Sunday, 28 July 2013

Panduan menjadi usahawan

Bismillahirahmanirahim.

            "Jika tidak di pecahkan ruyung mana kan dapat sagunya." Pesan orang dulu-dulu.Menggambarkan untuk mendapat sesuatu kita mesti berusaha bersungguh-sungguh, mengikut mentor yang betul serta terus menimba ilmu berkaitan agar apa yang kita lakukan mampu menyelesaikan permasaalahan dan kehendak masyarakat.

              Saya membina perniagaan dari zero,hanya ada sedikit ilmu yang  baru di pelajari ketika usia 35 tahun.Pada tarikh 20.julai 2007, saya telah menubuhkan Jitra Arithmetik System di SSM Alor Setar.Pada masa itu sebenarnya saya sangat sangat zero . Saya bukanlah dari keluarga usahawan, tiada modal untuk menyewa kedai, tiada kenderaan untuk pergi lebih jauh.Saya hanya memaksimakan apa yang ada.Adik-adik sayalah yang telah membelikan saya motosikal terpakai, kemudian saya ansur-ansur bayarkan pada mereka.Merekapun ada tanggungjawap juga, saya amat bersyukur kerana keluarga memberi sokongan setakat yang termampu.

              Saya hanya bergantung pada Allah, ada beberapa sahabat sejati yangg memberi sokongan yang saya tidak akan lupa hingga ke akhir hayat saya. Terima kasih Pada Allah kerana memberi saya sahabat-sahabat yang baik yang mendorong ke arah kebaikan.Saya bekerja sambil belajar sendiri cara- cara menguruskan perniagaan dari segi pengurusan masa dan kewangan .Saya hanya bermula dirumah sebagai pejabat pertama saya.Saya membuka kelas mental Arithmetik di rumah pada sebelah malam.Siangnya saya berkerja menjadi pembantu pengurus di pusat Tuisyen lain.

            Dalam kesibukan menguruskan anak yang bersekolah,bekerja dan membuat tuisyen Alhamdulilah dapatlah saya menabung sedikit sebanyak.Alhamdulilah dengan modal tersebut dapatlah saya menyewa di kedai Mara pada tahun 2009.Sebelum itu saya terpaksa menunpang mengajar di pusat tuisyen beberapa jam seminggu untuk menampung jumlah pelajar yang berada jauh dari kawasan rumah saya.

           Saya hanya menulis tangan, ketika itu saya tiada komputer,jadi saya ke cyber cafe minta adik-adik kat situ tolong buatkan.Saya tak pandai menggunakan komputer pun.Fobia tengok komputer masa tu .saya buat buku latihan sikit demi sikit dengan tulisan tangan di buku petak-petak.Melalui kursus yang saya ikuti saya pun mula membuat pinjaman untuk membeli  komputer.Mulalah saya belajar dari zero sampailah sekarang dipertemukan Allah dengan cikgu Anys Idayu Zakaria dapatlah saya membina blog  panduan matematik untuk kanak-kanaadan buku kedai Asmahmdisa sunnah online.

         Maksudnya untuk memulakan perniagaan, yang paling penting adalah keyakinanan diri, modal dah jatuh no dua pulak.Jika kita ada kemahiran apa-apapun jadikan ianya perniagaan ,daftarkan agar ada lesen untuk berniaaga.Walaupun kita sudah ada ilmu tentang sesuatu jangan berhenti menambah ilmu berkaitan.Pastikan hubungan dengan Allah sentiasa di tingkatkan, hubungan  dengan ibubapa, adik beradik saudara mara mohon rapatkan kerana di situ letaknya keberkatan.Semua Allah pinjamkan pada kita sementara saja, jangan sombong dengan pelanggan, kita takkan berjaya tampa sokongan pelanggan.

       Mudah-mudahan Allah sentiasa membantu saya untuk membantu orang lain..Sebaik mana pun peranncangan kita sebagai manusia, Allah penentu segalanya,peranncangan Allah sentias terik untuk hambanya.Terimakasih Allah kerana memberi hamba perasaan rasa disayangi dengan ujian dan rahmat yang diberikan.Cukupkan keperluan hidup dan mati hamba ya AllAH....Amin


No comments:

Post a Comment