Jitra Arithmetik Sistem mengadakan kelas tuisyen matematik berasaskan mental arithmetik.
Matlamat penubuhan adalah ingin membantu ibu bapa menyelesaikan masalah anak-anak seperti:
1- Kurang fokus dalam kelas,
2-kurang kreatif dalam aktiviti seharian,
3-Kurang berdaya saing diantara kawan sekelas,
4-Kurang minat pada subjek matematik,angka dan pengiraan,
5-Kurang bijak menyelesaikan masalah dengan rakan sebaya,
6-Kurang keyakinan diri,tiada motivasi untuk belajar.
Walaupun kami mengajar kaedah mengira seperti tambah, tolak, darab dan bahagi tetapi kesan dari proses itulah kita melatih pelajar menjadi lebih baik dari segi minda dan keyakinan diri.Kaedah mental arithmetik ini mampu menajamkam kuasa minda pelajar kerana ianya menguatkan daya ingatan, ibarat pisau yang diasah setiap minggu,insyaallah pasti tajam akhirnya..Pelajar juga dilatih patuh pada arahan , jika tidak mengikut peraturan seperti formula semasa latihan, pelajar akan mendapat jawapan yang salah ,ini adalah latihan dalam kehidupan juga kita mesti sentiasa berada dilandasan yang betul berasakan Al-Quran dan sunnah , jika terkeluar dari landasan mesti cepat-cepat kembali kepangkal jalan, mengikut formula yang betul seperti yang telah disyariaatkan.Begitulah dalam proses pembelajaran mesti mengikut formula yang telah di tetapkan. barulah mereka mendapat jawapan yang betul.
Kami juga mengajar membetulkan kesilapan dan jangan mengulangi kesalahan yang sama, prlajar akan tahu kenapa dan dimana salahnya sesuatu jawapan, dan membuat pembetulan atas setiap kesilapan tatapi mengikut tahap seseorang pelajar juga,tiada tekanan atan denda yang keterlaluan.Pelajar dilatih menyiapkan latihan menggunakan kaedah yang betul. Kita dapat mengenalpasti sejauhmana kaedah digunakan dengan betul atau tidak.Kita bukan hanya mencari jawapan yang betul sahaja, tetapi kita kita mencari jawapan yang betul dengan kaedah yang tepat dalam masa yang singkat.
Mental Arithmetik merupakan kaedah yang mudah sebenarnya dari segi penghayatan tetapi memberi kesan yang besar dalam aspek kehidupan tetapi mestilah berterusan dan ada panduan, kami tidak menjual buku tetapi ikhlas menyumbang perkhidmatan melalui buku buku latihan, Semua boleh mencuba mempelajarinya, barulah dapat merasa kelebihannya, bagaimana sistem ini mampu membantu kita membina minda positif dan menambah nilai kekurangan diri setiap sesi, kesan yang paling besar apabila anak-anak mampu bertindak secara optima dan mampu mencapai keputusan cemelang.
Keyakinan diri pula terbina dari cara mendapat jawapan itu, sentiasa dapat menjawap dengan cepat, sentiasa dapat menunjukkan kecemerlangan dalam kelas akan memberi mereka motivasi diri untuk lebih yakin dalam menjawap soalan di dalam kelas yang lebih besar atau dalam pertandingan.Keyakinan diri inilah yang kita perlu pupuk dari awal lagi untuk membina kecemelangan pada masa hadapan.Kaedah ini lebih mempengaruhi minda sebenarnya, kerana tindakan yang hebat bermula dari minda yang hebat .Minda yang hebat juga perlu dibajai dengan makanan rohani dan jasmani yang halal lagi baik.Semua aspek kehidupan saling berkait antara satu sama lain.
Cekap sifir adalah aktiviti sampingan untuk membina keyakinan diri pelajar, mampu melahirkan pelajar yang mampu menyiapkan latihan dengan cepat, mampu bersaing dan bermotivasi untuk cemerlang.Bermula minggu pertama pembelajaran sehinggalah seterusnya pelajar diwajibkan menguasainya menggunakan kaedah mental arithmetik besama teknik menghafal. menyebut dan persembahan setiap individu.
KAMI MENAWARKAN;
1-kelas untuk pelajar6-14 tahun,.
2-Kelas intensif musim cuti sekolah
3- Kelas untuk tenaga pengajar sambilan,
4-kelas promosi percuma untuk pusat pembelajaran baru,
CAWANGAN SEDIA ADA:
HARI
|
MASA
|
SUBJEK
|
TEMPAT
|
AHAD
|
9.30-11.00 AM
|
SEMPUA
|
B4,MARA KANGAR
|
11.00-12.30 AM
|
SEMPUA
|
B4,MARA KANGAR
|
|
AHAD
|
5.00-6.30 PM
|
BM & MATH
|
C8,MARA JITRA
|
ISNIN
|
5.00-6.30 PM
|
SN &BI
|
C8,MARA JITRA
|
SELASA
|
5.00-6.30 PM
|
SEMPUA
|
B4,MARA KANGAR
|
RABU
|
5.00-6.30 PM
|
SEMPUA
|
C8,MARA JITRA
|
JUMAAT
|
9.30-11.00 AM
|
SEMPUA
|
TMN SRI CHANGLUN 2
|
JUMAAT
|
11.00-12.30 AM
|
SEMPUA
|
TMN PULAI JAYA,A.SETAR
|
JUMAAT
|
3.00-4.30 PTG
|
SEMPUA
|
SEK KEB TUNJANG
|
JUMAAT
|
5.00-6.30 PM
|
SEMPUA
|
C8,MARA JITRA
|
SABTU
|
8.30-10.00 AM
|
SEMPUA
|
TMN SUASANA PERMAI
|
SABTU
|
10.30-12.00 AM
|
SEMPUA
|
TAMAN MAHSURI
|
SABTU
|
5.00-6.30 PM
|
SEMPUA
|
C8,MARA JITRA
B4,MARA KANGAR
|
kelas dibuka setiap hari mengikut kawasan terpilih.,
Hanya 15-20 orang pelajar setiap sesi,
Hanya RM 30.00 pendaftaran,RM20.00 buku latihan setiap level.
Bulanan RM50.00 setiap sesi (boleh tambah sehingga 4 sesi sahaja ).
MAIN OFFICE:
C8,Arked Mara Jitra,
Jln Sg Korok,)06000,
Jitra, Kedah Darulaman.
010-5436639,
012-4828962
016-4371023
Puan Asmah.
PUSAT TAMBAHNILAI KUASA MINDA SETEMPAT, JITRA ARITHMETIK SYSTEM
Mudah......Cepat.....Berkesan.
"Minda adalah seperti payung terjun.....ianya hanya berfungsi apabila di buka'John Dever
Maksudnya hebat manapun sistem yang dipelajari, mesti gunakan baru berguna untuk diri dan orang lain.
No comments:
Post a Comment