Wednesday 30 October 2013

Cara menggunakan Teori Jari Dalam Mental Arithmetik

 TEORI JARI :
 Adalah teori pertama dalam  Kaedah Mental Arithmetik
>>Menggunakan jari sahaja
>>Setiap jari ada nilai tersendiri

>>Faham simbol jari dan nilai jari sebelum mengira
>>Tangan kanan akan mewakili nilai sa.
>>Tangan kiri akan mewakili nilai puluh






A-Rumah sa

Mulakan dengan tangan kanan yang mewakili rumah sa (1 hingga 9)
Jari telujuk  bernilai satu,
Jari telunjuk dan jari tengah bernilai dua,
Jari telunjuk , jari tengah dan jari manis bernilai tiga,
Jari telunjuk, jari tengah ,jari manis dan jari anak bernilai empat.

Sekarang kira satu, dua ,tiga dan empat.....dah dapat caranya boleh mulakan dengan empat jari dahulu, tambah dan tolak empat no ni. Contohnya  :
1+1 =2, 
 2+2 = 4, 
 3+1=4, 
 1+2 = 3, 
3 +1 = 4.

 Ceritakan jika tambah jari naikkan atau tegakkan, 


Selesai menambah masuk proses penolakan pula dengan empat nombor juga sebagai asas.

Contohnya :
4 -1 = 3, 
 4 -2 = 2,
  4-3= 1, 
 4-0 =4,
Ulangi proses berkali kali  sehingga anak boleh beri jawapan yang betul mengikut jarinya di tangan kanan dahulu.

 B- Rumah Puluh.
Buat proses yang sama ditangan kiri, tangan kiri mewakili rumah puluh iaitu dari 10 hingga 90.Sebaik-baiknya sehingga 40 dahulu gunakan empat jari ditangan kanan dan empat jari disebelah kiri. Jika jari telunjuk kiri dan jari telunjuk kanan di tegakkan,nilainya sebelas, dua jari dikanan dan kiri nilainya dua-puluh dua, seterusnya tiga puluh tiga,dan empat puluh empat.Lapan jari saja sudah dapat kira hingga 44.hebatkan.

Cuba soalan ini:
11 + 5 =   
12 + 2 =
13 + 5 =
22 + 5 =
25 + 4 =
33 + 5 =
44 + 5= 
45 + 3 =

Selamat mencuba puan -puan ini adalah kaedah mengajar anak-anak sendiri di  tahap satu dan tadika.untuk tahap dua boleh terus ke angka yang lebih besar  sehingga 99.Contohnya ibu jari tangan kiri dan kanan adalah 55, ibu jari dan jari telunjuk dua-dua tangan bernilai 66,seterusnya 77,88 dan 99.Sekarang boleh reka soalan untk tahap dua .
Contohnya :
 52 + 45 -15 -22 +19 -55 + 25 = 49.
 Latih menjawap soalan dengan cepat dengan membuat kuiz dan seumpamanya untuk membina rasa ceria dan semangat diantara kanak-kanak di dalam kelas atau dirumah.Beri imbuhan  kepada siapa yang dapat mejawap dengan cepat dan tepat.Pasti kanak-kanak sentiasa menunggu masa untuk kuiz untuk mempamerkan kehebatan masing-masing. Setiap sesi kelas rasa sekejap saja sebab pengisian nya  dan proses pengiraan yang menarik.Insyaalah.

Proses menggerakkan jari inilah yang menggerakkan otak,Otak kanan berfungsi apabila tangan kiri digerakkan,begitulah sebaliknya jika banyak guna tangan kanan saja ,otak kiri la yang berfungsi tulah anak suka berebut, mementingkan diri dan tak suka berkawan,Harapnya lepas banyak menggunakan tangan kiri , otak kanan akan lebih berfungsi,maka akan terbentuklah anak-anak yang kreatif, bertimbang rasa, dan menyayangi adik-beradik. .....


Harapnya puan-puan mencuba kaedah ini di rumah , mudah-mudahan tulisan yang tak seberapa ni dapat membantu anda  memupuk minat kepada benda-benda yag positif.Positifkan minda kerana hanya minda yang positif akan menghasilkan tindakan yang positif juga.apa yang baik dari Allah ,Jika ada kesilapan saya mohom maafkan dan insyaalah akan diperbaiki dari masa ke semasa.


       BUKAN SEKADAR KELAS      SEMPUA

2 comments:

  1. pusat tambahnilai setempat 6 hingga 14 tahun

    ReplyDelete
  2. MasyaAllah Tabarakallah.. Semoga Allah membalas kebaikan buat puan

    ReplyDelete