Friday, 21 June 2013

PENGENALAN DIRI

Asalamualaikum pembuka bicara.
Bismillahhirrahmanirrahim, dengan nama Allah yang maha pengasih lagi penyayang...segala puji bagiMu YaAllah....Selawat dan salam keatas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.,keluarga serta sahabat r,a.
Salam kasih sayang juga untuk kedua ibu ayah,sahabat sejati dan salam  perkenalan untuk semua sahabat baru.
   Alhamdulilah syukur atas semua kurniaanNya,kesihatan yang baik, kehidupan yang sentiasa bahagia ,keluarga yang sangat memberi sokongan,sahabat yang sentiasa mendorong kearah kebaikkan.mudah-mudahan sentiasa berterusan limpahan rahmat untuk kita semua.Nama saya Asmah Binti Md.isa....arwah ibu saya cakap maknanya ikut Asmak Abu Bakar tapi pejabat pendaftaran tulis Asmah....maklumlah orang dulu sekolah dewasa tak pandai sangat membaca....tapi arwah mahu saya menjadi kuat dan berani seperti nama hebat itu..Alhamdulillah terima kasih atas nama yang baik ini saya selalu di depan dalam kelas pun nama saya dulu di panggil sebab mula huruf A.Saya dilahirkan pada 15 mei 1969 di Kubang Pasu kedah Darulaman.Ibu asal dari Simpang Empat Perlis dan Ayah dari Kampung Berjaya Alor Setar.
       Saya membesar di Sekolah Kebangsaan Padang Perahu dan Sekolah Menengah pulau Nyior Jitra sehingga tamat STPM .Selepas itu saya berkerja di Pulau Pinang selama 6 tahun untuk membantu keluarga dan adik bungsu sehingga tamat STPM dan melanjutkan pelajaran ke IPSI.saya berkahwin dan menetap di perak Darul Ridwan dan kemudian Ke Kajang Selangor sehingga tahun 2003.Saya kembali ke Negeri Jelapang Padi  dan ingin menjaga ibu yang semakin uzur dan bersamanya hingga ke akhir hayatnya pada tahun 2005.Alhamdulilah saya mendapat peluang menjaga ibu yang sakit,saya tinggalkan semua kerja dengan bercuti tanpa gaji selama hampir setahun ..kerana saya yakin Allah sentiasa bersama saya saat itu. .Sejak awal lagi saya sentiasa ingin bersama ibu bila arwah sakit walaupun hanya demam...saya dah tak tenang buat kerja pun tak boleh dah kena balik tengok juga.Walaupun kini ibu dah kembali ke rahmatullah saya sentiasa rasa kehadirannya dihati saya.Alhamdulilah.
    Disinilah bermulanya kisah saya setelah saya kembali berkerja, saya mempelajari kaedah Mental Arithmetik  berulang alik dari kedah ke penang.Saya meman minat dengan matematik dari sekolah lagi..Tujuan asal adalah untuk mengajar anak sahaja ketika itu berusia 4 tahun .semasa di kajang saya mengajar di tadika ,saya suka berkerja dengan kanak-kanak .Kata orang ilmu kalau dikongsi lebih berkat, saya pun mengajar anak-anak jiran tentang sempua dan Arithmetik..wow nampak berkesan.Anak-anak jiran dah cekap sifir dan boleh dapat A dalam matematik...yalah anak sendiri kecik lg kan.,tapi sentiasa saya bawa ke dalam kelas di rumah tapi 5 tahun dia buat kerja dialah, melukis mewarna dan menconteng....buku dia dan buku orang sekali....tapi apa yang didengar tak sia-sia.semasa umurnya 7 tahun dia senang menghafal sifir dan berani baca dihadapan kelas tanpa rasa malu lg Alhamdulilah.sampai sekarang matematik menjadi subjek paling diminati., Seorang anak yang sangat mudah diurus sebab pandai berdikari dan tahu menyelesaikan masalah sendiri dan boleh membantu dalam kelas saya juga.bukankah matematik ni mengajar kita mencari jawapan dengan kaedah yang betul jadi boleh aplikasikan dalam kehidupan juga.
     Pada 20.julai 2007 , lahirlah buah hati saya Jitra Arithmetik System dari rumah saja tapi saya mula masuk ke sekolah  dan tadika berhampiran untuk memperkenalkan kaedah Arithmetik sempua berasaskan  teori jari dan sempua.Matlamat saya untuk membantu anak bangsa saya menguasai sifir seawal 6 tahun ,agar dapat melahirkan generasi yang celik matematik .Syukur alhamdulillah  sekarang penerimaan semakin menggalakkan sambutan kanak-kanak 6 hingga 14 tahun. terima kasih kepada pihak Mara kubang Pasu dan Mara Kangar kerana memberikan pejabat untuk saya menjalankan kelas ini .terima kasih juga kepada semua ibubapa yang telah memberi kepercayaan  sehingga kadang-kadang 3 beradik sekali masuk kelas serentak sebab tulah saya namakan PUSAT TAMBAHNILAI KUASA MINDA SETEMPAT walaupun umur tak sama dan buku taksama tapi satu kaedah dan satu matlamat.Yang laju boleh ke depan tetapi yang kurang laju tetap diberi keutamaan. agar dapat bersama digunakan untuk membantu mencapai kecemerlangan.
    Saya berkerja setiap hari,mengikut kawasan dari kedah ke perlis  ,sebelum ke kelas saya pastikan tanggungjawap dilaksanakan , saya sangat meminati apa yang saya buat sekarang , mungkin sebab tu tak merasa penat walaupun bagi orang lain meletihkan.
         Semoga Allah sentiasa beri saya kesihatan yang baik.agar dapat teruskan berbakti, semoga tenaga pengajar yang telah saya latih mampu meneruskan usaha murni ini untuk anak bangsa kita, terima kasih ALLAH kerana dengan kasih sayangnya saya dapat menempuh semua kesusahan dan cabaran untuk memulakan perniagaan ini tanpa modal kewangan yang banyak, hanya keyakinan dan keberaniaan .Allah juga menentukan segalanya, dengan izinNya nanti mudah-mudahan saya dapat menambah nilai kuasa minda  dengan pekhidmatan yang seikhlas-iklasnya..bukan hanya mencari keuntungan semata-mata.Mudah-mudahan Allah memberi saya peluang membantu lebih ramai kanak-kanak lagi nanti  dengan melatih lebih ramai tenaga pengajar lebih ramai budak dapat belajar insyaalah.nanti saya kongsikan lagi bagaimana nak kenal anak kita otak kanan atau kiri pulak ye......
asalamualaikum dan salam persaudaraan dari saya.

2 comments: