Bismillahirahmanirahim.
Hari ni dah puasa yang ke 19, kelas ada seperti biasa.Mood pelajar nampak sedikit terjejas mungkin kelas pagi, mata masih mengantuk.kelas petang pun lebih kurang la suasananya.kena faham la puasa dah lebih setengah kan.Biasanya kita banyakkan latihan individu dengan buku masing-masing lebih kurang 4 muka surat bagi setiap murid.
Jika keadaan agak muram , kena ubah keadaan pembelajaran agar kehadiran mereka mendapat ilmu yang bermanfaat serta tidak sia-sia.Kurangkan aktiviti individu dan lebihkan aktiviti berkumpulan dan kuiz kemahiran kuasa minda .Nampak mereka kembali bersemangat macam dah bangun dari tidur.Masing-masing mahu menjawap dengan cepat untuk mendapat tempat pertama.
Soalan lisan sangat penting dalam pembelajaran Jitra Arithmetik System.Biasanya semua pelajar mesti buat jika tidak akan lambat boleh balik.Bila dapat menjawap dengan cepat, keyakinan akan bertambah masing-masing menjawap dengan kuat untuk jadi yang terawal .Wah kelas jadi meriah macam di pasar, tapi tak mengapa inilah yang kita nak, berebut untuk jadi yang terbaik...Bayangkan jika setiap minggu murid yang sama mendapat tempat pertama, kita boleh nampak dia dah rasa hebat dan tak boleh di tandingi.
Nanti yang tak mahu sertai mulanya pun ikut teruja nak cuba....nak sama-sama bisingkan kelas. jawapan pula betul, murid yang lambat pun akan dapat menjawap.Matlamat kita biarlah mereka yang datang pulang dengan perasaan hebat, rasa pandai, hati yang riang dan ilmu yang bermanfaat.
Ada yang mula datang menangis tapi lepas seketika pasti boleh buat dengan bimbingan dan kasih sayang.Jangan beratkan pemikiran mereka dengan sesuatu yang diluar kemampuan.Bagai seorang ibu, kita harus tahu setakat mana kemampuan mereka .Jika kreatif boleh lebihkan latihan ,jangan berkira dengan pelajar.Kongsi apa saja kebaikan dan ilmu jika mereka mahu.
Setakat ini perkongsian , pesanan saya kita mesti bersemangat agar aura kira dapat memberi kuasa luarbiasa kepada mereka.Insyaalah.
No comments:
Post a Comment