Tuesday 11 February 2014

KABUS RINDU


TAJUK: KABUS RINDU
PENULIS; MONALITA MANSOR
HARGA RM18.00
(TIDAK TERMASUK POS)
SINOPSIS  KABUS RINDU
PM .010-5436639

Hidayati dan Ungku Izzaidah (Izzie) adalah dua sahabat yang terpisah dek kekangan masa. Insiden yang berlaku di antara Zaweeya Azhari, anak gadis Hidayati dengan Wafi Ikhmal Arie Glas, anak lelaki Izzie telah mempertemukan mereka dalam situasi yang tidak dijangkakan di sekolah anak mereka itu. Bermulalah kembali hasrat lama yang pernah mereka angankan dulu iaitu ingin menjodohkan kedua-dua anak mereka.
Malangnya, apa yang diharap, tidak berlaku seperti yang dirancang. Berikutan daripada kejadian memalukan apabila dia ditumbuk oleh Zaweeya, Wafi bertindak untuk meninggalkan Izzie dan tinggal dengan papanya di Belanda. Zaweeya semakin dingin dengan Wafi Ikhmal ditambah pula dengan gangguan sepupu Wafi, Tengku Allysa Elesendra (Bendera). Dalam usaha memujuk Wafi Ikhmal agar tidak meninggalkan dirinya, Izzie membawa anak lelakinya itu pulang ke kampung Hidayati bersama-sama Zaweeya dan rakan-rakannya. Meski memprotes, Wafi terpaksa menurut mengenangkan Izzie sudah sangat kecewa dengan niatnya untuk meninggalkan tanah air. 
Sementara itu, Zaweeya sangat taksub dengan naskah majalah lama yang mengandungi kisah bersiri melayu lama bertajuk Mimpi Kembang Dahlia. Akibat terlalu taksub, ia menjadi seakan sebati dengannya hinggakan Zaweeya tidak dapat membezakan di antara halusinasi dengan mimpi. Peristiwa di perkarangan Masjid Kuala Dulang, telah mengubah persepsi Zaweeya terhadap Wafi. Keberadaan watak Tengku Indera Laksamana di dalam karya itu yang menyerupai Wafi Ikhmal menyebabkan Zaweeya menjadi sedikit lembut dengan Wafi.
Dalam masa yang sama, kehadiran Izzie sedikit sebanyak mencuri tumpuan Haikal, abang Hidayati yang juga seorang duda beranak lelaki. Izzie, pada zaman pengajiannya telah bertindak ‘menganggu’ Haikal dengan poskad-poskad misteri yang menyebabkan Haikal tertanya-tanya sehingga kini. Setelah ditinggalkan oleh isterinya, Haikal mengambil keputusan membesarkan anaknya seorang diri dengan bantuan Hidayati sehingga Amirul dewasa. 
Hubungan Zaweeya dan Wafi menjadi lebih baik apabila Wafi meninggalkan tanah air. Mereka sering berutusan berita melalui medium maya sehinggalah emel terakhir daripada Wafi yang sebenarnya ditulis oleh Bendera menjadikan Zaweeya sangat tersinggung dan dia menyedari ada perasaan lain yang berada di dalam hatinya. Begitupun, dia mengambil keputusan untuk melupakan terus Wafi dengan memutuskan segala hubungan di laman sosial mereka begitu sahaja. 
Mereka kembali berbaik selepas Wafi mendapat berita tentang perkahwinan mamanya, Izzie. Dia kembali ke Malaysia untuk menentang perkahwinan itu kerana selain merasakan ia terlalu cepat selepas kematian Edward (bekas suami Izzie) sekaligus tidak mahu Izzie kecewa lagi dengan perkahwinan terdahulu. Seperkara yang tidak diketahui Wafi ialah, lelaki yang akan dikahwini Izzie ialah Haikal. 
Bagaimanapun kekalutan emosi Wafi mendepani kenyataan perkahwinan ibunya itu semakin tercalar dengan berita penculikan Zaweeya. Penculikan yang dirancang oleh Bendera yang masih berdendam dengan Zaweeya kerana menganggap Zaweeya merampas Wafi daripadanya walaupun pada masa yang sama dia sudahpun mempunyai kekasih lain. 
Pada hari Zaweeya dijumpai semula, Wafi mendapat kejutan lagi apabila diberitahu tentang perkahwinan Izzie dan Haikal. Konflik berlaku di antara Haikal dan Wafi juga di antara Haikal dengan Amirul apabila masing-masing tidak mampu berterus-terang mengenai perasaan masing-masing. Bagaimanapun, dengan kebijaksanaan Haikal, hati Wafi dapat dijinakkan lebih-lebih lagi beliau berpengetahuan dalam bidang agama.
Beberapa hari selepas perkahwinan Haikal dan Izzie, Amirul memberitahu Zaweeya tentang kedatangan ibu kandungnya, Siti Solehah. Siti Solehah, warga negara Indonesia kembali untuk menebus kesilapannya kerana meninggalkan anaknya itu seterusnya kembali semula ke pangkuan Haikal. Malah, sanggup menawarkan diri menjadi orang gaji asalkan Haikal menerima kembali dirinya .
Kedatangan dan niat wanita itu akhirnya secara tak sengaja sampai ke telinga Izzie. Ia amat melukakan wanita itu tambahan lagi, dia baru ingin merasa bahagia. Hidayati sebagai sahabat tidak mampu melakukan apa-apa kerana keputusan berada di tangan abangnya Haikal. Haikal menolak untuk kembali kepada Siti Solehah tetapi gagal menyakinkan Izzie dengan niatnya itu. Melihat ibunya terluka, Wafi bersemuka dengan Amirul dan meminta Amirul berterus terang dengan Izzie.
Pada majlis meraikan perkahwinan Haikal dan Izzie juga berlaku insiden sadis yang sekali lagi nyaris meragut nyawa Zaweeya yang dilakukan oleh Allysa yang tidak berpuas hati dengan kegagalannya menghancurkan hidup Zaweeya sebelum ini. Akibat daripada insiden itulah barulah terbongkar rahsia yang Zaweeya dan Wafi sudah saling bermain perasaan semenjak pada hari perkahwinan Haikal dan Izzie di kampung lagi. 

Monday 10 February 2014

KELEBIHAN BLOG DALAM PERNIAGAAN

Bismillah....
Bagaimana kehidupan anda selepas sebulan ditahun baru 2014?. Bagaimana perbelanjaan  seharian, perbelanjaan persekolahan dan sebagainya. Rata-rata kita dengar keluhan dan rungutan tentang harga barangan. Bagi keluarga yang ahli keluaga ramai mesti terasa sangat kan. Bagi saya kurang terasa sangat sebab hanya ada seorang anak . Baru-baru ni saya membeli gula dua  bungkus baru tahu harga gula pun dah naik. Sebenarnya saya kurang minum manis jadi sekilo gula biasanya tahan lama.

 Suhanallah...Alhamdulilah...Allah Hu akhbar...Syukur sangat-sangat tahun ni murah rezeki. Walaupun belum sempat buat baner promosi  seperti sebelumnya. promosi kali ini hanya di halaman facebook, melalui blog yang taklah secantik orang lain. Rupanya dengan adanya blog maklumat perniagaan kita mudah di kenali, hanya perlu dikemaskini saja . Sangat berbeza sebab sebelum tahun ini saya pernah sediakan baner 10" x 6" sebanyak 10 keping . Berapa kos yang terpaksa dikeluarkan jika sekaki RM3. Satu baner sudah RM180, campur logo Majlis daerah RM20 untuk sebulan.

Dugaan yang  kadang-kadang terkena juga, tiba-tiba baner di buang tak sampai sebulan, cukup mengecewakan bukan. Rasa macam  serik pun ada, tapi Allah tak suka hambaNya berputus asa. Jadi saya berfikir mencari cara lain untuk mempromosikan perniagaan. Alhamdulilah Allah temukan saya dengan guru Online saya Puan Anys Idayu Zakaria. Banyak kali saya sebut namanya setiap kali bercerita tentang dunia online saya. Beliaulah penyelamat saya, memberi sinar baru dalam perjalanan perniagaan saya. Terima kasih cikgu,


Terima kasih juga pada waris -waris pelajar yang sentiasa membantu mempromosikan Jitra Arithmetik System kepada rakan-rakan. Bertuahnya saya memiliki  pelanggan yang akhirnya menjadi kawan yang boleh berkongsi ilmu sedikit sebanyak mengenai kanak-kanak. Betullah kata mentor-mentor hebat yang pernah saya baca bahawa perniagaan sebenarnya bukan hanya menjual barang atau perkhidmatan, tapi memberi kepercayaan atas setiap yang kita lakukan. Alhamdulilah terima kasih Allah.

Saya sentiasa dan tak pernah jemu berdoa agar sentiasa diberi Allah minda yang positif agar dapat memberi aura positif kepada pelajar saya. Mudah-mudahan Allah Akan terus memberi kekuatan untuk saya menghadapi apa juga ujian dalam perniagaan dan kehidupan. terutamanya kepada yang kurang keyakinan diri untuk bersaing, mudah-mudahan Allah sentiasa memberi ilham untuk saya mengajar dari lubuk hati yang paling dalam agar kesannya dapat dirasai dan dihayati.

 Kepada sahabat yang masih mencari penyelesaian atas setiap permasalahan anda, jangan jemu untuk terus berdoa, Allah akan makbulkan doa anda suatu hari nanti.pelihara hubungan dengan Allah, jangan lewat-lewatkan solat wajib, tambah solat-solat sunat agar anda dapat rasa nikmatnya. Saya tahu jika jarang lakukan solat sunat, biasanya kita terlupa....saya  pernah kunci jam loceng untuk waktu solat tahajud dan Dhuha pada mulanya...kemudian Allah dengar doa saya agar selalu ingat waktu-waktu tersebut. Alhamdulilah sekarang dah boleh ingat. Mudah-mudahan sedikit perkongsian yang tak seberapa ini, dapat menjadi ilmu untuk kehidupan dalam Cinta yang lebih baik kepadaNya.....wallahualam..salam ukhwah yang berpanjangan insyaallah.



Wednesday 5 February 2014

telekung seri

NAMA :TELEKUNG SERI






HARGA:75.00 TIDAK TERMASUK POS.
TEL: 0105436639


Tuesday 4 February 2014

ulasan buku

MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI

Alhamdulilah rezeki dari Allah untuk membuka hati saya membaca buku ini. Patutlah telah diulang cetak beratus ribu naskah sejak diterbitkan. Memang sangat menarik membacanya,penulis memberi kita lebih fahan tentang rezeki, cara nak dapatkannya, cara menggunakannya, cara elakkan hutang dan sebagainya. Yang menarik kaitan solat dan keberkatan, kaitan sedekah dalam kehidupan. Ayat ayat Yang patut diamalkan, zikir-zikir yang menarik rezeki, dan bagaimana menggunakan surah Al fatihah sebagai amalan menarik rezeki.

Insyaallah....Jadikan diri kita gula yang mampu menarik semut mulai hari ini terima kasih penulis sebab menulis buku sebaik ini. Banyak ilmu yang bermanfaat dalam perniagaan dan kehidupan..

NAMA BUKU : MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI
PENULIS : FATHURI SALEHUDDIN,
HARGA: RM24 TERMASUK POS

PM 010-5436639 UNTUK TEMPAHA