Monday 30 December 2013

KELEBIHAN BERFIKIR SECARA POSITIF





Bismillahirahmanirahim.

           Lama juga tak menulis untuk blog panduan matematik untuk kanak-kanak ni, hari ni alhamdulilah diberi kesempatan menulis semula. Syukur Alhamdulilah sejak ada blog ni bilangan yang bertanya khabar kian bertambah. Mudah-mudahan perkongsian ilmu berterusan dalam rahmatnya, insyaalah.

                  Hari ini adalah hari terakhir tahun 2013, pejam celik, pejam celik dah bulan ketujuh mengendalikan blog yang cukup bermakna untuk saya, dah enam bulan mengendalikan kedai sunnah online dengan jualan inner,hoddie,kismis,minuman kesihatan, Alhamdulilah ada pendapatan sampingan yang membakar semangat saya untuk terus berusaha. Kelas arithmetik juga semakin dikenali ramai, ada permintaan di kawasan baru yang sedang saya pertimbangkan untuk meluaskan ke beberapa daerah lagi di  negeri Kedah Darul Aman.

                   Banyak cabaran  tahun 2013 kan, Tahun 204 yang akan datang juga pasti lebih hebat cabarannya. Apapun jangan menoleh ke belakang lagi teruskan usaha untuk kehadapan. Tambahnilai diri dengan semangat dan keazaman untuk terus berusaha dan bertawakal . Mudah-mudahan Allah beri kekuatan dan Allah permudahkan semua urusan.

                  Perniagaan bukan hanya menjual barang atau perkhidmatan semata-mata. Kadang-kadang terfikir bagaimana seseorang pelanggan masih kekal bersama saya sehingga tiga empat tahun, membawa adik-adik lagi sehingga 4 beradik serentak belajar serentak bersama  selama bertahun-tahun. Kepercayaan dan tambahnilai dalam diri pelanggan adalah keutamaan saya. Setiap pelanggan mesti merasa lebih baik berbanding sebelum bersama saya, sekurang-kurangnya sedikit perubahan mesti ingin dilihat dalam diri mereka. Perubahan bukan hanya keputusan yang cemerlang , keterampilan diri, keyakinan diri dan bermotivasi juga merupakan perubahan positig yang boleh di ukur setiap hari.

                 Perubahan positif dalam diri pelajar adalah petanda, sel-sel otak kanan dan otak kiri kanak-kanak sedang berhubung. Itulah matlamat penubuhan Jitra Arithmetik system. Kami inginkan semua pelajar menggunakan otak kanan dan otak kiri semaksimun yang boleh. Semua proses ini tidak akan berlaku jika tiada latihan,dan tiada proses tertentu yang telah ditetapkan.

                Walaupun pelbagai cabaran timbul terutamanya peningkatan kos sara hidup setiap hari , bermakna setiap sen yang dibelanjakan harus dilebihkan kepada makanan, kos pendidikan terpencil seperti kelas Tuisyen akan menjadi pilihan yang paling akhir barangkali. Namun hidup mesti diteruskan dengan perancangan teliti untuk menghadapinya. Kadang kala perlu bijak untuk memilih juga. mana lebih penting memberi tuisyen untuk semua matapelajaran penting lebih baik atau memberi satu saja tuisyen yang dapat meransang minda, menambah nilai cara berfikir, membina keyakinan diri. Kelebihan jati diri dan perkembangan otak ini bukankah akan melahirkan pelajar yang lebih mudah untuk fokus dan mudah memahami serta dapat menjawap soalan dengan lebih baik. Jadi jika pelajar sudah boleh fokus, boleh berfikir dan boleh menjawap persoalan perlukah lagi kelas tuisyen untuk matapelajaran, sedang kan semua itu sudah dipelajari di sekolah. Yang tiada di sekolah adalah kelas kemahiran berfikir dan melalui kaedah pengiraan dan kreativiti sifir untuk melahirkan pelajar yang berkeyakinan tinggi.

              Pusat tambahnilai kuasa minda Jitra arithmetik system telah menerima  pendaftaran untuk sesi 2014 lebih baik dari sebelumnya. Alhamdulilah..walaubagaimanapun usaha dan tawakal terus dijalankan bagi memastikan setiap rancangan mendapat restu dan diberkati Allah. Semua kelebihan ini salah satu sebabnya adalah kerana adanya blog Panduan Matematik Untuk Kanak-kanak yang saya pelajari melalui Guru Online saya Puan Anys Idayu Zakaria dan pengasas Puan Masayu Ahmad. setiap kali bercerita saya tak dapat nak lupakan jasa mereka terhadap apa yang berlaku. Sesungguhnya saya amat bersyukur kerana mendapat peluang untuk berubah.


                 Sedikit pesanan dari yang berbahagia Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man ni sentiasa saya ingat dan berharap dapat dikongsi untuk kebaikan. Bukan mudah untuk memberi kefahaman pada anak tentang apa yang dilakukan kerana biasanya tidak nampak apa yang ibubapa nampak. Mesti guna kaedah luarbiasa untuk memberi sedikit kefahahaman. Kaedah yang bermain dengan minda dan cara berfikir positif setiap hari.Tidak Allah jadikan sesuatu hanya sia-sia. Fahami hikmah atas setiap kejadian nescaya hati akan tenang dan boleh berfikir secara lebih rasional....wallahua'lam.

Pendaftaran 2014 masih dibuka
hubungi Jitra Arithmetik System 010-5436639 untuk info lanjut

No comments:

Post a Comment