Bismillahirahmanirahim.
Hari ni dah nak masuk hari ke tiga kita berpuasa.Alhamdulilah semua berjalan seperti yang diharapkan.Alhamdulilah kesihatan dan kebahagian semua dari Allah , sebagai hamba amatlah bersyukur,diberikan dan di cukupkan segala keperluan seadanya insyaallah.
Ahamdulilah juga kerana kelas berjalan seperti biasa walaupun bulan puasa, namun sebagai seorang ibu, saya amat memahami ketika ini mood untuk belajar sedikit terjejas sebab ada bunyi sekali-sekala dari perut yang lapar.Kesian juga tapi jika duduk aja pun nanti rasa masa tak bergerak, jarum jam pun malu nak bergerak sebab kita asyik tengok dia.
Ibadah bukan hanya solat dan membaca Al-quran saja, belajar juga suatu ibadah, dapat pahala kepada sesiapa yang menuntut ilmu dengan ikhlas, mudah-mudahan memberi manfaat kepada yang mengerjakan.
Mudah-mudahan esok lebih ceria, walaupun esok kena guna banyak tenaga, sebab kelas penuh 4 sesi. Mudah-mudahan Allah permudahkan, bawa anak untuk membantu disamping dapat meluangkan masa berkualiti bersamanya.Walaupun sebesar mana kamu wahai anakku, engkau tetap baby di mata ibu, sentiasa ingin melihat engkau membesar di depan mata ibu.
Apa yang kita ingin lakukan esok mulakan sebelum tidur dengan doa dan bayangan agar perjalanan hidup esok berlaku seperti apa yang kita harapkan.Berdoa dengan cara yang betul, insyaalah mudah dimakbulkan.itulah kehebatan minda manusia.mampu menggerakkan hati manusia dengan izin dari allah.
Selamat pagi ,selamat berpuasa dan Asalamualaikum.
No comments:
Post a Comment