Asalamualaikum.w.b.t. Salam Aidil Adha 1434H. Setiap hari bukan semua yang kita rancang akan dapat dilaksanakan, kadang-kadang ada halangan dan cabaran.Ini menunjukkan untuk mencapai sesuatu impian , perlu ada pengorbanan. Nilai pengorbanan itu bergantung kepada sejauhmana keikhlasan melakukannya. Semakin kita menyayangi apa yang nak dikorbankan semakin tinggi nilainya disisi Allah. Lihat saja contoh pengobanan Nabi Allah Ibrahim a.s yang telah mengorbankan satu-satunya putera kesayangan Nabi Allah Ismail a.s, atas perintah Allah.
Sebenarnya Nabi Allah Ibrahin memang seorang dermawan, telah membuat korban 1000 ekor kambing,300 ekor lembu dan 100 ekor unta kejalan Allah. Atas perintah Allah untuk melakukan pengorbanan terbesar terhadap putera kesayangan Nya, Baginda taat melaksanakannya. Menghayati sejarah para nabi menjadikan kita sangat kerdil disisi Allah. Untuk melakukan ibadah korban setiap tahun pun tidak mampu dilakukan. Berapa ramaikah dari kita menyediakan tabungan 10% sebulan untuk tujuan sedekah dan jariah. Jika Ada Alhamdulilah, Jika belum pun lepas ni kena buat persediaan.
Kenapa setiap tahun hanya orang yang sama dapat buat korban, tandanya Allah memberkati rezekinya kerana Allah telah berjanji dalam Al Quran, barang siapa bersyukur nescaya ditambah-tambah rezekinya.Mengadakan ibadah korban adalah tanda kita bersyukur kerana Allah dah bagi banyak nikmat. Jadi dalam rezeki kita ada rezeki untuk orang lain juga. Apa salahnya kita asingkan sedikit dari pendapatan untuk ibadah korban setiap tahun.mudah-mudahan diberkati Allah.
Mulakan dengan pengorbanan masa kita setiap hari, cepat-cepat menyahut seruan azan, kobankan lah masa untuk menonton telenovela, sentiasa ke majlis ilmu atau pilih chanel tv yang menuju Jannah, korbankanlah chanel yang banyak maksiat di rumah kita. Korbankan masa bersantai bersama jiran-niran jika hanya untuk mengadu domba dan bergosip. cari amalan yang boleh memberi pahala dan sentiasa cuba elakkan dosa
Bukan senang untuk korbankan minat yang telah sebati dengan jiwa kita walaupun kita tahu kurang atau tidak berfaedah langung. Bercakap tak semudah melakukan apa yang dicakapkan, Yakin dengan janji Allah jika kita sentiasa berniat untuk jadi lebih baik untuk mendapat keredhaan Allah, nescaya Allah akan membuka jalanNya. Mohon dan bertawakal kepadanya untuk berubah Jangan mudah putus asa jika ada halangan. Terus sabar dan berazam untuk membuat kebaikan setiap hari...
SALAM AIDILADHA UNTUK SEMUA.
No comments:
Post a Comment