Wednesday, 23 April 2014

KEPENTINGAN AKAUN DALAM PERNIAGAAN

Bismillahirahmanirahim.
Asalamualaikum pembaca yang dikasihi. nak kongsi sedikit ilmu mudah-mudahan bermanfaat untuk kita semua, Setiap hari mesti jadi lebih baik dengan Izin Allah.

Awal pagi saya didatangi tetamu seorang sahabat  dari daerah yang sama dengan saya juga tapi pusat yang berlainan. Nampaknya perlukan penyata akaun untuk pinjaman . Saya teringat dulu ketika pihak atasa mengadakan program untuk melatih sahabat memahami dan membuat akaun sendiri. Sambutannya sangat menyedihkan. Kebanyakkan tak mahu pergi dengan alasan yang pelbagai, takut kena mengira,mata tak nampak, malu dan sebagainya, Ada yang sanggup kata diri sendiri tak pandai sebab tak mahu pergi. Saya sangat kecewa dengan sikap begitu.

Jauh disudut hati saya sedih dan sentiasa berdoa agar dapat mengubah persepsi mereka tentang kursus yang disediakan .Sudahlah percuma, ilmunya sangat penting untuk lebih berjaya. Namun susah juga nak mengubah sebab latarbelakang dan persekitaran  banyak memainkan peranan. Saya hanya membantu apa yang perlu saja sebab kerja sendiri pun banyak, tiada istilah cuti dalam daiti hidup saya, setiap hari adalah peluang dan kesempatan yang mesti dimanfaatkan.

Saya bermula semua dari kosong, bermula dari ujian Allah yang berat bagi seorang wanita. Saya tiada asas perniagaan, hanya seorang guru tadika yang bermain dengan kanak-kanak. Alhamdulilah kesabaran yang saya perolehi semasa menanggani kanak-kanak menjadikan saya lebih tabah. Bukan tak sedih langsung setahun juga hidup dalam keadaan tak berapa baik. Tahun2004. saya bangkit semula demi anak dan demi ibu yang sakit sebab saya perlu sihat untuk jaga ibu yang sakit. Alhamdulilah Allah permudahkan.

Ketika memulakan perniagaan saya, secara sambilan saya berkerja di pusat Tuisyen untuk mendalami ilmu dan disitulah saya mula kenal komputer, belajar buat surat dan data-data tertentu yang bekaitan. Jiwa mesti nbesar walaupun tak tahu apa-apa lagi. Keinginan untuk belajar dan mendalami ilmu sentiasa berkobar-kobar dalam diri. Alhamdulilah Allah sangat membantu, jumpa kawan-kawan yang sangat membantu menambahnilai diri saya.
Bila saya menyewa di bangunan Mara sendiri , saya berpeluang mengikuti kursus perakauan sebanyak tiga kali . Alhamdulilah . Walaupun tak lah pandai sangat tapi lepas jugalah untuk buat penyata akaun tahunan sendiri setiap tahu, Kursus window Dressing dan kursus khodmat pelanggan dan pemasaran. Selepas menyertai AIM juga banyak kursus telah saya hadiri n termasuk kursus akaun dan kursus perancangan perniagaan.
Kepada semua sahabat, kita akan dapat apa yang kita beri pada orang lain, buat yang baik insyaalah dapat kebaikan. Positifkan minda setiapa hari . Niat untuk tambah nilai diri jangan pernah berhenti. Jangan putus asa jika gagal. Jangan risau berapa kali gagal, fikirkan berapa kali boleh bangun balik. Berniaga untuk mencari redha Allah bahagia di dunia dan Akhirat. Maafkan semua salah orang pada kita sebab dia memang di kirimkam Allah untuk menguji kita.. Kita semakin kuat jika semakin banyak ujian berjaya ditangani dengan bijak. Mudah-mudahan Allah sentiasa membantu saya dalam usaha untuk mencari keredhaannya.

sebarang kekurangan mohon dimaafkan.


2 comments:

  1. saya pun pernah belajar akaun dulu, sekarang dah lupa sbb tak praktikkan, sekarang da berniaga kene la belajar balik, kuang2...betul kita kene banyak kali gagal baru bleh berjaya, singgah pula di blog kait saya, mendalami hobi kait yang sangat memerlukan kesabaran , salah sikit habis kene bukaka balik, he2....saya juga menawrkan perkhidmatan kereta sewa, menjual kuih raya dan pes nasi arab, berminat nak masak sendiri nasi arab semudah abc..boleh kunjugni blog saya...http://dalilayusof.blogspot.com/

    ReplyDelete