TAJUK: KABUS RINDU
PENULIS; MONALITA MANSOR
HARGA RM18.00
(TIDAK TERMASUK POS)
SINOPSIS KABUS RINDU
PM .010-5436639
Malangnya, apa yang diharap, tidak berlaku seperti yang dirancang. Berikutan daripada kejadian memalukan apabila dia ditumbuk oleh Zaweeya, Wafi bertindak untuk meninggalkan Izzie dan tinggal dengan papanya di Belanda. Zaweeya semakin dingin dengan Wafi Ikhmal ditambah pula dengan gangguan sepupu Wafi, Tengku Allysa Elesendra (Bendera). Dalam usaha memujuk Wafi Ikhmal agar tidak meninggalkan dirinya, Izzie membawa anak lelakinya itu pulang ke kampung Hidayati bersama-sama Zaweeya dan rakan-rakannya. Meski memprotes, Wafi terpaksa menurut mengenangkan Izzie sudah sangat kecewa dengan niatnya untuk meninggalkan tanah air.
Sementara itu, Zaweeya sangat taksub dengan naskah majalah lama yang mengandungi kisah bersiri melayu lama bertajuk Mimpi Kembang Dahlia. Akibat terlalu taksub, ia menjadi seakan sebati dengannya hinggakan Zaweeya tidak dapat membezakan di antara halusinasi dengan mimpi. Peristiwa di perkarangan Masjid Kuala Dulang, telah mengubah persepsi Zaweeya terhadap Wafi. Keberadaan watak Tengku Indera Laksamana di dalam karya itu yang menyerupai Wafi Ikhmal menyebabkan Zaweeya menjadi sedikit lembut dengan Wafi.
Dalam masa yang sama, kehadiran Izzie sedikit sebanyak mencuri tumpuan Haikal, abang Hidayati yang juga seorang duda beranak lelaki. Izzie, pada zaman pengajiannya telah bertindak ‘menganggu’ Haikal dengan poskad-poskad misteri yang menyebabkan Haikal tertanya-tanya sehingga kini. Setelah ditinggalkan oleh isterinya, Haikal mengambil keputusan membesarkan anaknya seorang diri dengan bantuan Hidayati sehingga Amirul dewasa.
Hubungan Zaweeya dan Wafi menjadi lebih baik apabila Wafi meninggalkan tanah air. Mereka sering berutusan berita melalui medium maya sehinggalah emel terakhir daripada Wafi yang sebenarnya ditulis oleh Bendera menjadikan Zaweeya sangat tersinggung dan dia menyedari ada perasaan lain yang berada di dalam hatinya. Begitupun, dia mengambil keputusan untuk melupakan terus Wafi dengan memutuskan segala hubungan di laman sosial mereka begitu sahaja.
Mereka kembali berbaik selepas Wafi mendapat berita tentang perkahwinan mamanya, Izzie. Dia kembali ke Malaysia untuk menentang perkahwinan itu kerana selain merasakan ia terlalu cepat selepas kematian Edward (bekas suami Izzie) sekaligus tidak mahu Izzie kecewa lagi dengan perkahwinan terdahulu. Seperkara yang tidak diketahui Wafi ialah, lelaki yang akan dikahwini Izzie ialah Haikal.
Bagaimanapun kekalutan emosi Wafi mendepani kenyataan perkahwinan ibunya itu semakin tercalar dengan berita penculikan Zaweeya. Penculikan yang dirancang oleh Bendera yang masih berdendam dengan Zaweeya kerana menganggap Zaweeya merampas Wafi daripadanya walaupun pada masa yang sama dia sudahpun mempunyai kekasih lain.
Pada hari Zaweeya dijumpai semula, Wafi mendapat kejutan lagi apabila diberitahu tentang perkahwinan Izzie dan Haikal. Konflik berlaku di antara Haikal dan Wafi juga di antara Haikal dengan Amirul apabila masing-masing tidak mampu berterus-terang mengenai perasaan masing-masing. Bagaimanapun, dengan kebijaksanaan Haikal, hati Wafi dapat dijinakkan lebih-lebih lagi beliau berpengetahuan dalam bidang agama.
Beberapa hari selepas perkahwinan Haikal dan Izzie, Amirul memberitahu Zaweeya tentang kedatangan ibu kandungnya, Siti Solehah. Siti Solehah, warga negara Indonesia kembali untuk menebus kesilapannya kerana meninggalkan anaknya itu seterusnya kembali semula ke pangkuan Haikal. Malah, sanggup menawarkan diri menjadi orang gaji asalkan Haikal menerima kembali dirinya .
Kedatangan dan niat wanita itu akhirnya secara tak sengaja sampai ke telinga Izzie. Ia amat melukakan wanita itu tambahan lagi, dia baru ingin merasa bahagia. Hidayati sebagai sahabat tidak mampu melakukan apa-apa kerana keputusan berada di tangan abangnya Haikal. Haikal menolak untuk kembali kepada Siti Solehah tetapi gagal menyakinkan Izzie dengan niatnya itu. Melihat ibunya terluka, Wafi bersemuka dengan Amirul dan meminta Amirul berterus terang dengan Izzie.
Pada majlis meraikan perkahwinan Haikal dan Izzie juga berlaku insiden sadis yang sekali lagi nyaris meragut nyawa Zaweeya yang dilakukan oleh Allysa yang tidak berpuas hati dengan kegagalannya menghancurkan hidup Zaweeya sebelum ini. Akibat daripada insiden itulah barulah terbongkar rahsia yang Zaweeya dan Wafi sudah saling bermain perasaan semenjak pada hari perkahwinan Haikal dan Izzie di kampung lagi.
No comments:
Post a Comment