlis.Sokongan dan kerjasama para warislah yang telah membantu Jitra Arithmetik System terus berkembang dan dapat membantu lebih ramai murid.

             Terimakasih juga kepada waris yang telah membantu berkongsi dengan jiran-jiran , saudara mara, serta sahabat tentang kebaikan kelas ini .Maklumbalas ini amat kami hargai .Semoga Allah sentiasa membantu memberi jalan agar diberikan idea yang lebih segar, promosi yang lebih baik agar kami dapat membantu lebih ramai anak bangsa yang ingin cemerlang dalam matematik.

             Selamat berpuasa dan selamat menjalani ibadah dengan lebih sempurna.Minda yang sihat mampu melahirkan tindakan yang hebat dan bermanfaat.Amalkan pemakanan yang sihat untuk kesihatan sepanjang Ramadhan ini.insyaallah.

TAMBAH KUASAMINDA ANDA BERSAMA JITRA ARITHMETIK SYSTEM.

MUDAH,CEPAT DAN TEPAT.







No comments:

Post a Comment