Showing posts with label motivasi diri. Show all posts
Showing posts with label motivasi diri. Show all posts

Monday, 30 December 2013

KELEBIHAN BERFIKIR SECARA POSITIF





Bismillahirahmanirahim.

           Lama juga tak menulis untuk blog panduan matematik untuk kanak-kanak ni, hari ni alhamdulilah diberi kesempatan menulis semula. Syukur Alhamdulilah sejak ada blog ni bilangan yang bertanya khabar kian bertambah. Mudah-mudahan perkongsian ilmu berterusan dalam rahmatnya, insyaalah.

                  Hari ini adalah hari terakhir tahun 2013, pejam celik, pejam celik dah bulan ketujuh mengendalikan blog yang cukup bermakna untuk saya, dah enam bulan mengendalikan kedai sunnah online dengan jualan inner,hoddie,kismis,minuman kesihatan, Alhamdulilah ada pendapatan sampingan yang membakar semangat saya untuk terus berusaha. Kelas arithmetik juga semakin dikenali ramai, ada permintaan di kawasan baru yang sedang saya pertimbangkan untuk meluaskan ke beberapa daerah lagi di  negeri Kedah Darul Aman.

                   Banyak cabaran  tahun 2013 kan, Tahun 204 yang akan datang juga pasti lebih hebat cabarannya. Apapun jangan menoleh ke belakang lagi teruskan usaha untuk kehadapan. Tambahnilai diri dengan semangat dan keazaman untuk terus berusaha dan bertawakal . Mudah-mudahan Allah beri kekuatan dan Allah permudahkan semua urusan.

                  Perniagaan bukan hanya menjual barang atau perkhidmatan semata-mata. Kadang-kadang terfikir bagaimana seseorang pelanggan masih kekal bersama saya sehingga tiga empat tahun, membawa adik-adik lagi sehingga 4 beradik serentak belajar serentak bersama  selama bertahun-tahun. Kepercayaan dan tambahnilai dalam diri pelanggan adalah keutamaan saya. Setiap pelanggan mesti merasa lebih baik berbanding sebelum bersama saya, sekurang-kurangnya sedikit perubahan mesti ingin dilihat dalam diri mereka. Perubahan bukan hanya keputusan yang cemerlang , keterampilan diri, keyakinan diri dan bermotivasi juga merupakan perubahan positig yang boleh di ukur setiap hari.

                 Perubahan positif dalam diri pelajar adalah petanda, sel-sel otak kanan dan otak kiri kanak-kanak sedang berhubung. Itulah matlamat penubuhan Jitra Arithmetik system. Kami inginkan semua pelajar menggunakan otak kanan dan otak kiri semaksimun yang boleh. Semua proses ini tidak akan berlaku jika tiada latihan,dan tiada proses tertentu yang telah ditetapkan.

                Walaupun pelbagai cabaran timbul terutamanya peningkatan kos sara hidup setiap hari , bermakna setiap sen yang dibelanjakan harus dilebihkan kepada makanan, kos pendidikan terpencil seperti kelas Tuisyen akan menjadi pilihan yang paling akhir barangkali. Namun hidup mesti diteruskan dengan perancangan teliti untuk menghadapinya. Kadang kala perlu bijak untuk memilih juga. mana lebih penting memberi tuisyen untuk semua matapelajaran penting lebih baik atau memberi satu saja tuisyen yang dapat meransang minda, menambah nilai cara berfikir, membina keyakinan diri. Kelebihan jati diri dan perkembangan otak ini bukankah akan melahirkan pelajar yang lebih mudah untuk fokus dan mudah memahami serta dapat menjawap soalan dengan lebih baik. Jadi jika pelajar sudah boleh fokus, boleh berfikir dan boleh menjawap persoalan perlukah lagi kelas tuisyen untuk matapelajaran, sedang kan semua itu sudah dipelajari di sekolah. Yang tiada di sekolah adalah kelas kemahiran berfikir dan melalui kaedah pengiraan dan kreativiti sifir untuk melahirkan pelajar yang berkeyakinan tinggi.

              Pusat tambahnilai kuasa minda Jitra arithmetik system telah menerima  pendaftaran untuk sesi 2014 lebih baik dari sebelumnya. Alhamdulilah..walaubagaimanapun usaha dan tawakal terus dijalankan bagi memastikan setiap rancangan mendapat restu dan diberkati Allah. Semua kelebihan ini salah satu sebabnya adalah kerana adanya blog Panduan Matematik Untuk Kanak-kanak yang saya pelajari melalui Guru Online saya Puan Anys Idayu Zakaria dan pengasas Puan Masayu Ahmad. setiap kali bercerita saya tak dapat nak lupakan jasa mereka terhadap apa yang berlaku. Sesungguhnya saya amat bersyukur kerana mendapat peluang untuk berubah.


                 Sedikit pesanan dari yang berbahagia Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man ni sentiasa saya ingat dan berharap dapat dikongsi untuk kebaikan. Bukan mudah untuk memberi kefahaman pada anak tentang apa yang dilakukan kerana biasanya tidak nampak apa yang ibubapa nampak. Mesti guna kaedah luarbiasa untuk memberi sedikit kefahahaman. Kaedah yang bermain dengan minda dan cara berfikir positif setiap hari.Tidak Allah jadikan sesuatu hanya sia-sia. Fahami hikmah atas setiap kejadian nescaya hati akan tenang dan boleh berfikir secara lebih rasional....wallahua'lam.

Pendaftaran 2014 masih dibuka
hubungi Jitra Arithmetik System 010-5436639 untuk info lanjut

Monday, 28 October 2013

Bacalah online

                                      
Tajuk buku:  Magnet  kekayaan dan  Kejayaan.

Penulis: Dr Azizan Othman
Alamat Kedai : Tiada hanya online. Penghantaran melalui khidmat pos laju.
No. Telefon : 010-5436639 @ 012-4828962@ 0174413739 & 016-4371023
Harga :            RM31(Semenanjung Malaysia),RM35(Sabah & Sarawak)

Kelebihan buku ini:
1-Tip untuk menarik kekayaan dan kebahagiaan dalam perniagaan,
2-Tip untuk kejayaan dan keberkatan di dunia dan akhirat,
3-Tip untuk berfikir dan bertindak secara luar biasa.
4-Tip untuk mulakan penghijrahan kealam peikiran dan emosi untuk berjaya,
5- Tip untuk menjadi Magnet  setiap hari.

KUALITI HEBAT, KUANTITI TERHAD . PM SEGERA JIKA BERMINAT UNTUK TEMPAHAN

Thursday, 19 September 2013

AKTIFKAN MINDA SEPARA SEDAR

RAHSIA KUASA MINDA  SEPARA SEDAR 
Minda separuh sedar  menyimpan sehingga 90% tetapi jarang digunakan sebab  tidak diajar untuk menggunakannya secara betul.Kita sering gunakan  minda sedar  yang hanya mempunyai10% kemampuan untuk berfikir.itulah sebabnya  kita sering berfikiran negatif, .kita menakutkan diri sendiri iaitu tiada keyakinan diri.Bina pemikiran yang positif seperti maafkan kasalahan orang sebelum tidur, mohon ampun dengan orang yang rapat dengan kita setiap hari.bersangka baik dengan Allah, dengan semua mahluk.


 Program semula minda kita setiap malam sebelum tidur,Bayangkan apa kita mahu lakukan esok.setkan dalam minda perkataan yang kita suka seperti aku pandai,aku kaya,aku anak soleh dan sebagainya selama sebulan dan lihat hasilnya.Jika tidak menjadi muhasabah diri tengok solat kita, tengok hubungan silaturahim kita, perbaiki hubungan dengan Allah insyaalah hubungan dengan mahkluk akan jadi positif.

Tuesday, 17 September 2013

ZIKIR YA MALIK (RAJA YANG MAHA BERKUASA)

           


     
  Alhamdulilah.syukur atas setiap kurniaan..terutama atas nikmat tidur malam yang lena, atas nikmas pernafasan, atas nikmat menjadi anak yang soleh,atas nikmat saudara mara,jiran-jiran yang sangat prihatin.Banyaknya nikmat Allah dah beri, mudah-mudahan sentiasa berzikir YA MALIK, yang bermaksud Raja Yang Maha Berkuasa sebanyak 121 kali setiap pagi dan selepas matahari terbenam,Insyaallah setiap pekerjaan yang dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat dan kekayaan dunia dan akhirat

   Zikir bukan hanya menenangkan hati,tapi menghindari diri dari memikirkan sesuatu yang negatif,Apa juga aktiviti  membasuh ,memasak, atau menyapu sampah.berzikirlah untuk bersyukur atas semua anugerah Allah

Monday, 2 September 2013

POSITIFKAN MINDA MENGHADAPI CABARAN

teks Asmah Mdisa.
Jitra Arithmetik System.
pusat kuasaminda setempat.
umur 6-14 tahun.

Asalamualaikum.wbt kepada semua pembaca yang di hormati.Hari ini mudah-mudahan minda yang positif akan membantu perjalanan hidup yang berterusan.siapa yang tak terkesan dengan isu semasa semalam, tetapi hidup mesti diteruskan.semakin mencari jawapan kenapa, mengapa,pasai apa ,awat dan sebagainya tidak akan menyelesaikan masalah .Jangan kerana nya , kerja kita terjejas, kualiti dan kuantiti kebaikan berkurang kerana merasa tidak ada "mood" nak keja.Paling di takuti kita buat doasa kering hari ini, mengungkapkan kata-kata yang negatif kepada orang lain.

Setiap ungkapan adalah doa yang sentiasa di aminkan oleh para malaikat di kiri dan kanan kita.Jika ungkapan yang tidak baik diaminkan...nauzubilah takut dibalikan kepada yang mengucapkannya.Dua tiga hari lepas kita dah ucapkan bertapa bersyukurnya tinggal dan ditakdirkan menjadi rakyat Malaysia, sebab aman dan bebas merdeka.Hari ini mengapa tak bersyukur sebab naik sikit kalau naik banyak macam mana?

Saya usahawan pendidikan kecil sahaja, sepatutnya lagi risau sebab bila kos hidup bertambah permintaan untuk pendidikan tuisyen mungkin terjejas.Mengapa saya harus membuat keputusan untuk esok sedangkan hari ini tidak diselesaikan dengan sempurna,Rezeki Hanya Allah boleh tentukan ,Tanggungjawap kita sebagai manusia hanya berusaha dan bertawakal. Tahun hadapan saya mesti siapkan plan pemasaran yang lebih baik dan lebih hebat dari sebelumnya ,Maksudnya kita kena jadikan isu semasa satu cabaran untuk kita lebih berusaha .Mudah-mudahan dipermudahkan Allah jalannya.

Orang berjaya biasanya bukan ada satu perniagaan saja.Marilah kita merebut peluang perniagaan lain yang ada depan mata yang sesuai dengan ilmu yang ada dalam diri kita.Keluarkan potensi diri yang sebenar.Jangan lupa minda mesti fikir positif.Mesti ada mentor yang hebat,ilmu yang berkaitan dan tindakan segera.Ada orang yang berminat tetapi selagi tak bertindak selagi itulah akan menjadi angan-angan.Kuasa untuk bertindak mesti bermula dari minda yang positif.

Alhamdulilah YaAllah ,hanya padaMU hamba memohon ampun atas kesilapan dan dosa hamba.Hamba percaya barang siapa yang bertakwa dan berusaha dengan bersungguh-sungguh, nescaya Allah akan melepaskan dirinya dari masalah hidup dan diberinya rezeki dari sumber yang tak terduga.Barang siapa yang bertawakal hanya kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya.Hanya Allah yang tahu bila ,dimana dan bagaimana ketentuan atas tiap sesuatu

Terimakasih buat mentor hebat Puan masayu Ahmad dan Puan Anys Idayu Zakaria atas ilmu yang diajar.nasihat yang berguna serta niat dan keihlasan untuk membantu menjadikan impian suatu kenyataan.semoga Sentiasa dalam perlindungan dan kasih sayang Allah.

asmahmdisa59.Blogsot .com
asmahmdisa@yahoo.com
asmahmdisasunnahonline.com
panduan Matematik untuk kanak-kanak.

Sunday, 18 August 2013

ULASAN KELAS BLOG

Bismillahirahmanirahim.

           Asalamualaikum w.b.t dan Salam sejahtera kepada pembaca yang budiman.Seperti biasa saya memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan dalam penulisan ini.Kadang-kadang saya juga tak percaya saya mesti menulis karangan lagi macam zamam persekolahan dulu selepas lebih 20 tahun meninggalkan zaman persekolahan sejak 1988.

         Allah tiba-tiba beri saya peluang untuk mendaftarkan diri untuk Kelas  Asas Blog  dengan Puan Anys Idayu Bt Zakaria.Ada banyak kelas macan ni sebenarnya tapi saya tertarik dengan Puan Anys ni sebab beliau sangat rajin mempromosikan kelebihannya jika kita ada blog,ada fanpage dan ada kedai online sendiri.Boleh dikatakan hari- hari saya membaca di fb saya.Betullah kata orang, promosi penting dalam perniagaan....semakin kerap jenama kita disebut-sebut semakin berkembang perniagaan kita.Puan Anys dah buktikan saya memang tertarik untuk belajar dan terus mendaftar walaupun sebenarnya tak tahu lagi macam mana pengisiaannya.

         Selepas mendaftar nak mula buat email baru dengan gmail...baru saya sedar sebenarnya saya ni memang zero sangat tentang IT.Saya hanya tahu berkaitan kerjasaya saja.Buat kertas kerja untuk profil syarikat, buat surat,akaun dan buat buku latihan sendiri saja.Tapi Alhamdulilah Puan Anys sangat sabar mengajar saya hingga saya dapat memiliki blog sendiri iaitu Panduan Matematik Untuk Kanak-kanak.Dari segi penulisan boleh nampak dari berjalan macam kura-kura sampai tak berani angkat muka takut salah pijak , asyik tengok kaki saja.Kini Alhamdulilah dan boleh mengarang catatan harian,panduan kesihatan,panduan matematik dan motivasi diri.Bukan perasan pulak, saya masih belajar memperbaiki diri dalam penulisan saya.Mudah-mudahan suatu hari boleh menjadi inspirasi kepada yang memerlukan ilmu.Insyaallah amin.

       Alhamdulilah dapat buat juga kedai online saya Asmahsunnah online.com.Semua Puan Anys Yang mengajar saya .Walaupun masih belajar tapi saya berpuashati dengan apa yang telah ditakdirkan untuk saya, syukur Alhamdulilah.Mudah-mudahan suatu hari saya dapat terus menggunakan ilmu ini untuk mengembangkan lagi perniagaan saya insyaallah.

       Walaupun masih belajar saya tetap yakin jika saya terus berusaha insyaalah suatu hari saya akan berjaya.Mungkin rezeki saya tak datang bergolek-golek lagi tetapi walau sesukar manapun, apa juga halangannya,walau rezeki tu masih jauh saya tetap yakin bila dah pandai nanti saya akan dapat apa yang saya cita-citakan.Mudah-mudahan Allah permudahkan dan sentiasa bekalkan saya kesabaran dan semangat yang berterusan .Walaupun saya sudah ada bisnes sendiri, tetapi cabaran baru dengan online sangat memberi saya semangat baru untuk terus berusaha.Mudah-mudahan akan banyak lagi ilmu yang dapat saya pelajari selepas ini.

       Sekian ulasan saya tentang kelas ini .Saya berterima kasih dengan Puan Masayu Bt Ahmad yang memperkenalkan dan Puan AnysIdayu Bt Zakaria,  yang mengajar saya serta ahli-ahli kumpulan yang kita kenali melalui facebook , tetapi ikatan ukhwah yang terjalin menjadikan kita boleh berkongsi ilmu yang bermanfaat. .Terimakasih pada Allah yang menghadiahkan saya peluang untuk menyahut cabaran ini.Mudah-mudahan kita semua di rahmati dan diberkati Allah selama-lamanya.amin


           
           Salam untuk semua.Yang terbaik dari Allah, yang kekurangan adalah dari kelemahan saya sebagai manusia.Sebarang teguran sentiasa menjadi pedoman dan sentiasa diberi perhatian.Insyaalah.Sesuatu  yang saya pelajari ialah jangan mudah putus asa....terus mencuba sehingga berjaya.Terima kasih sekarang saya dah tahu makna perkataan yang dulu tak tahu seperti dropship, fanpage dan lain-lain.

        Untuk berjaya dalam perniagaan apa juga mesti ada ilmu yang berkaitan,mentor yang sangat mahir dengan perniagaan tersebut dan perlu yakin untuk bertindak segera.Jika masih bertangguh sebenarnya kita hanya berangan-angan.Keyakinan adalah eset yang sangat penting berbanding modal atau halangan.Keyakinan akan melahirkan keberanian untuk bertindak.


Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh.selamat berjaya untuk semua.

      

Monday, 12 August 2013

TAHNIAH

Bismilahirahmanirahim...................

      Asalamualaikum wbt...Masuk hari ni dah lebih seminggu tak bersama anak-anak murid. lama cuti raya kali ni...sekarang dah mula rasa rindu dengan keletah dan perangai mereka...ada yang  kuat bercerita,ada yang sangat manja, yang suka mengampu  cikgu pun ada......bagaimana jika dah berenti mengajar ni...mesti tak tentu arah .Teringat ingat perangai mereka bila duduk dalam kelas sorang-sorang  .

    Paling diingat adalah pelajar paling nakal, setiap kali nak pergi kelas yang ada pelajar nakal saya selalu sedekahkan dia surah Al fatihah..doa untuk melembutkan hati yang saya amalkan dari dulu,saya bacakan sepanjang perjalanan dan sedekahkan kepada pelajar tersebut..Inipun saya dapat dari rancangan tanyalah ustaz tv9.Alhamdulilah memang berkesan dan boleh dimanfaatkan untuk menangani anak anak yang bermasaalah, unuk anak sendiri bacalah setiap masa jika teringat atau curiga takut-takut anak buat  benda yang kita tak suka, ikut kawan-kawan kita bacakan Surah Alfatihah...untuknya mudah-mudahan roh dalam jasadnya sentiasa dipandu kejalan yang benar.

    Esok dah nak mula ke pejabat dah rasanya banyak yang nak dibuat.ada buku yang belum siap untuk stanby kelas minggu depan.kertas  ujian yang belum di semak.ada juga sijil yang belum siap prosesnya.Mudah-mudahan tiada buku yang hilang, abacus yang tak tahu mana letaknya atau bag yang tertinggal di kampung...maklumlah cuti raya panjang biasanya macam tu lah.

   Tahniah kepada pelajar UPSR 2013 yang mendapat 5A dalam ujian percubaan UPSR sebelum cuti Raya.Saya tumpang gembira dengan kejayaan atas usaha mereka.Sebaik mana juga kaedah tidak ada maknanya jika tak mahu menggunakannya sebaik-baiknya.tahniah danTeruskan kecemerlangan anda menghadapi upsr nanti .Saya sentiasa berharap dapat membantu melalui kaedah yang telah diajar

BERUSAHA DAN BERTAWAKAL  HANYA KEPADA ALLAH


       
coklat minda untuk melengkapkan proses tambah nilai kuasa minda

AURAT WANITA MUSLIM

                                                                  Bismilahirahmanirahim.....
     .Sekadar ingatan untuk diri sendiri.anak-anak saudara jauh dan dekat, anak-anak jiran yang ingin bertaubat.....lihatlah seketika betapa azab Allah telah nyata dalam alQuran.Mudah-mudahan Allah terus membuka hati mereka yang belum terbuka hatinya untuk menutup aurat.

         Alhamdulilah jika kita tahu rahsianya kecil-kecil lagi dah menutup aurat, tapi hidayah sampai lambat .Kita patut bersyukur Allah bagi hidayah kepada kita untuk bertudung dengan sebenar-benarnya.Jika dulu kita hanya berselendang kini Allah buka hati untuk menutup auran sepenuhnya.

           Tutup aurat kerana Allah .Itu lebih penting.Bukan kerana malas sikat rambut, atau mungkin sebab nampak lebih cantik jika bertudung.Alhamdulilah jika kita dapat rasa malu keluar dari puntu rumah tampa menutup aurat.mestu tutup atau cari tudung jika ada yang memberi salam dari luar,Sebenarnya Allah sudah memberikan kita hidayah walaupun nampak mudah tapi tak semua boleh buat.biasanya dianggap tidak penting .dan tak apalah depan rumah kita.walahua'lam

          Yang terbaik dari Allah, yang silap jika ada , tentulah dari saya yang masih belajar.



Saturday, 10 August 2013

10 JENIS MAYAT YANG TIDAK AKAN BUSUK DI DALAM KUBUR

                          10 JENIS MAYAT YANG TIDAK AKAN BUSUK DI DALAM KUBUR

Disebutkan oleh hadits Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bahwa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam keadaan tubuh asal pada hari Kiamat :

1). Para Nabi-Nabi
2). Para Ahli Jihad Fisabilillah
3). Para Alim Ulama menegakkan kalimah ALLAH.
4). Para Syuhada sentiasa memperjuangkan Islam.
5). Para Penghafal Al-Qur'an dan beramal dengan Al-Qur'an.
6). Imam atau Pemimpin yang Adil dalam menegak Syariat Allah.
7). Tukang Adzan yang tidak meminta habuan.
8. Wanita yang mati semasa melahirkan anak serta sentiasa taat pada perintah Allah.
9). Orang mati dibunuh atau dianiaya karena mempertahan Maruah dan Agama.
10). Orang yang mati di siang hari atau di malam Jum'at jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman yang sentiasa menjaga hukum agama semasa hidup di atas dunia. (HR. Bukhari Muslim)

SubhanAllah..

Ya Allah, jadikanlah kami termasuk orang-orang seperti itu. Aamiin

Sekarang anda mempunyai Dua pilihan
1. Biarkan Tulisan ini berada di page ini supaya orang lain tidak membaca.
2. menyebarkan ke Teman yang lain dengan klik 'Bagikan' supaya orang lain ikut terinpirasi dan Inysaallah mendapat pahala.



 Amin...mudah-mudahan menjadi inspirasi untuk kita berusaha menjadi antara golongan yang terpilih oleh ALLAH diberi rahmat semasa hidup dan nikmat semasa mati ...wallahua'lam


                                   

Tuesday, 6 August 2013

PANDUAN MENGHADAPI SYAWAL


Bismilahirahmanirahim.

               Asalamualaikum wbt, alhamdulilah esok dah nak raya .salam syawal untuk semua.. Ramadhan adalah bulan menyucikan diri dari segala kekotoran  dalaman dan luaran, rohani dan jasmani.Mula-mula bayangkan usus kita tempat menyimpang semua makanan setahun lalu,apa yang kita makan dari mana hasilnya akan melalui usus untuk di proses dalam perut.
                Tujuan Allah adalah untuk menginsafkan kita disamping membantu memberi manusia kesihatan yang baik Merehatkan usus dari kerja memproses makanan selama 12  jam.pernah kah kita muhasabah diri.....kadang-kadang untuk kesihatan diri kita sendiri pun kita sangat berkira...susah nak jaga makan dan minum kita sebab terlalu banyak makanan sedap di luar sana....walaupun kadang-kadang banyak mendatangkan mudarat dari manfaat.Kita  sendiri merosakkan usus kita sebenarnya

                Berapakali kita diserang sakit perut selepas berbuka kerana terlebih makan,tersilap makan atau termakan benda yang tak patut makan.Bila sudah usus tak sihat bagaimana nak membuat amal ibadat kan.Makan yang sedikit itulah lebih berkat sebenarnya.Alhamdulilah jika sihat kali ni maksudnya kita telah berjaya mengawal nafsu makan, berjaya memilih apa yang terbaik untuk badan.

            Begitu juga dengan kekotoran hati ,kita diwajibkan memperbaiki hubungan sesama manusia,dengan adik beradik, jiran-jiran dan juga sahabat-sahabat.ALLAH hadiahkn kita hari untuk meminta memohon maaf dengan ibubapa atau orang yang lebih, meminta maaf untuk sahabat,dan memberi maaf juga.Jika tiada hari raya tentu dosa kita dah menimbun banyaknya bertahun tahun.tapi allah mahu kita bersihkan hati kita untuk menghadapi tahun baru.Kita bagaikan kain putih jika dosa kita diampunkan selepas ramadhan.Menghadapi  syawal dengan jiwa sebersih bersihnya,

          Alhamdulilah juga amalan umat islam di negara kita,sudah pandai membezakan antara mahram atau tidak, faham batas-batas pergaulan lelaki dan perempuan, jika belum faham belajarlah untuk faham apa masalahnya bersalam dengan yang bukan mahram kita.kita wajib mohon maaf pada semua, tapi tak perlu bersalam dengan orang yang bukan mahram.

           Jangan cemari kesucian syawal dengan perkara yang mengundang penyakit baru .Kurangkan ketawa yang berlebihan , hiburan melampau atau sebagainya.ketawa yang berlebihan akan melemahkan hati..Jika banyak berselawat akan menguatkan fungsi hati dan iman.

           Jangan lupa agenda utama hari raya kunjungi kedua ibubapa,penuhi keperluan mereka, rasai kesunyian mereka hargai detik bersama mereka.Pada kita yang ibubapa telah kembali kerahmatulah, kita jangan rasa kehilangan mereka kerana mereka sentiasa hidup dalam hati kita.belikan baju raya juga,kuih raya juga, zakat untuk mereka kemudian sedekahkan kepada sahabat-sahabat arwah yang kurang berkemampuan .Insyaalah ada perasaan yang sangat indah disana menanti.
         Kunjungi pusara jadikan kemestian bawalah anak-anak kita sebagai latihan supaya esok bila kita telah tiada anak-anak pula mengunjungi kita insyaalah.Berikan salamuntuk meraka kerana sesungguhnya mereka sentiasa menanti kehadiran anak-anak yang soleh.mudah-mudahan salawat dan salam kita akan membantu mereka disana...amim

TARAWIH TERAKHIR 1434H


Assalamualaikum wbt    ..... Bismilahirahmanirahim.

         Alhamdulilah dapat habiskan tarawih semalam,  malam akhir  untuk tahun ni.Syukur alhamdulilah atas izinNya memberikan nikmat masa terluang ,nikmat badan yang sihat,nikmat umur yang panjang dan nikmat hati yang tenang buat hamba allah yang berkesempatan merebut tawaran mega dari Allah untuk tahun ni.

          Alhamdulilah tahun ni sangat berbeza dari sebelumnya tiada lagi keinginan memantau offer di pasaraya, walaupun ada satu pasaraya baru buka sempena Aidilfitri ni.Tiada lagi rasa ingin mencari resepi tergolek di baza2 ramadhan.Keinginan merebut tawaran Allah mengatasi segalanya.Alhamdulilah Ya Allah memberi hamba perasaan ini.

          Rasa sedih dan sayu yang sangat dalam untuk berpisah dengan Ramadhan kali ini.Hampir sebulan bersama kawan-kawan arwah ibu  di masjid ramadhan ini menjadikan sebak yang tak dapat dibendung lagi...selepas doa terakhir semalam.Apa juga takdirmu ya Allah Hamba redha kerana hamba yakin Allah tahu apa yang terbaik untuk hambanya.tapi...hamba tetap memohon...agar umur hamba dipanjangkan lagi dengan memberi nikmat umur dan perasaan seperti tahun ini.
       
          Hamba juga mohon diberi kebebasan keewangan yang lebih lagi agar banyak program amal dapat di taja terutamanya untuk sekolah tahfif dan anak yatim .Lebihkan perasaan untuk memberi dari menerima.Mudah-mudahan kedua arwah ibu ayah sama -sama mendapat manfaat pahalanya.Mudah-mudahan semua amalan diterima Allah....amin

Sunday, 28 July 2013

Panduan menjadi usahawan

Bismillahirahmanirahim.

            "Jika tidak di pecahkan ruyung mana kan dapat sagunya." Pesan orang dulu-dulu.Menggambarkan untuk mendapat sesuatu kita mesti berusaha bersungguh-sungguh, mengikut mentor yang betul serta terus menimba ilmu berkaitan agar apa yang kita lakukan mampu menyelesaikan permasaalahan dan kehendak masyarakat.

              Saya membina perniagaan dari zero,hanya ada sedikit ilmu yang  baru di pelajari ketika usia 35 tahun.Pada tarikh 20.julai 2007, saya telah menubuhkan Jitra Arithmetik System di SSM Alor Setar.Pada masa itu sebenarnya saya sangat sangat zero . Saya bukanlah dari keluarga usahawan, tiada modal untuk menyewa kedai, tiada kenderaan untuk pergi lebih jauh.Saya hanya memaksimakan apa yang ada.Adik-adik sayalah yang telah membelikan saya motosikal terpakai, kemudian saya ansur-ansur bayarkan pada mereka.Merekapun ada tanggungjawap juga, saya amat bersyukur kerana keluarga memberi sokongan setakat yang termampu.

              Saya hanya bergantung pada Allah, ada beberapa sahabat sejati yangg memberi sokongan yang saya tidak akan lupa hingga ke akhir hayat saya. Terima kasih Pada Allah kerana memberi saya sahabat-sahabat yang baik yang mendorong ke arah kebaikan.Saya bekerja sambil belajar sendiri cara- cara menguruskan perniagaan dari segi pengurusan masa dan kewangan .Saya hanya bermula dirumah sebagai pejabat pertama saya.Saya membuka kelas mental Arithmetik di rumah pada sebelah malam.Siangnya saya berkerja menjadi pembantu pengurus di pusat Tuisyen lain.

            Dalam kesibukan menguruskan anak yang bersekolah,bekerja dan membuat tuisyen Alhamdulilah dapatlah saya menabung sedikit sebanyak.Alhamdulilah dengan modal tersebut dapatlah saya menyewa di kedai Mara pada tahun 2009.Sebelum itu saya terpaksa menunpang mengajar di pusat tuisyen beberapa jam seminggu untuk menampung jumlah pelajar yang berada jauh dari kawasan rumah saya.

           Saya hanya menulis tangan, ketika itu saya tiada komputer,jadi saya ke cyber cafe minta adik-adik kat situ tolong buatkan.Saya tak pandai menggunakan komputer pun.Fobia tengok komputer masa tu .saya buat buku latihan sikit demi sikit dengan tulisan tangan di buku petak-petak.Melalui kursus yang saya ikuti saya pun mula membuat pinjaman untuk membeli  komputer.Mulalah saya belajar dari zero sampailah sekarang dipertemukan Allah dengan cikgu Anys Idayu Zakaria dapatlah saya membina blog  panduan matematik untuk kanak-kanaadan buku kedai Asmahmdisa sunnah online.

         Maksudnya untuk memulakan perniagaan, yang paling penting adalah keyakinanan diri, modal dah jatuh no dua pulak.Jika kita ada kemahiran apa-apapun jadikan ianya perniagaan ,daftarkan agar ada lesen untuk berniaaga.Walaupun kita sudah ada ilmu tentang sesuatu jangan berhenti menambah ilmu berkaitan.Pastikan hubungan dengan Allah sentiasa di tingkatkan, hubungan  dengan ibubapa, adik beradik saudara mara mohon rapatkan kerana di situ letaknya keberkatan.Semua Allah pinjamkan pada kita sementara saja, jangan sombong dengan pelanggan, kita takkan berjaya tampa sokongan pelanggan.

       Mudah-mudahan Allah sentiasa membantu saya untuk membantu orang lain..Sebaik mana pun peranncangan kita sebagai manusia, Allah penentu segalanya,peranncangan Allah sentias terik untuk hambanya.Terimakasih Allah kerana memberi hamba perasaan rasa disayangi dengan ujian dan rahmat yang diberikan.Cukupkan keperluan hidup dan mati hamba ya AllAH....Amin


Anak Soleh Permata hati ayah bonda.















Bismillahirahmanirahim

     Anak yang soleh sentiasa menjadi impian semua ibubapa, setiap hari itulah doanya untuk setiap anak.Anak yang soleh memang suatu anugerah dari Allah kepada ibubapa atas amanah yang diberikan.Beruntunglah wahai ibu bapa yang berjaya mendapatnya.


     Anak yang soleh perlu dibentuk dari dalam kandungan lagi,Setiap waktu tak pernah lupa berdoa kearah itu.Sentiasa meninggalkan larangan Allah dan cuba melakukan suruhanNya.Membentuk peribadi seorang anak berlaku setiap hari.Bukan hanya cukupkan keperluan makan dan minum saja.Santapan jiwa dan rohani juga lebih penting .

     Sebagai ibubapa perlu mengisi setiap masa terluang bersama anak dengan tazkirah .Ceritakan kisah-kisah doa orang-orang yang dimakbulkan doanya,mengapa  mudahnya Allah makbulkan.Hebatnya menjadi hamba yang taat hanya kepada Allah.Kongsi segala masalah peribadi atau bisnes atau apa saja jadikan anak sahabat sejati kita agar dapat menjadi jambatan untuk rapat dengan anak.

   Anak akan dapat merasai kasihsayang kita

Friday, 12 July 2013

serlahkan potensi diri




https://encrypted-tbn3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTzs4uhnRs2XVTGIR1kEzpcmbsMRNBLX3zds4U86a90CMzQjrOdcQ 

 Bismillahirahmanirrahim..

         Alhamdullilah siap dah kelas hari Jumaat penghulu segala hari .Minggu pertama puasa biasalah murid pun tak dak mood nak bercakap.Masing-masing buat keja sendiri ,tak adalah yang main kejar-kejar. Syukur alhamdulilah, kesihatan yang baik yang Allah beri memang satu nikmat.Kesihatan yang baik akan sentiasa menjadikan kita ceria dan bersemangat.


         Dengan semangat itulah kita dapat meneruskan usaha membantu menaikkan martabat anak bangsa kita dibumi yang tercinta ini.Kita mesti gembira barulah kita dapat gembirakan orang lain.Kadang-kadang kita terlebih gembira kerana dikurniakan anak yang ramai.Bagaimana yang tidak di kurniakan anak....adakah dia tidak boleh gembira?Apa yang penting berstukur dengan apa yang ada tetapi terus berusaha untuk jadi lebih baik.

         Sebenarnya  kita akan sentiasa bahagia jika sentiasa bersyukur, bayangkan ketika Allah sedang menguji kita...pahit dan perit untuk dikenang , Airmata bagaikan sudah kering, tiada arah untuk dituju ....tapi dihati jangan pernah lupa Allah sedang menguji kita untuk menaikkan darjat keimanan seseorang hambanya..

         Jangan putus berdoa jika tiba-tiba kita kehilangan orang -orang yang kita sayang kerana semua kurniaan Allah adalah pinjaman, bukan hak milik kekal.Sebagai wanita kita mesti ada kemahiran tertentu yang hanya kita yang tahu.kemahiran asas adalah memasak.Walau setinggi mana kita belajar kita mesti mahir memasak untuk keluarga supaya ada resepi keluarga yang boleh diingat oleh anak-anak kita bila kita telah tiada.Air tangan seorang ibu tetap yang paling sedap kerana diadun dengan keikhlasan dan kasih sayang.

          Wanita juga mesti tahu mencari sumber pendapatan sendiri, tukarkan minat kepada sesuatu kepada sejenis perniagaan yang didalamnya ada seluruh rasa cinta dan keikhlasan.Alhamdulilah jika suami memang ada sebagai pendorong dan pelabur juga.Jika berlaku sesuatu yang tidak di duga kita ada kekuatan untuk terus melangkah kehadapan.

         Akhirnya wanita perlu ada lesen dan dapat memandu dengan baik, Langkah lebih teratur dan selamat jika kita tak perlukan driver dalam semua urusan.Wanita adalah pengurus masa yang baik , dia sentiasa dapat merasa bila anak-anak memerlukannya.Pasangan pula kadang-kadang sama manja dengan anak itupun wanita kena uruskan juga.

          Wanita yang hebat adalah wanita yang sentiasa bersyukur,tetapi sentiasa berwawasan untuk kehadapan.jangan jemu untuk belajar perkara baru mengikut zaman.Jika berilmu kongsikan agar hidup lebih berkat.