Showing posts with label kelas asas blog. Show all posts
Showing posts with label kelas asas blog. Show all posts

Wednesday, 13 November 2013

PENGALAMAN MASUK KELAS ASAS BLOG

ANEGERAH DARI KEKURANGAN
TEKS: ASMAH MD ISA

Alhamdulilah...alhamdulilah....alhamdulilah, Allah hu akbar...Allah yang Maha Besar. Tak terhitung nikmat yang diberi. Kenapa saya sangat bersyukur kerana ketika saya bermula minat untuk pm Puan Anys Idayu. saya hanya menggunakan laptop yang dah rosak tak boleh nak save gambar sebab hanya sebelah saja yang boleh nampak nak buat copy dan paste pun kadang -kadang jadi kadang-kadang tak.dapat buat. Memang tak tahu macam mana nak teruskan kelas tu nak paste gambar pun berterabur saja. Tapi saya sentiasa berharap dapat beli laptop baru untuk saya belajar mengendalikan blog dan kedai online saya. Saya rasa semua yang di luar sana yang ada kelebihan ada tablet,notebook dan sebagainya yang baru rugilah jika tak belajar ni sebab saya yang serba kekurangan ni pun boleh belajar.

Berkat kesabaran dan kesungguhan saya dan Puan Anys Idayu Zakaria, Akhirnya terbina juga fanpage pertama asmahmdisasunnahonline, jitra arithmetik System dan asmahmdisa blogspot. Dengan adanya Panduan Matematik Untuk Kanak- kanak saya dapat kongsikan ilmu yang tak seberapa ni untuk dimanfaatkan oleh ibubapa yang minat matematik.

Jika ada masa kalau boleh hari-hari nak buat entri baru dan macam keciwi kata orang kedah maksudnya teruja.Apapun kebenarannya memang sangat berbeza bila ada blog. setiap perkongsian boleh disimpan di blog,jika tulis di fb akan hilang .Jangan lepaskan peluang untuk mencuba .Anda tak akan rugi apa-apa jika berusaha.Jangan  takut untuk berubah kearah kebaikan.

kenapa anda perlu belajar kelas ASAS BLOG  :
1-Modulnya asas yang lengkap,
2-Yuran yang berpatutan,
3-Guru yang terlatih,
4-Jadual kelas yang fleksibel,
5-e-book percuma untuk rujukan,
6-Group yang sangat bagus,
7-Boleh iklankan produk ,
8-Asas untuk perniagaan intenet.
9-Boleh tambah dan kongsi ilmu dengan orang lain.

JIka dah lulus anda juga boleh mengajar pula boleh jadi pembantu kelas dan guru kelas online, Group yang diasakan oleh Puan Masayu ini akan terus berkembang dan akan bertambah pasarannya.bertindaklah sekarang , Banyak peluang menanti terutamanya  berkaitan perniagaan di internet.
DAFTAR CEPAT, BERTINDAK SEGERA

Tuesday, 5 November 2013

syukur nikmat

Syukur kepada Allah sebab boleh berkongsi ilmu melalui blog yang baru berusia 3 bulan.  Ketika mendaftar saya tak pasti lagi sebenarnya boleh ke tak sebab saya memang tak tahu sangat tentang internet ni, saya hanya tahu fecebook saja itupun anak saya yang tahun 5 masa tu yang bukakan akaun saya....kelakar sangat. Niat tu memang ada nak belajar tapi tak jumpa lagi guru yang boleh mengajar saya dari zero. Pernah juga pergi beberapa kursus untuk perniagaan di internet anjuran beberapa tetapi saya tak jadi daftar sebab tahu dah jika daftar pun tak boleh buat. 


 Alhamdulilah Allah temukan saya dengan Puan Anys Idayu Zakaria  guru kelas blog saya hanya didalam talian. Beliau mengajar dengan sabar walaupun beberapa kali ulang proses untuk dapatkan sesuatu. Dari proses buat email baru, fanpage,blog , dropship dan sebagainya. Barulah saya tahu untuk makna setiap perkataan tu, fungsi dan  keperluannya.

Cabaran baru ialah , Ketika itu saya menggunakan komputer yang rosak sebelah saja boleh tengok nak copy dan paste gambar pun berterabur, kawasan rumah pun tepi bukit tak dapat line internet dengan baik, saya pernah masuk cc untuk belajar  buat fanpage mula-mula dulu. Anak saya temankan. suasananya masyaalah  macam tak mahu masuk lagi dah..tapi saya terpaksa sebab nak belajar. Rugilah anda yang ada handfon atau laptop yang canggih tapi tak dimanfaatkan...Allah dah beri nikmat kena bersyukur banyak-banyak.

Tujuan saya bukan untuk berbangga dengan takdir Allah ni, cuma saya nak jelaskan Dengan adanya blog ni kita dapat berkongsi ilmu yang kita ada untuk dimanfaatkan sebagai jariah kejalan Allah. ilmu yang dikongsi jika dimanfaatkan akan menjadi sedekah yang tidak terhitung nilainya...bukan mencari keuntungan dunia semata-mata. 

setiap hari jika ada ilham boleh tulis di blog dan cerita itu tidak akan hilang berbanding di facebook. Sangat berbaloi dan masa belajar boleh tentukan sendiri. Tahniah puan Masayu Ahmad yang memiliki idea yang sangat hebat untuk membantu wanita celik IT.

Boleh pm Puan Anys Idayu  jika nak belajar dari zero macam saya. Jika saya boleh anda diluar sana yang jauh lebih hebat pasti boleh juga sebab Allah beri kita akal dengan saiz yang sama...insyaallah saya sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik setiap hari dengan izin Allah....insyaalah.