Terima kasih Cikgu......
Terima kasih kepada siapa saja yang pernah mengajar saya walau sepatah perkataan yang memberi kebaikan. Saya amat menghargai semua peluang yang ada, setiap ilmu yang pernah di pelajari. setiap sahabat yang sentiasa mendorong ke jalan Allah. Bukan semua kebaikan minta dihargai, Orang yang paling berjaya adalah orang yang bebas dari penghargaan manusia. Setiap pujian diterima dengan hati terbuka, setiap celaan ditangani dengan keyakinan yang tinggi.
Ibu ayah adalah guru pertama mengajar kita untuk mengenali semua perkara. Mengajar kita mengenal erti sebuah kehidupan. Guru yang paling kita ingati mesti cikgu yang ada "paling" dalam gelafrangnya contoh paling garang ,aling baik, paling cantik dan sebagainya. Saya paling ingat guru yang paling tegas semasa menjalankan tugas kerana saya sangat takut bila kena marah terutamanya dalam kelas. Sebenarnya saya pemalu sangat, bila kena marah saya malu bila semua kawan-kawan tengok saya. Bila ada tugasan saya cepat-cepat siapkan, malu bila kena rotan dan sebagainya. Bila nak kena hafal saya nak hafal cepat-cepat sebab bila habis saya dapat gelakkan orang. Kelakarnya saya.. rupanya keadaan itu membina keyakinan diri agar sentiasa berani ke hadapan. Alhamdulilah terima kasih cikgu Matematik saya Cikgu Mahani Musa yang mengajar saya suka pada subjek matematik sampai kehari ini. terima kasih cikgu.
Terima kasih kepada Cikgu Kamariah , guru georafi saya sebab pernah marah saya dalam bilik guru sebab meniru semasa membuat latihan. Memang malu sangat pada guru-guru dan saya berjanji buat sendiri selepas itu. Alhamdulillah akhirnya saya berjaya mendapat A salam subjek tersebut, Terima kasih kepada guru-guru yang sangat memahami dan sentiasa sabar dengan karenah nakal anak murid. Semasa meniru dulu saya tak tahu ianya salah sebab saya ingat nak hasilkan sesuatu yang berbeza dan tak sama dengan orang lain. Rupanya cikgu tahu ayat meniru yang saya hasilkan. Mudah-mudahan cikgu-cikgu semua sentiasa diberkati dan al-fatihah untuk semua guru yang telah kembali ke Rahmatullah ....amin jasamu sentiasa jadi ingatan.
No comments:
Post a Comment