Bismillahirahmanirahim.
Seandainya diberi pilihan setiap dari ibu bapa ingin mempunyai anak-anak yang sempurna.Bukan kita yang menetukan takdir, ada yang Maha Agung yang menentukannya iaitu Allah subhanahuataala yang menentukanya.Tapi bila diamati anak-anak istimewa ni sangat istimewa....mereka lebih rapat dengan kedua ibubapa mereka sentiasa bersama walau kemana juga.
Saya pernah mengajar seorang murid istimewa macam ni.Perubahan berlaku dalam hidupnya dimana dia dilihat sangat rajin membuat latihan yang diberikan.Saya merasa sangat bertuah kerana berpeluang berkongsi ilmu dengan nya.Selepas beberapa bulan dia boleh menguasai sifir , boleh menggunakan sempua dengan baik walaupun kadang- kadang dia sanggup ulang mengira agar yakin jawapannya betul.
Tujuan beliau dihantar kepada saya adalah semata-mata untuk mengisi masa terluang dengan menimba ilmu.Alhamdulilah memang dapat membantu meningkatkan potensi diri nya.Dia menjadi seorang yang sudah pandai menjaga penampilan diri,pandai menguruskan diri sendiri.Saya merasa sangat istimewa dapat berkongsi ilmu dengan pelajar ini
Masa yang dihabiskan selama beberapa tahun sehingga tamat level lima diharapkan dapat membantu beliau menguruskan kehidupan berdasarkan logik dan memahami perasaan orang lain.Tambahan pula beliau memang seorang anak yang baik dan soleh.Saya mengharapkan agar beliau mampu berdikari dengan memberi ilmu kepada sahabat-sahabat istimewanya juga.Mudah-mudahan ilmu yang bermanfaat membawa kita ke syurga.
Kepada ibu bapa semua,cubalah kaedah ini untu perkembangan minda anak-anak anda.Dimana juga anda berada kami boleh membantu anda.Hubungi Jitra Arithmetik untuk makluman lebih lanjut.Bercakap dengan saya puan Asmah di talian 010-5436639.Kami mengajar murid dan ibu bapa yang berminat untuk mengajar anak sendiri di rumah .
Saya juga bermula dirumah,untuk mengajar anak tapi Alhamdulilah perkongsian ilmu ini membuka pintu rezeki saya.Purata 150 -200 murid setiap bulan cukup memberi cabaran dan kepuasan dalam kehidupan saya .Muakan tindakan secepat mungkin.Usaha dan terus usaha sehingga berjaya.insyaallah
No comments:
Post a Comment