Wednesday 30 October 2013

Cara menggunakan Teori Jari Dalam Mental Arithmetik

 TEORI JARI :
 Adalah teori pertama dalam  Kaedah Mental Arithmetik
>>Menggunakan jari sahaja
>>Setiap jari ada nilai tersendiri

>>Faham simbol jari dan nilai jari sebelum mengira
>>Tangan kanan akan mewakili nilai sa.
>>Tangan kiri akan mewakili nilai puluh






A-Rumah sa

Mulakan dengan tangan kanan yang mewakili rumah sa (1 hingga 9)
Jari telujuk  bernilai satu,
Jari telunjuk dan jari tengah bernilai dua,
Jari telunjuk , jari tengah dan jari manis bernilai tiga,
Jari telunjuk, jari tengah ,jari manis dan jari anak bernilai empat.

Sekarang kira satu, dua ,tiga dan empat.....dah dapat caranya boleh mulakan dengan empat jari dahulu, tambah dan tolak empat no ni. Contohnya  :
1+1 =2, 
 2+2 = 4, 
 3+1=4, 
 1+2 = 3, 
3 +1 = 4.

 Ceritakan jika tambah jari naikkan atau tegakkan, 


Selesai menambah masuk proses penolakan pula dengan empat nombor juga sebagai asas.

Contohnya :
4 -1 = 3, 
 4 -2 = 2,
  4-3= 1, 
 4-0 =4,
Ulangi proses berkali kali  sehingga anak boleh beri jawapan yang betul mengikut jarinya di tangan kanan dahulu.

 B- Rumah Puluh.
Buat proses yang sama ditangan kiri, tangan kiri mewakili rumah puluh iaitu dari 10 hingga 90.Sebaik-baiknya sehingga 40 dahulu gunakan empat jari ditangan kanan dan empat jari disebelah kiri. Jika jari telunjuk kiri dan jari telunjuk kanan di tegakkan,nilainya sebelas, dua jari dikanan dan kiri nilainya dua-puluh dua, seterusnya tiga puluh tiga,dan empat puluh empat.Lapan jari saja sudah dapat kira hingga 44.hebatkan.

Cuba soalan ini:
11 + 5 =   
12 + 2 =
13 + 5 =
22 + 5 =
25 + 4 =
33 + 5 =
44 + 5= 
45 + 3 =

Selamat mencuba puan -puan ini adalah kaedah mengajar anak-anak sendiri di  tahap satu dan tadika.untuk tahap dua boleh terus ke angka yang lebih besar  sehingga 99.Contohnya ibu jari tangan kiri dan kanan adalah 55, ibu jari dan jari telunjuk dua-dua tangan bernilai 66,seterusnya 77,88 dan 99.Sekarang boleh reka soalan untk tahap dua .
Contohnya :
 52 + 45 -15 -22 +19 -55 + 25 = 49.
 Latih menjawap soalan dengan cepat dengan membuat kuiz dan seumpamanya untuk membina rasa ceria dan semangat diantara kanak-kanak di dalam kelas atau dirumah.Beri imbuhan  kepada siapa yang dapat mejawap dengan cepat dan tepat.Pasti kanak-kanak sentiasa menunggu masa untuk kuiz untuk mempamerkan kehebatan masing-masing. Setiap sesi kelas rasa sekejap saja sebab pengisian nya  dan proses pengiraan yang menarik.Insyaalah.

Proses menggerakkan jari inilah yang menggerakkan otak,Otak kanan berfungsi apabila tangan kiri digerakkan,begitulah sebaliknya jika banyak guna tangan kanan saja ,otak kiri la yang berfungsi tulah anak suka berebut, mementingkan diri dan tak suka berkawan,Harapnya lepas banyak menggunakan tangan kiri , otak kanan akan lebih berfungsi,maka akan terbentuklah anak-anak yang kreatif, bertimbang rasa, dan menyayangi adik-beradik. .....


Harapnya puan-puan mencuba kaedah ini di rumah , mudah-mudahan tulisan yang tak seberapa ni dapat membantu anda  memupuk minat kepada benda-benda yag positif.Positifkan minda kerana hanya minda yang positif akan menghasilkan tindakan yang positif juga.apa yang baik dari Allah ,Jika ada kesilapan saya mohom maafkan dan insyaalah akan diperbaiki dari masa ke semasa.


       BUKAN SEKADAR KELAS      SEMPUA

Monday 28 October 2013

Bacalah online...Promosi e-book


                                                                    PrOmOsI E-bOoK OkToBeR

E-Book ini adalah Panduan menjana pendapatan melalui pakej Akademi Bekerja di Rumah Dan Wahm Soho. Bertujuan  untuk membekalkan ilmu agar usaha menjana pendapatan online dapat dilakukan dengan cara yang betul dan tepat. Bina keyakinan diri , etika keusahawanan, panduan menulis blog yang betul dan sebagainya dapat dikongsi melalui  e-book ini. Penulisnya adalah dari pengasas Kelas Asa Blog Sendiri Yang dihormati Puan Masayu Ahmad . Banyak ilmu bermanfaat untuk digunakan Untuk kejayaan kita mesti ada ilmu ,mentor dan tindakan.Pm segera untuk  pembelian Online.




Pakej Ebook Belajar Asas Blog,Panduan Mula Bisnes Butik Offline/Online dan 101 Idea Home-Based Bisnes
Harga Asal : RM130
Harga Promosi Sekarang : RM100 sahaja

          **********************************************************************


Ebook Super Wahm Super Mom,Belajar Asas Blog Dan 101 idea bisnes makanan
RM105 sahaja

********************************************************************************






Pakej Ebook (Kursus Asas Blog,Super Wahm Super Mom dan Panduan Mula Bisnek Butik Online/Offline) 
RM110 sahaja

        No. Telefon : 010-5436639 @ 012-4828962@ 0174413739 & 016-4371023 Asmah Mdisa

KUALITI HEBAT, MASA PROMOSI TERHAD . PM SEGERA JIKA BERMINAT UNTUK  BELIAN

Bacalah online

                                      
Tajuk buku:  Magnet  kekayaan dan  Kejayaan.

Penulis: Dr Azizan Othman
Alamat Kedai : Tiada hanya online. Penghantaran melalui khidmat pos laju.
No. Telefon : 010-5436639 @ 012-4828962@ 0174413739 & 016-4371023
Harga :            RM31(Semenanjung Malaysia),RM35(Sabah & Sarawak)

Kelebihan buku ini:
1-Tip untuk menarik kekayaan dan kebahagiaan dalam perniagaan,
2-Tip untuk kejayaan dan keberkatan di dunia dan akhirat,
3-Tip untuk berfikir dan bertindak secara luar biasa.
4-Tip untuk mulakan penghijrahan kealam peikiran dan emosi untuk berjaya,
5- Tip untuk menjadi Magnet  setiap hari.

KUALITI HEBAT, KUANTITI TERHAD . PM SEGERA JIKA BERMINAT UNTUK TEMPAHAN

Thursday 24 October 2013

Mudahnya nak cari Blog saya

Akhirnya dah senang nak cari blog saya di google. Walaupun saya bermula dengan zero tetapi Alhamdulilah saya dapat juga menghasilkan blog panduan matematik untuk kanak-kanak sebagai panduan kepada ibubapa yang inginkan anak-anak yang cekap matematik dan kreatif dalam kehidupan seperti pandai mencari kawan, boleh menyelesaikan masalah secara logik dan berani menghadapi cabaran.


Selain dari itu saya dapat membina sebuah kedai Online iaitu asmahmdisasunnah online menjual barang-barang suuah dari timur tengah ,telekung ,tepung kek dan makanan lain. Walaupun hanya selangkah kecil , namun sangat bererti bagi saya....Saya akan terus melangkah dan belajar untuk mendalaminya ilmu tentang dropship dan kedai online yang lain.

Alhamdulilah saya telah dapat merasai bagaimana nikmatnya menghantar kiriman pelanggan melalui pos. Inilah impian saya sebenarnya ingin berurusniaga dalam internet. sekurang-kurang bila saya tidak lagi bekerja nanti saya ada sesuatu nak dilakukan . Hebatnya perasaan berkerja hanya dari rumah ,telah banya usahawan yang berjaya hanya dari rumah tetapi jangan "hangat-hangat tahi ayam"...lambat tak bermakna tidak boleh melakukan apa yang orang lain boleh lakukan. Jika wanita lain boleh buat kita pun mesti boleh lakukan. Jangan malu berkongsi ilmu dengan anak-anak yang biasanya lebih cekap dari kita tetapi jika tiada panduan yang betul mereka akan habiskan masa dengan aktiviti yang tak berfaedah.

Untuk mengetahui bagaimana nak buat Blog, nak letak iklan perniagaan sertai kami di Akedemi bekerja dari rumah  dan Wham soho .Bagaimana untuk cipta blog berpengaruh ada rahsianya.terima kasih kepada guru online saya Puan Anys Idayu Zakaria dan penaung program Puan Masayu Ahmad, yang bersungguh-sungguh ingin membantu .

Siapa yang nak tahu rahsianya angkat tangan....oooopp tak nampak kena talipon la 010-5436639

Bantu diri sendiri supaya boleh membantu orang lain.


Wednesday 23 October 2013

KELAS INTENSIF MUSIM CUTI SEKOLAH

KELAS INTENSIF MUSIM CUTI SEKOLAH

TEKS; ASMAH MD ISA

Apa aktiviti  terbaik untuk anak-anak kita.? jika tanya mereka ,tentulah nak pergi bercuti  ditempat-tempat menarik.Tidak ada salahnya mengikut kemahuan mereka mengikut kemampuan ibubapa. tetapi tetapkan syarat. Jika dapat penuhi hajat mereka minta , selepas itu dia mahu mengikut apa yang telah disusun untuk mereka seperti menghantar ke kem motivasi untuk mental dan fizikal mereka di masa hadapan.

Saya telah mempraktikkan cara ini kepada anak saya, Alhamdulilah setiap kali musim cuti saya menghantarnya ke kem-kem anak soleh  kerajaan Negeri  dulu dan kem solat di masjid -masjid untuk bina kefahaman yang lebih tentang solat dan keperluannya untuk menjadi anak soleh insyaalah. Biasanya anak saya lebih mendengar nasihat abang-abang  dan kakak -kakak di kem tersebut . Matlamat utama adalah untuk melatih anak saya menjadi anak yang soleh taat kepada Allah dan Mencintai Rasululah seikhlasnya. Selain dari itu matlamat sebaliknya adalah untuk dia dan saya merasai bagaimana rasa berjauhan dengan orang yang kita sayang, bagaimana jika tiba-tiba terpaksa berpisah dengan orang yang kita sayang atas ketentuan Allah, Bagaimana untuk menyatakan rasa rindu kepada ibi bila berjauhan, bagaimana menunggu saat berjumpa ibu bila berpisah walaupun hanya 4 hari 3 malam berpisah.

Sebak tak dapat nak ceritalah bila anak talipon dihari kedua, cakap dia rindu kat kita, dia mohon ampun jika buat salah pada kita selama  ini. Rasanya macam nak terbang jiwa seorang ibu, walaupun satu hari ditarbiyah kesannya sangat bermakna. Alhamdulilah sehingga sekarang solatnya  terpelihara dan akhlaknya juga menyejukkan hati. Namun saya sentiasa berdoa-dan berdoa agar Allah tunjukkan saya mana-mana kem anak soleh yang mampu saya hantar sehinggalah sekarang kerana anak-anak ni semakin membesar dan semakin banyak cabarannya. Saya sentiasa ingin menjadi kawan ,sahabat dan seorang ibu yang sangat rapat dengannya sebab saya takut dia akan mencari kawan lain untuk menceritakan masalah. Mudah mudahan Allah memberkatinya.

Kepada ibubapa  inginkan anak anda cekap matematik dan ingin mengaktifkan otak kanan anak anda, anda bolehlah mencuba pakej musim cuti yang Jitra Arithmetik Tawarkan.:

PROGRAM MUSIM CUTI

Pakej musim cuti.
1-kelas kemahiran Mental Arithmetik  sempua umur 6 hingga 14 tahun.(kelas biasa seminggu sekali),
2-kelas kemahiran Mental Arithmetik  sempua umur 6 hingga 14 tahun.(kelas intensif iaitu 1 hingga 5 kali seminggu)
3-Kelas latih-tubi sunjek matematik,sains , bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris (5 kali seminggu)
4-Kelas untuk ibubapa .RM350 setiap level,
5-Kursus tenaga pengajar sambilan  Rm350 setiap level

* PENDAFTARAN DAN BUKU RM 60.00, BAYARAN BULANAN MENGIKUT PAKEJ
...................................................................................................................................................................

 KELEBIHAN  KAMI:
1- Hanya 15 hingga 20 murid setiap sesi,
2- Satu kelas untuk semua tahap,
3- Pusat pembelajaran setempat
4-Pusat pembelajaran yang banyak dan boleh dipilih.
5- Tenaga pengajar yang terlatih.
6-konsep pembelajaran yang menarik.
7- Kaedah yang mudah difahami
8- Mempraktikkan kemahiran sifir seawal 6 tahun.

Memperkenalkan matematik pada umur seawal 6 tahun adalah permulaan untuk proses mengaktifkan otak kanan dan kiri sebagai persediaan untuk tahap yang lebih tinggi.Tujuannya adalah untuk melahirkan anak-anak yang hebat matematiknya, keyakinan diri yang tinggi dan kemampuan berfikir secara logik dalam penyelesaian masalah kehidupannya,,,insyaalah.
logo Jitra Arithmetik system: Pusat perkembangan kuasa minda setempat

C8, Arked Mara Jitra , Jalan Sungai Korok, 06000, Jitra Kedah Darulaman
tutup hari selasa sahaja kelas mula jam 5- 630 petang


********************************************************************************
REBUT PELUANG SEMASA PROMOSI UNTUK MENDAPAT PERKARA BERIKUT:

Sempua atau Abacus yang diberikan kepada pelajar , RM 10 ringgit setiap satu,

Bag tuisyen bernilai RM15.00 diberi percuma untuk  50 pendaftaran pertama

 *******************************************************************************

  
TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA

Permata hati Anugerah Allah



****************************************************************************


Hubungi saya Asmah Md Isa untuk pertanyaan dan pendaftaran kelas Intensif atau kelas  januari 2014



TEL;016-4371023 @ 010-5436639 @017-4413729



BUKAN SEKADAR KELAS SEMPUA


PENGAMBILAN PELAJAR BARU 2015 DIBUKA SEKARANG
TEMPAH SEGERA KERANA TEMPAT TERHAD 15 0RANG                                           MURID SETIAP SESI

Tuesday 22 October 2013

PANDUAN KESELAMATAN DI RUMAH DAN DI PEJABAT

PERLUNYA PEMADAM API DALAM SETIAP KEDIAMAN






Adakah kita ada menyimpan alat pemadam api ini di rumah. Di pejabat biasanya ada tapi dirumah kurang dipraktikkan. Bagaimana jika berlaku sesuatu kejadian kebakaran ketika memasak atau jika sistem dapur kita mengalami masalah kebocoran gas dan sebagainya. Saya juga baru sedar perlunya ada alat pemadam api dirumah. Di pejabat biasanya ada kerana termasuk dalam syarat perjanjian sewa kedai kita,. Dirumah tiada siapa memaksa kita untuk letak alat tersebut jadi kita mengambil mudah tentang perkara ini.harap-harap selepas ni semua beli untuk simpan dirumah dan digunakan ketika kecemasan sementara menunggu bantuan.

Punca kebakaran yang paling banyak ialah dari pendawaian letrik dan sistem dapur di setiap kediaman.
1-Pendawaian letrik yang lama dan tidak dikemas kini
2-Wayar digigit binatang menyebabkan litar lintas.
3-Alat kawalah voltan yang tidak diselenggaran dan tidak diselia.
4-Dapur gas yang lebih dari 5 tahun.
5-paip gas yang lebih 3 tahun tidak ditukar,
6- Getah paip yang bocor.


Bila dah ada kena tahu menggunakannya. saya nak kongsi  cara penggunaannya .

1- Angkat alat tersebut dari tempatnya dan letakkan atas lantai.
2- Buka kabel pengikat dengan memusingkan kabel hingga putus.
3-Cabut pin yang ada di atas alat tersebut.
4-Tengok arah angin semasa.
5-Pengang di hujung paip , bukan ditengah atau di pangkal , halakan kearah kebakaran tersebut.
6-pastikan jarak dengan kebakaran dan anda adalah lebih dari 15 kaki.
7- Genggam tempat pemegang alat pemadam api itu  dan tekan.
8- goyang kekiri dan kanan kebakaran semasa memadam.

Simpan nombor talipon bomba dalam talipom setiap dari kita. Jangan panik lebih dari api. Kita mesti bertenang dan yakin untuk memadam api. Jangan padam api dengan air jika kebakaran berpunca dari minyak. Memadam kebakaran dengan cara yang betul dan alat yang betul lebih mudah dan selamat.



Sunday 20 October 2013

Sabun susu kambing

Sabun Susu Kambing


teks: Asmah Md isa.
Susu kambing mengandungi lebih banyak vitamin dan mineral.enzim, protien dan lemak yang mudah meresap dalam tubuh manusia.Sistem tubuh manusia mudah untuk mencerna susu kambing sekita 20 minit sahaja berbanding susu lembu yang mengambil masa hingga dua tiga jam. Kesannya untuk wajah lebih cepat dirasai. enzim pula membantu masalah kulit muka dan kegatalan kulit
                                                 
1 buku Sabun Susu Kambing RM7

Poslaju/skynet RM7
7+7 = RM14

-pelembap dan pemutih serta melindungi kulit anda.
-sabun susu kambing asli yang mengandungi bahan pemutih dan pencerah semulajadi.
-sangat sesuai untuk kulit yang sensitif.
-ia mengandungi pelembap, mencegah kulit menjadi kering dan kasar.

Kandungan : minyak kelapa sawit, ekstra minyak zaitun dara(extra virgin oil), susu kambing, pewangi.


                                 

Sabun Susu Kambing
Set 3 Sabun Susu Kambing RM7 X 3

Poslaju/skynet RM7
21+7 = RM28.


Hubungi kami di asmah mdisa online 0105436639


MINYAK ZAITUN PELENGKAP SAJIAN BERKAHSIAT ANDA.

MINYAK ZAITUN






RM35

500 ml
pos RM10 (skynet)
RM15 sabah sarawak
asmahmdisasunnahonline
010-5436639

Mencegah penyakit dengan pakej pembuangan toksin dalam badan





MADU DAN CUKA KURMA
{PEMBERSIHAN USUS}





RM35.00 (500g)
+
Cuka Kurma
RM30 (500 ml)


Cuka kurma sangat bagus untuk membuang toksin dan merendahkan kolesterol badan. Juga sesuai diambil oleh pesakit kencing manis.

Cara pengambilan harian:

1 sudu madu (pagi)
- Ambil pada waktu pagi mengikut saranan Rasulullah
-Meningkatkan kecergasan



1 Sudu cuka kurma dan segelas air (malam)
Boleh diambil pada sebelah malam untuk memperbaiki kadar gula pada waktu pagi, meningkatkan metabolisme dan membersihkan usus

PEMBERSIHAN USUS MERUPAKAN LANGKAH PENCEGAHAN UNTUK MENJAGA KESIHATAN

Asmahmdisasunnahonline 010-5436639

MINUMAN KESIHATAN UNTUK SEISI KELUARGA

 KOPI PRACAMPURAN  G - CAFE



G-CAFE PEGAGA
Kopi Pracampuran G-Cafe Pegaga diadun dari kopi segera dengan Ekstrak Pegaga dan Ekstrak Gamat. Diperkaya dengan biji kopi arabika segar dan bermutu tinggi digabung dengan kehebatan gamat dan khasiat pegaga yang diadun khusus untuk jaminan kualiti dan kesegaran kopi sebenar. Enak dan aroma yang menyegarkan. 

PEGAGA - Khasiat seribu rahsia terkenal sejak dulu, kini dan selamanya.. kesan awet muda dan khasiat dalamannya bagi mengekalkan kecantikan tubuh. Kajian terbukti untuk tingkatkan konsentrasi dan daya ingatan sambil memberi ketenangan minda.

GAMAT - Merupakan penawar bagi membantu penyembuhan luka, melancarkan pengaliran darah dan meningkatkan kesihatan badan.

Kandungan
Kopi Segera, Ekstrak Pegaga, Ekstrak Gamat, Krimer Kurang Lemak dan Gula Halus

Membantu:
*Menyegarkan tubuh badan dan menenangkan minda.
*Melancarkan fungsi sistem dan organ dalaman badan manusia.
*Merangsang penghasilan kolagen di dalam tubuh.
*Melancarkan dan membersihkan sistem peredaran darah.
*Menambah darah.
*Menyihatkan fungsi hati dan limpa.
*Memberi tenaga bagi keperluan jantung.
*Meningkatkan imuniti melawan penyakit.

HARGA
RM29.80(WM)
RM31.80(EM)

POS RM 10.00

TEL:0105436639 (ASMAH MD ISA )

Thursday 17 October 2013

Tepung kek coklat lembab segera

TEPUNG KEK COKLAT LEMBAB SEGERA


 


 HALAL LAGI BAIK

Produk : tepung kek segera.
kek coklat lembab
kek pisang,
Kek oren,.
kek pandan moist.



Nama produk Riselily tepung kek

Harga: RM7.00 (RM5 poslaju)

Produk keluaran Bumiputra muslim.Homemade dibawah MOA dan Mada.

Cara penyediaan kek yang cepat dan mudah
Hanya perlu tambah 5 biji telur  dan 250grm butter,

 Boleh buat kek kukus atau di bakar mengikut citarasa anda.

Panduan cara penyediaan yang lengkap ada disetiap pek,



Harga borong  lebih dari sepuluh pek  boleh dirunding.

cadangan hiasan boleh ditambah sendiri mengikut citarasa anda.
Jualan boleh secara online  dan jualan terus dari kedai.

Tel -010-5436639 Asmah Md isa  untuk info lanjut.





Wednesday 16 October 2013

PROGRAM ARITHMETIK {SEMPUA/ABACUS}

PROGRAM ARITHMETIK SEMPUA
KAEDAH PENGIRAAN BERASASKAN SEMPUA DAN KEMAHIRAN MENCONGAK UNTUK MELAHIRKAN GENERASI CELIK MATEMATIK  YANG BERKEYAKINAN TINGGI, MAMPU BERSAING DAN BERMOTIVASI UNTUK MENJADI TERBAIK.

MATLAMAT PENUBUHAN:
v  MEMUPUK MINAT PADA SUBJEK MATEMATIK
v  MEMBANTU MEMBINA KUASA MINDA,
v  MELAHIRKAN GENERASI YANG BERKEYAKINAN DIRI,
v  MEMBANTU MENYEDIAKAN KELAS UNTUK SEMUA TAHAP,
v  MEMPERKENALKAN KAEDAH YANG TERNYATA MEMBANTU MENGATASI MASALAH DALAM MATEMATIK SEJAK RATUSAN TAHUN.
v  MENGGALAKKAN PERKEMBANGAN OTAK KIRI DAN KANAN PELAJAR,
v  MENGGALAKKAN PELAJAR BERANI MENJAWAB SOALAN.

.PROSES PEMBELAJARAN;
v  KAEDAH JARI BERASASKAN SEMPUA
v  KAEDAH SEMPUA MENGIKUT PERATURAN YANG BETUL,
v  KAEDAH MENCONGAK BERASASKAN SEMPUA.
v  TERDAPAT LIMA LEVEL,SETIAP LEVEL MEMPUNYAI SIJIL ,SETIAP PELAJAR PERLU  LULUS UJIAN UNTUK MENDAPATKAN SIJIL
v   sEKALI HINGGA 4 KALI SEMINGGU


YURAN
PENDAFTARAN                              RM30.00
YURAN BUKU                                 RM 20.00
YURAN BULANAN RM30 HINGGA RM120 MENGIKUT PAKEJ

MASA
RABU HINGGA ISNIN SETIAP MINGGU
90 MINIT SETIAP SESI

KELEBIHAN
v  HANYA 15-20 MURID SETIAP SESI,
v  MUDAH DIPELAJARI,
v  SATU KELAS UNTUK SEMUA TAHAP
v  PROSES PEMBELAJARAN INDIVIDU
v  BANYAK PILIHAN PUSAT PEMBELAJARAN SEKITAR KEDAH DAN PERLIS,
v  TENAGA PENGAJAR TERLATIH DAN   BERPENGALAMAN

UMUR
v  6-7 TAHUN
v  8-10 TAHUN
v  11-14 TAHUN
AKTIFKAN KUASA MINDA BERSAMA JITRA ARITHMETIK SYSTEM
                         010-5436639 @ 012 -4828962.

PUAN ASMAH

INFO TERKINI

SALAM AIDILADHA 1434H

Jitra Arithmetik mengucapkan selamat menyambut hari Raya Aidil Adha kepada semua pelanggan kami. kelas akan bercuti pada hari rabu dan khamis. 16 dan 17 nhb 0ktober sahaja.
kelas yang terlibat hanyalah di Arked mara jitra.
kelas arithmetik akan mula pada hari jumaat beroperasi  pada 18.10.213  di semua pusat operasi di;
1-Taman Sri Changlun 11 (jumaat 8.30- 10 pagi),
2- Taman Tunku Maheran  (Jumaat 8.30-10 pagi).
3- Taman Pulai Jaya Jln Langgar Alor setar (11-12.30 tghari),
4- Sekolah kebangsaan Tunjang (3 -4.30 ptg )
5- Arked mara Jitra(5- 630 ptg)

Hari sabtu 19.10.13

1-taman suasana permai ,jln padang golf (8.30-10 pg),
2-Tadika Pintar cemerlang .Taman Mahsuri (10.30-12 tghr),
3-Arked Mara Jitra, (5-6.30 ptg),
4-Komplek mara Kangar (5-630 ptg)

Hari Ahad 20.10.13

1-Komplek Mara Kangar (9.30-111pg),
2-Komplek  Mara Kangar (11-12.30 pg)
2- Arked mara Jitra (5-6.30 ptg)

Terimakasih atas sokongan semua waris pelajar. Mudah-mudahan ilmu yang sedikit ini mampu mengubah impian anak-anak anda menjadi lebih baik setiap hari.

salam ukhwah dari ;

Puan Asmah md isa (Jitra,tunjang dan Alor setar) .
puan Asmar riza Hani Omar (Changlun),
Puan Noor Hasnita Hasnan (Jitra)
Puan Saniha Badiah (Perlis).


#MOHONMAAFATASSETIAPKEKURANGANDANKESILAPAN#
Hubungi Saya untuk pertanyaan dan info berkaitan 
012-4828962 @ 010-5436639@ 017-4413739@016-4371023 

Tuesday 15 October 2013

PENGORBANAN

Teks : Asmah Md isa.

Asalamualaikum.w.b.t. Salam Aidil Adha 1434H. Setiap hari bukan semua yang kita rancang akan dapat dilaksanakan, kadang-kadang ada halangan dan cabaran.Ini menunjukkan untuk mencapai sesuatu impian , perlu ada pengorbanan. Nilai pengorbanan itu bergantung kepada sejauhmana keikhlasan melakukannya. Semakin kita menyayangi apa yang nak dikorbankan semakin tinggi nilainya disisi Allah. Lihat saja contoh pengobanan Nabi Allah Ibrahim a.s yang telah mengorbankan satu-satunya putera kesayangan Nabi Allah Ismail a.s, atas perintah Allah.

Sebenarnya Nabi Allah Ibrahin memang seorang dermawan,  telah membuat korban 1000 ekor kambing,300 ekor lembu dan 100 ekor unta kejalan Allah. Atas perintah Allah untuk melakukan pengorbanan terbesar terhadap putera kesayangan Nya, Baginda taat melaksanakannya. Menghayati sejarah para nabi menjadikan kita sangat kerdil disisi Allah. Untuk melakukan ibadah korban setiap tahun pun tidak mampu dilakukan. Berapa ramaikah dari kita menyediakan tabungan 10% sebulan untuk tujuan sedekah dan jariah. Jika Ada Alhamdulilah, Jika belum pun lepas ni kena buat persediaan.

Kenapa setiap tahun hanya orang yang sama dapat buat korban, tandanya Allah memberkati rezekinya kerana Allah telah berjanji dalam Al Quran, barang siapa bersyukur nescaya ditambah-tambah rezekinya.Mengadakan ibadah korban adalah tanda kita bersyukur kerana Allah dah bagi banyak nikmat. Jadi dalam rezeki kita ada rezeki untuk orang lain juga. Apa salahnya kita asingkan sedikit dari pendapatan untuk ibadah korban setiap tahun.mudah-mudahan diberkati Allah.

Mulakan dengan pengorbanan masa kita setiap hari, cepat-cepat menyahut seruan azan, kobankan lah masa untuk menonton telenovela, sentiasa ke majlis ilmu atau pilih chanel  tv yang menuju Jannah, korbankanlah chanel yang banyak maksiat di rumah kita. Korbankan masa bersantai bersama jiran-niran jika hanya untuk mengadu domba dan bergosip. cari amalan yang boleh memberi pahala dan sentiasa cuba elakkan dosa


Bukan senang untuk korbankan minat yang telah sebati dengan jiwa kita walaupun kita tahu kurang atau tidak berfaedah langung. Bercakap tak semudah melakukan apa yang dicakapkan, Yakin dengan janji Allah jika kita sentiasa berniat untuk jadi lebih baik untuk mendapat keredhaan Allah, nescaya Allah akan membuka jalanNya. Mohon dan bertawakal kepadanya untuk berubah Jangan mudah putus asa jika ada halangan. Terus sabar dan berazam untuk membuat kebaikan setiap hari...

 Mohon ampun atas sebarang kekurangan,



SALAM AIDILADHA UNTUK SEMUA.