Thursday 24 October 2013

Mudahnya nak cari Blog saya

Akhirnya dah senang nak cari blog saya di google. Walaupun saya bermula dengan zero tetapi Alhamdulilah saya dapat juga menghasilkan blog panduan matematik untuk kanak-kanak sebagai panduan kepada ibubapa yang inginkan anak-anak yang cekap matematik dan kreatif dalam kehidupan seperti pandai mencari kawan, boleh menyelesaikan masalah secara logik dan berani menghadapi cabaran.


Selain dari itu saya dapat membina sebuah kedai Online iaitu asmahmdisasunnah online menjual barang-barang suuah dari timur tengah ,telekung ,tepung kek dan makanan lain. Walaupun hanya selangkah kecil , namun sangat bererti bagi saya....Saya akan terus melangkah dan belajar untuk mendalaminya ilmu tentang dropship dan kedai online yang lain.

Alhamdulilah saya telah dapat merasai bagaimana nikmatnya menghantar kiriman pelanggan melalui pos. Inilah impian saya sebenarnya ingin berurusniaga dalam internet. sekurang-kurang bila saya tidak lagi bekerja nanti saya ada sesuatu nak dilakukan . Hebatnya perasaan berkerja hanya dari rumah ,telah banya usahawan yang berjaya hanya dari rumah tetapi jangan "hangat-hangat tahi ayam"...lambat tak bermakna tidak boleh melakukan apa yang orang lain boleh lakukan. Jika wanita lain boleh buat kita pun mesti boleh lakukan. Jangan malu berkongsi ilmu dengan anak-anak yang biasanya lebih cekap dari kita tetapi jika tiada panduan yang betul mereka akan habiskan masa dengan aktiviti yang tak berfaedah.

Untuk mengetahui bagaimana nak buat Blog, nak letak iklan perniagaan sertai kami di Akedemi bekerja dari rumah  dan Wham soho .Bagaimana untuk cipta blog berpengaruh ada rahsianya.terima kasih kepada guru online saya Puan Anys Idayu Zakaria dan penaung program Puan Masayu Ahmad, yang bersungguh-sungguh ingin membantu .

Siapa yang nak tahu rahsianya angkat tangan....oooopp tak nampak kena talipon la 010-5436639

Bantu diri sendiri supaya boleh membantu orang lain.


No comments:

Post a Comment