Tuesday, 9 July 2013

Beli Buku Secara Online: Ebook Belajar Asas Blog

Beli Buku Secara Online: Ebook Belajar Asas Blog: TEKS : AIZMALLGEDUNGBUKUONLINE   SUDAH TERBIT SECARA RASMI PADA 27 MEI 2013 RM 50 SAHAJA. 1. Analisa Pengalaman dan kep...

Panduan Ransang Anak Bijak: Anak Lewat Bercakap Bahagian 1

Panduan Ransang Anak Bijak: Anak Lewat Bercakap Bahagian 1: Coretan Wardi Fathi Othman Tiada kaitan jantina, mungkin petanda anak alami masalah pendengaran, autisme. SEAKAN wujud satu persepsi dal...

Monday, 8 July 2013

SELAMAT BERPUASA RAMADHAN







  

            SALAM MAHABBAH DI BULAN RAMADHAN AL_MUBARAK.:

           Selamat berpuasa kepada semua umat Islam seluruh dunia.Kepada pelajar-pelajar kelas ada macam biasa sebab kuasa minda kena selalu di gilap jika tidak ia semakin tumpul dan kena asah semula selepas raya..

              Kepada semua waris pelajar pastikan anak tetap menyiapkan latihan walaupun berpuasa.Apa yang
diajar hanyalah teori, praktikalnya di tangan murid dan ibubapa di rumah.Apa yang terbaik dari Allah .Saya sentiasa terbuka untuk menerima komen komen positif untuk pembangunan minda kanak-kanak.Apa yang tersilap atau terkasar saya memohon maaf.

            Saya juga amat berterima kasih atas sokongan waris -waris dalam menjayakan program mental arithmetik ini sekitar kedah dan perlis.Sokongan dan kerjasama para warislah yang telah membantu Jitra Arithmetik System terus berkembang dan dapat membantu lebih ramai murid.

             Terimakasih juga kepada waris yang telah membantu berkongsi dengan jiran-jiran , saudara mara, serta sahabat tentang kebaikan kelas ini .Maklumbalas ini amat kami hargai .Semoga Allah sentiasa membantu memberi jalan agar diberikan idea yang lebih segar, promosi yang lebih baik agar kami dapat membantu lebih ramai anak bangsa yang ingin cemerlang dalam matematik.

             Selamat berpuasa dan selamat menjalani ibadah dengan lebih sempurna.Minda yang sihat mampu melahirkan tindakan yang hebat dan bermanfaat.Amalkan pemakanan yang sihat untuk kesihatan sepanjang Ramadhan ini.insyaallah.

TAMBAH KUASAMINDA ANDA BERSAMA JITRA ARITHMETIK SYSTEM.

MUDAH,CEPAT DAN TEPAT.







Sunday, 7 July 2013

Panduan menggunakan sempua.

 




Bismillahirahmanirahim.


         Assalamualaikum. Masa sangat cemburu kat saya , tak cukup tangan rasanya nak menulis , tapi saya mesti terus menulis agar dapat terus kongsi ilmu dengan semua ibu-ibu agar dapat menggunakan kaedah ini dalam pendidikkan anak-anak.


          Sebenarnya apabila sudah pandai menggunakan sumpua atau jari , mereka boleh membuat sifir dengan menggunakan formula 

       +9 = -1 +10  => untuk tambah 9 hanya kena tolak satu dan tambah 10 jadi 9 +9 =18. Cuba + 9 lagi , tolak satu dan tambah 10 jadi  9+9 +9 = 27.Tambah 9 lagi kena tolak satu dan tambah 10 jadinya 36,45 dan seterusnya.
       +9 = -1 +10 maksudnya untuk tambah 9 dan jari tak cukup kena guna formula,iaitu  tolak satu di tangan kanan dan tambah satu jari di kiri bermaksud 10.


     Cuba dulu yang ni nanti akan bersambung  bagaimana nak buat sifir 8 pula.


TUNGGU!!!!!!!!!!


Wednesday, 3 July 2013

KAEDAH ARITHMETIK MEMBANTU MEMPERCEPATKAN PENGIRAAN .

Bismillahhirahmanirahim.

      Kaedah Arithmetik ini dapat membantu anak kita membuat latihan matematik di sekolah dengan lebih cepat jika dipelajari dengan betul .Maknanya jika belajar mestilah sehingga mendapat sijil atau habiskan setiap level yang dipelajari.Jangan lah berhenti sesuka hati .Jika ibu bapa kena bertukar ke tempat lain atas urusan kerja dan sebagainya, sebaiknya berjumpa dan maklumkan kepada tenaga pengajar agar sesuatu dapat dilakukan agar kanak-kanak tersebut sempat menghabiskan level, supaya dapat digunakan dan membantu dalam pengiraan.

     Sempua tidak boleh bawa ke sekolah, jaddi bagaimana nak mengira?.Dalam kaedah Aritmetik terdapat tiga proses pembelajaran iaiti:

 1- Teori Jari,
 2- Teori Sempua,
 3- Teori Congak
.
      Teori Jari adalah menggunakan jari sahaja untuk proses mengaktifkan otak kanan dan kiri. Penggunaan jari yang kerap akan menggerakkan otak kanan dan kiri kerana ada sambungan jaringan antara tangan kiri dengan otak kanan dan tangan kanan dengan otak kiri. Menggerakkan tangan akan mengaktifkan otak .Bila otak dah aktif barulah potensi anak-anak akan terserlah, mudah menerima teguran,mudah faham dan cepat belajar.Inilah masanya untuk kita terus merangsang minda supaya terus berkembang.Biasanya lepas sebulan kita dapat lihat perubahan pada anak kita seperti rajin buat homework, mula mengajar adik atau kawan-kawan kat rumah atau kadang-kadang mengajar ibu, kakak dan abang dia pula. Bukan la dia sangat pandai dah, tetapi rasa dah pandai tu dah mula bertunas.Untuk menjadi pelajar cemerlang memang perlu ada rasa diri kita sangat cemerlang dulu, kemudian disusuli dengan tindakan -tindakan yang cemerlang. Jari memang dibawa kesekolah, jadi dia boleh menggunakan teori jari untuk mengira sehingga nombor 99.

      Teori Sempua pula adalah menggunakan sempua atau abacus. Teori ini adalah asas teori congak nanti.Mesti mahir menggunakan sempua barulah dapat mencongak dengan cepat.Teori sempua melatih disiplin dalam pengiraan.Kaedah yang lebih luas dari teori jari.Teori jari hanya mengira sa dan puluh sahaja..
 Teori sempua boleh mengira lebih lagi ratus,ribu atau juta.Hanya disiplin yang dapat membantu kanak-kanak meggunakan sempua dengan betul jika tidak semua jari mereka gunakan untuk mengira sempua. Sebenarnya hanya 3 jari sahaja boleh di gunakan untuk menguak manik sempua iaitu:

       1-Ibu jari untuk menambah manik bawah keatas (penambahan)
       2-Jari Telunjuk untuk menolak manik bawah ke bawah (penolakan)
       3-Jari Tengah @ Jari Hantu untuk menambah atau menolak manik atas kebawah dan ke atas.

        Teori Congak pula adalah menggunakan tiang sempua yang diserap ke otak. Maksudnya guna kuasa minda sahaja.Mengira seolah-olah ada sempua tetapi tiada sempua.Kaedah ini lebih cepat dari mencongak nonbor seperti biasa kerana peratus ketepatan jawapan lebih tinggi dan masa lebih cepat .Proses inilah kita mahu anak kita gunakan semasa mengira disekolah. Biasanya pelajar yang sudah mencongak sudah boleh nampak kehebatan subjek matematiknya dari segi keputusan peperiksaan atau kredibiliti dalam kelas.


        Saya sangat berharap apa yang ditulis dapat membantu ibu bapa mempelajari untuk mengajjar anak di rumah kerana kesannya sangat baik untuk pertumbuhan otak permata hati kita dimasa hadapan.Pertumbuhan otak yang hebat akan melahirkan anak-anak kita yang sangat bertolak-ansur,sabar dengan masalah,pantas menyahut cabaran..insyaalah menjadi anak soleh dan solehah.insyaalah.


Monday, 1 July 2013

Panduan Belajar Menggunakan Sempua



 Bismillahhirahmaniahhim.
       Letak sempua dihadapan adik-adik.Tangan kiri adalah untuk memegang sempua supaya tidak bergerak semasa mengira nanti ya.Tangan kanan adalah untuk menguak manik sempua iaitu menolak manik keatas dan kebawah disebut menguak...bukan menguap tau. Gunakan tangan kanan untuk memegang pencil dan mengira dalam masa yang sama.Gunakan jari manis dan anak jari untuk memegang pencil.Tujuannya supaya dapat mendisiplinkan jari supaya tidak mengganggu semama mengira nanti.Jadi hanya tiga jari sahaja digunakan untuk mengira.

         Gunakan ibu jari untuk menambah manik bawah ke atas. Gunakan jari telunjuk untuk menolak manik bawah ke bawah.Jari telunjuk dan jari manis saling membantu .Gunakan jari tengah @ jari hantu untuk manik atas samaada untuk menambah atau menolak.
         
          Mula-mula tambah 1 disemua tiang dulu, kemudian tolak 1,ulang-ulang tambah dan tolak untuk mahirkan jari,semakin kerap di ulang semakin lembut pergerakan jari nanti. +1, -1 +2, -2 +3, -3 +4, -4 +5, -5, +6, -6, +7, -7 +8, -8 +9, -9 Ulang di semua tiang sehingga mahir.dalam 5 hingga 10 minit.

          Boleh tambah nilai puluh jika nilai sa dah pandai.Contohnya: +11, -11, +22, -22, +33, -33, +44, -44, +55, -55, +66, -66, +77, -77, +88, -88, +99, -99. Mesti gunakan jari yang betul supaya teratur dan mudahkan proses pengiraan.Awal-awal penggunaan memang lah lambat-lambat, insyaalah dengan teknik yang betul semua dapat diatasi.Gunakan sempua yang berwarna putih supaya otak mudah menghafal dan mencongak nanti. Selamat mencuba.

SALAM JULAI 2013

Bismillahirahmanirahim.

   Selamat datang  bulan Julai dah hari ni.Esok dah dua haribulan, Alhamdulilah terasa kehidupan bulan jun sangat mencabar sebab ada aktiviti tambahan belajar buat benda baru .Saya memang jarang mengadap laptop lama-lama, jadi bila kena duduk mengadap lama sebab tak pandai buat......memang rasa memenatkan.Sesuatu benda yang tak mahir memang la ambil masa untuk dapat., harap yang mengajar saya bersabar dan saya dulu yang mesti sabar.
     
   Hidup yang tiada cabaran tak baik juga, sesekali melawan arus, kadang-kadang elok untuk kita sedar banyak lagi yang kita perlu belajar walaupun umur dah petang sikit dah. Kelas pun dah habis ,hari pun dah malam.Mudah-mudahan esok dapat siapkan blog fanpage yang tak lengkap lagi tu.

    "minda adalah seperti payung terjun, ianya hanya berfungsi apabila di buka" Insyaalah jika tiada aral sambung lagi esok.insyaallah.