Wednesday 19 June 2013

PANDUAN MATEMATIK UNTUK KANAK-KANAK

MEMUPUK MINAT KANAK_KANAK KEPADA MATEMATIK MELALUI  KAEDAH  MENTAL ARITHMETIK.


Bismillahhirahmanniarahim.
Mental Arithmetik   merupakan proses pengembangan minda  iaitu memaksimakan penggunaan otak kiri dan kanan.Sebenarnya kebanyakkan kita hanya menggunakan  sebahagian saja fungsi otak, Mental Arithmetik ternyata dapat membantu mengembangkan minda  kanak-kanak sehingga 100% jika terus digilap sekurang-kurangnya setiap minggu.Anda tidak akan dapat gambaran sejauhmana keberkesanannya sehingga anda mencubanya atau bertanya kepada anak-anak jiran atau anak-anak saudara yang telah mempelajarinya .Anda sebagai ibubapa juga akan turut teruja sekiranya baru petama kali belajar atau melihat anak mengira menggunakan kaedah Mental Arithmetik.

Mengikut kaedah biasa jari kita hanya mempunyai nilai sepuluh sahaja, iaitu lima di tangan kanan dan lima di tangan kiri.Jangan sempitkan pemikiran anak kita dengan sikitnya nilai jari mengikut kaedah biasa. Mengikut kaedah Mental Arithmetik  dua-dua tangan bernilai sehingga sembilan puluh sembilan. Wow banyakkan .Siapa nak tahu bagaimana? Saya akan cuba terangkan agar anda boleh praktikkan sendiri  dirumah bersama anak kecil anda melalui latihan lisan seawal awalnya.tambah teruja lagi biasanya menyebut nombor dalam bahasa inggeris  dan bahasa melayu.

Mulakan dengan tangan kanan yang mewakili rumah sa (1 hingga 9)
Jari telujuk  bernilai satu,
Jari telunjuk dan jari tengah bernilai dua,
Jari telunjuk , jari tengah dan jari manis bernilai tiga,
Jari telunjuk, jari tengah ,jari manis dan jari anak bernilai empat.
Sekarang kira satu, dua ,tiga dan empat.....dah dapat caranya boleh mulakan dengan empat jari dahulu, tambah dan tolak empat no ni. Contohnya 1+1 =2,  2+2 = 4,  3+1=4,  1+2 = 3, 3 +1 = 4,ceritakan jika tambah jari naikkan atau tegakkan, Selesai menambah masuk proses penolakan pula dengan empat nombor juga sebagai asas.Contohnya 4 -1 = 3,  4 -2 = 2,  4-3= 1,  4-0 =4,sehingga anak boleh beri jawapan yang betul mengikut jarinya di tangan kanan.

Buat proses yang sama ditangan kiri, tangan kiri mewakili rumah puluh iaitu dari 10 hingga 90.Sebaik-baiknya sehingga 40 dahulu gunakan empat jari ditangan kanan dan empat jari disebelah kiri. Jika jari telunjuk kiri dan jari telunjuk kanan di tegakkan,nilainya sebelas, dua jari dikanan dan kiri nilainya dua-puluh dua, seterusnya tiga puluh tiga,dan empat puluh empat.Lapan jari saja sudah dapat kira hingga 44.hebatkan.

Cuba soalan ini:
11 + 5 =  
12 + 2 =
13 + 5 =
22 + 5 =
25 + 4 =
33 + 5 =
44 + 5=
45 + 3 =

Selamat mencuba puan -puan ini adalah kaedah mengajar anak-anak sendiri di  tahap satu dan tadika.untuk tahap dua boleh terus ke angka yang lebih besar  sehingga 99.Contohnya ibu jari tangan kiri dan kanan adalah 55, ibu jari dan jari telunjuk dua-dua tangan bernilai 66,seterusnya 77,88 dan 99.Sekarang boleh reka soalan untk tahap dua .Contohnya 52 + 45 -15 -22 +19 -55 + 25 = 49 .Latih menjawap soalan dengan cepat dengan membuat kuiz dan seumpamanya untuk membina rasa ceria dan semangat diantara kanak-kanak di dalam kelas atau dirumah.Beri imbuhan  kepada siapa yang dapat mejawap dengan cepat dan tepat.Pasti kanak-kanak sentiasa menunggu masa untuk kuiz untuk mempamerkan kehebatan masing-masing.Dua jam kelas rasa sekejap saja sebab pengisian nya  dan proses pengiraan yang menarik.Insyaalah.

Proses menggerakkan jari inilah yang menggerakkan otak,Otak kanan berfungsi apabila tangan kiri digerakkan,begitulah sebaliknya jika banyak guna tangan kanan saja ,otak kiri la yang berfungsi tulah anak suka berebut, mementingkan diri dan tak suka berkawan,Harapnya lepas banyak menggunakan tangan kiri , otak kanan akan lebih berfungsi,maka akan terbentuklah anak-anak yang kreatif, bertimbang rasa, dan menyayangi adik-beradik. .....


Harapnya puan-puan mencuba kaedah ini di rumah , mudah-mudahan tulisan yang tak seberapa ni dapat membantu anda  memupuk minat kepada benda-benda yag positif.Positifkan minda kerana hanya minda yang positif akan menghasilkan tindakan yang positif juga.apa yang baik dari Allah ,Jika ada kesilapan saya mohom maafkan dan insyaalah akan diperbaiki dari masa ke semasa.









No comments:

Post a Comment