Bismillah......
Niat hati memang ingin fokus dalam bidang yang telah sepuluh
tahun aku ceburi, bersama kanak- kanak sesuatu yang sangat indah. Waktu terasa
sangat cepat berlalu bila bersama mereka. Bila di kelas mereka bagaikan
anak-anakku yang akan ku peluk jika jadi budak baik, akan ku cubit jika nakal
sikit dan akan ku rotan jika nakal sangat (Ikut peraturan yang ditetapkan ya
bukan rotan sebarangan)
Banyak kerja yang
telah kulakukan sepanjang hayatku ini....akhirnya selepas 35 tahun baru aku
sedar aku sangat mencintai kanak-kanak. Berkerja dengan mereka, aku menjadi
bersemangat. Hatiku sentiasa ceria untuk bersama mereka. Aku merasa sunyi bila
bercuti sebab keletah mereka sentiasa aku rindu...
Melewati usia 45 tahun, aku mula bertanya sampai bila aku
akan mengajar arithmetic sempua ini. Selagi baktiku diperlukan selagi itulah
aku akan bersama kanak-kanak. Mudah mudahan Allah beri aku nikmat kesihatan
yang berterusan tanpa penyakit kronik. Jika sampai ajalku aku harapkan sebab
kematianku adalah sakit tua saja. Aku ingin beribadat siang dan malamnya
seperti hari ini. Aku ingin sentiasa berada dalam berwuzuk, bila masuk waktu
aku ingin terus solat. Namun aku hanya boleh berdoa, hanya Allah maha tahu
bagaimana kesudahan hidupku.
Betulah kata orang kita kena tahu potensi diri kita sebelum memilih pekerjaan, kerana pilihan yang tepat mengikut bakat semulajadi akan memberi kepuasan yang tak ternilai harganya. aku mungkin terlewat,walaupun belum terlambat tapi aku ingin ingatkan, sebagai ibu tidak salah jika kita meransang minat anak mengikut kemampuan anak-anak kita. Semua ibubapa inginkan yang terbaik untuk anak kan. Jati diri anak dapat kita kenalpasti seawal umur anak kita masih kecil. watak dan keterampilan mereka memberi kita gambaran sejauh mana kuat jiwanya menghadapi masalah dan persekitaran.
Ransangan matematik seawal mungkin membantu mereka lebih kreatif. Bina keyakinan diri dan motivasi seawal mungkin. Kadang kadang ada yang mengatakan belum sampai masa untuk mereka belajar sesuatu yang lebih tinggi berbanding usia. Bukankah jika semasa baby kita perdengarkan Ayat ayat suci Al Quran setiap hari, mampu melahirkan generasi Al-Quran suatu hari nanti. Inilah yang dinamakan ransangan sejak kecil, walaupun ketika itu dia hanya tidur namun apa yang telah menembusi deria pendengrannya mampu mengubah masa depan.
terima kasih Allah atas segala kurniaanMu, Andainya apa yang dikongsi memberi ilmu, syukur Alhamdulilah. Jika mengelirukan ,aku mohon maaf ,nyata pemikiran kita tak sealiran. Yang baik buat panduan yang kurang baik buang jauh-jauh dari ingatan....
Dari hati seorang ibu..
No comments:
Post a Comment