Thursday 27 June 2013

AKTIVITI SEMASA HARI JUMAAT

Asalamualaikum?
 Bagaimana melatih anak menghafal sifir dan dapat menyebutnya dengan cepat iaitu
 lebih kurang  5 saat sahaja. Apa yang ingin saya kongsikan ini adalah kaedah biasa saja , tetapi dapat memberi kesan yang luar biasa kepada anak kita jika di amalkan secara konsistan dan berterusan.

MARI KITA MULAKAN.

Mula-mula ambil kertas yang ada tulisan sifir kat situ  letakkan dihadapan anak kita,


Contoh1 x 2 = 2
  :
 1 x 2 = 2                         sebutannya adalah satu darab/kali dua    dua
 2 x 2 = 4                                                      dua darab /kali dua    empat
 3 x 2 = 6  
 4 x 2 = 8
 5 x 2 = 10
 6 x 2 = 12
 7 x 2 =14
 8 x 2 = 16
 9 x 2 = 18
 10 x 2 = 20
Langkah seterusnya adalah menyebut dengan kuat dengan menggerakkan jari sebagai penanda 1,2,3,4,5    dan seterusnya.Dengan menggunakan jari sebagai penanda nombor insyalah dapat membantu anak sebut dengan cepat sebab jari menunjukkan selepas tu nombor apa kena sebut,jadi lebih mudah untuk fokus.

Sebutan mesti jelas dan kuat supaya dapat didengari oleh telinga  dan akan disimpan sebagai memori untuk digunakan semasa menghafal..

Mata mestilah melihat sifir dihadapan dengan tepat supaya apa yang di lihat oleh mata akan dapat disimpam di otak juga.

Ulang menyebut sifir 5 kali dulu mengikut proses tadi ,tutup buku dan sebut semula seolah ada buku dihadapan ,tetapi sebenarnya hanya bayangan.Jika masih gagap atan tidak lancar ulangi lagi proses tadi 5 kali lagi sehingga anak dapat menghafal dengan masa 5 saat sahaja,

Anda akan merasa puas sebab dapat membantu anak anda merasa hebat dengan pendrive ciptaan Allah iaitu otak manusia .Bila dah dapat sifir dua ,naik sifir tiga ,empat dan seterusnya.

Uji kepantasan anak dengan bertanta soalan tentang sifir yang baru dikuasainya,tanya dari tengah dahulu,dihujung dan dimula sifir ikut kreativiti anda.jika boleh jawap dengan cepat dan tepat insyaallah dah melekat dah dalam memorinya,

Sentiasa memuji dan mencabar anak untuk menunjukkan anugerah kepadanya kelalui kecekapan sifirnya,galakkan juga dia membantu kawan-kawannya disekolah menggunakan kaedah ini , semua kawan-kawan akan suka padanya sebab tidak ada orang yang pemurah, baik hati dan ikhlas yang tidak bahagia.Insyaalah ilmu yang dikongsi akan menjadikan anak-anak kita  lebih bijak dan banyak kawan yang baik-baik insyaalah.

Sekian untuk kali ini.Selamat mencuba kalau tak dapat tu cuba dan cuba lagi. Kita mengajjar dengan ikhlas, hati terbuka dan kasih sayang akan melembutkan hati anak dam memudahkan proses pembelajaran.30 minit sehari sudah memadai.insyaallah yang baik dari Allah ,yang lemah dan kurang itu adalah dari saya yang masih lagi belajar memperbaiki kekurangan diri.Sebarang perkongsian ilmu dan pertanyaan amat dialu-alukan .Boleh hubungi saya di talian 010-5436639




 

Sunday 23 June 2013

Pusat TambahNilai Kuasa Minda Setempat, Jitra Arithmetik Setempat.

PENGENALAN

Jitra Arithmetik Sistem mengadakan kelas tuisyen matematik berasaskan mental arithmetik.
Matlamat penubuhan adalah  ingin membantu ibu bapa menyelesaikan masalah anak-anak seperti:
1- Kurang fokus dalam kelas,
2-kurang kreatif dalam aktiviti seharian,
3-Kurang berdaya saing diantara kawan sekelas,
4-Kurang minat pada subjek matematik,angka dan pengiraan,
5-Kurang bijak menyelesaikan masalah dengan rakan sebaya,
6-Kurang keyakinan diri,tiada motivasi untuk belajar.

Walaupun kami mengajar kaedah mengira  seperti tambah, tolak, darab dan  bahagi tetapi kesan dari proses itulah kita melatih pelajar menjadi lebih baik dari segi minda  dan keyakinan diri.Kaedah mental arithmetik ini  mampu menajamkam kuasa minda pelajar kerana ianya menguatkan daya ingatan,  ibarat pisau yang diasah setiap minggu,insyaallah pasti tajam akhirnya..Pelajar juga dilatih patuh pada arahan ,  jika tidak mengikut peraturan seperti formula semasa latihan, pelajar akan mendapat jawapan yang salah ,ini adalah latihan dalam kehidupan juga kita mesti sentiasa berada dilandasan yang betul berasakan Al-Quran dan sunnah , jika terkeluar dari landasan mesti cepat-cepat kembali kepangkal jalan, mengikut formula yang betul seperti yang telah disyariaatkan.Begitulah dalam proses pembelajaran mesti mengikut formula yang telah di tetapkan. barulah mereka mendapat jawapan yang betul.
Kami juga mengajar membetulkan kesilapan dan jangan mengulangi kesalahan yang sama, prlajar akan tahu kenapa dan dimana salahnya sesuatu jawapan, dan membuat pembetulan atas setiap kesilapan tatapi mengikut tahap seseorang pelajar juga,tiada tekanan  atan denda yang keterlaluan.Pelajar dilatih  menyiapkan latihan menggunakan kaedah yang betul. Kita dapat mengenalpasti sejauhmana kaedah digunakan dengan betul atau tidak.Kita bukan hanya mencari jawapan yang betul sahaja, tetapi kita kita mencari jawapan yang betul dengan kaedah yang tepat dalam masa yang singkat.

Mental Arithmetik  merupakan kaedah yang mudah sebenarnya dari segi penghayatan tetapi memberi kesan yang besar dalam aspek kehidupan tetapi mestilah berterusan dan ada panduan, kami tidak menjual buku tetapi ikhlas menyumbang perkhidmatan melalui buku buku latihan, Semua boleh mencuba mempelajarinya, barulah dapat merasa kelebihannya, bagaimana sistem ini mampu membantu  kita membina minda positif dan menambah nilai kekurangan diri setiap sesi, kesan yang paling besar apabila anak-anak mampu bertindak secara optima dan mampu mencapai keputusan cemelang.

Keyakinan diri pula terbina dari cara mendapat jawapan itu, sentiasa dapat menjawap dengan cepat, sentiasa dapat menunjukkan kecemerlangan dalam kelas akan memberi mereka motivasi diri untuk lebih yakin dalam menjawap soalan di dalam kelas yang lebih besar atau dalam pertandingan.Keyakinan diri inilah yang kita perlu pupuk dari awal lagi untuk membina kecemelangan pada masa hadapan.Kaedah ini lebih mempengaruhi minda sebenarnya, kerana tindakan yang hebat bermula dari minda yang hebat .Minda yang hebat juga perlu dibajai dengan makanan rohani dan jasmani yang  halal lagi baik.Semua aspek kehidupan saling berkait antara satu sama lain.

Cekap sifir adalah aktiviti sampingan untuk membina keyakinan diri pelajar, mampu melahirkan pelajar yang mampu menyiapkan latihan dengan cepat, mampu bersaing  dan bermotivasi untuk cemerlang.Bermula minggu pertama pembelajaran sehinggalah seterusnya pelajar diwajibkan menguasainya menggunakan kaedah mental arithmetik besama teknik menghafal. menyebut dan persembahan setiap individu.

KAMI MENAWARKAN;

1-kelas untuk pelajar6-14 tahun,.
2-Kelas intensif musim cuti sekolah
3- Kelas untuk tenaga pengajar sambilan,
4-kelas promosi percuma untuk pusat pembelajaran baru,


CAWANGAN SEDIA ADA:



HARI
MASA
SUBJEK
TEMPAT
AHAD
9.30-11.00 AM
SEMPUA
B4,MARA KANGAR

11.00-12.30 AM
SEMPUA
B4,MARA KANGAR
AHAD
5.00-6.30 PM
BM  & MATH
C8,MARA JITRA
ISNIN
5.00-6.30 PM
SN &BI
C8,MARA JITRA
SELASA
5.00-6.30 PM
SEMPUA
B4,MARA KANGAR
RABU
5.00-6.30 PM
SEMPUA
C8,MARA JITRA
JUMAAT
9.30-11.00 AM
SEMPUA
TMN SRI CHANGLUN 2
JUMAAT
11.00-12.30 AM
SEMPUA
TMN PULAI JAYA,A.SETAR
JUMAAT
3.00-4.30 PTG
SEMPUA
SEK KEB TUNJANG
JUMAAT
5.00-6.30 PM
SEMPUA
C8,MARA JITRA
SABTU
8.30-10.00 AM
SEMPUA
TMN SUASANA PERMAI
SABTU
10.30-12.00 AM
SEMPUA
TAMAN MAHSURI
SABTU
5.00-6.30 PM
SEMPUA
C8,MARA JITRA
B4,MARA KANGAR



















kelas dibuka setiap hari mengikut kawasan terpilih.,
Hanya 15-20 orang pelajar setiap sesi,
Hanya RM 30.00 pendaftaran,RM20.00 buku latihan setiap level.
Bulanan RM50.00 setiap sesi (boleh tambah sehingga 4 sesi sahaja ).

MAIN OFFICE:
C8,Arked Mara Jitra,
Jln Sg Korok,)06000,
Jitra, Kedah Darulaman.
010-5436639,
012-4828962
016-4371023
Puan Asmah.

PUSAT TAMBAHNILAI KUASA MINDA SETEMPAT, JITRA ARITHMETIK SYSTEM
Mudah......Cepat.....Berkesan.

"Minda adalah seperti payung terjun.....ianya hanya berfungsi apabila di buka'John Dever
Maksudnya hebat manapun  sistem yang dipelajari, mesti gunakan  baru berguna untuk diri dan orang lain.

Saturday 22 June 2013

Panduan Asas menggunakan sempua atau abacus

Bismillahhirahmannirahhim.
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi penyayang,selawat dan salam untuk para junjungan serta doa restu untuk ibu ayah yang sangat dikasihi.Tak lupa pada puan Anys Idayu Zakaria dan puan Masayu Ahmad yang telah dipertemukan Allah untuk membantu saya  yang ayu-ayu belaka ....mudah-mudahan sentiasa dalam perlindungan Allah selalu.amin.
Hari ni nak kongsi cara menggunakan sempua atau abacus.mula-mula letak sempua di hadapan anda.Tak kira berapa tiang sempua tu, tiang tepi sekali sebelah kanan tu tiang rumah sa,rumah puluh, rumah ratus dan seterusnya.Bahagian bawah palang adalah satu hingga empat, sepuluh hingga empat puluh,  dan seterusnya,Bahagian atas palang adalah lima,lima puluh  dan seterusnya.Kita mula kira dari manik satu sebelah kanan 1,2,3,4 (manik bawah),5(manik atas),6(atas satu bawah satu),7,8,9.10 ialah manik bawah pertama di tiang no 2 pula.11,12,13,14 dan seterusnya.tiang tepi sekali rumah sa tiang no 2 adalah rumah puluh dua-dua tiang boleh kira hingga 99.
Selamat mencuba kalau dah boleh kira nombor asas dalam arithmetik tu boleh la belajar  kaedah tambah dan tolak nanti.setakat itu dulu sas teori sempua ,mudah-mudahan dapat memberi sedikit gambaran bagaimana menggunakan sempu.selamat mencuba.boleh bertanya jika berminat saya akan tunjukkan dalam talian.insyaalah.

Friday 21 June 2013

PENGENALAN DIRI

Asalamualaikum pembuka bicara.
Bismillahhirrahmanirrahim, dengan nama Allah yang maha pengasih lagi penyayang...segala puji bagiMu YaAllah....Selawat dan salam keatas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.,keluarga serta sahabat r,a.
Salam kasih sayang juga untuk kedua ibu ayah,sahabat sejati dan salam  perkenalan untuk semua sahabat baru.
   Alhamdulilah syukur atas semua kurniaanNya,kesihatan yang baik, kehidupan yang sentiasa bahagia ,keluarga yang sangat memberi sokongan,sahabat yang sentiasa mendorong kearah kebaikkan.mudah-mudahan sentiasa berterusan limpahan rahmat untuk kita semua.Nama saya Asmah Binti Md.isa....arwah ibu saya cakap maknanya ikut Asmak Abu Bakar tapi pejabat pendaftaran tulis Asmah....maklumlah orang dulu sekolah dewasa tak pandai sangat membaca....tapi arwah mahu saya menjadi kuat dan berani seperti nama hebat itu..Alhamdulillah terima kasih atas nama yang baik ini saya selalu di depan dalam kelas pun nama saya dulu di panggil sebab mula huruf A.Saya dilahirkan pada 15 mei 1969 di Kubang Pasu kedah Darulaman.Ibu asal dari Simpang Empat Perlis dan Ayah dari Kampung Berjaya Alor Setar.
       Saya membesar di Sekolah Kebangsaan Padang Perahu dan Sekolah Menengah pulau Nyior Jitra sehingga tamat STPM .Selepas itu saya berkerja di Pulau Pinang selama 6 tahun untuk membantu keluarga dan adik bungsu sehingga tamat STPM dan melanjutkan pelajaran ke IPSI.saya berkahwin dan menetap di perak Darul Ridwan dan kemudian Ke Kajang Selangor sehingga tahun 2003.Saya kembali ke Negeri Jelapang Padi  dan ingin menjaga ibu yang semakin uzur dan bersamanya hingga ke akhir hayatnya pada tahun 2005.Alhamdulilah saya mendapat peluang menjaga ibu yang sakit,saya tinggalkan semua kerja dengan bercuti tanpa gaji selama hampir setahun ..kerana saya yakin Allah sentiasa bersama saya saat itu. .Sejak awal lagi saya sentiasa ingin bersama ibu bila arwah sakit walaupun hanya demam...saya dah tak tenang buat kerja pun tak boleh dah kena balik tengok juga.Walaupun kini ibu dah kembali ke rahmatullah saya sentiasa rasa kehadirannya dihati saya.Alhamdulilah.
    Disinilah bermulanya kisah saya setelah saya kembali berkerja, saya mempelajari kaedah Mental Arithmetik  berulang alik dari kedah ke penang.Saya meman minat dengan matematik dari sekolah lagi..Tujuan asal adalah untuk mengajar anak sahaja ketika itu berusia 4 tahun .semasa di kajang saya mengajar di tadika ,saya suka berkerja dengan kanak-kanak .Kata orang ilmu kalau dikongsi lebih berkat, saya pun mengajar anak-anak jiran tentang sempua dan Arithmetik..wow nampak berkesan.Anak-anak jiran dah cekap sifir dan boleh dapat A dalam matematik...yalah anak sendiri kecik lg kan.,tapi sentiasa saya bawa ke dalam kelas di rumah tapi 5 tahun dia buat kerja dialah, melukis mewarna dan menconteng....buku dia dan buku orang sekali....tapi apa yang didengar tak sia-sia.semasa umurnya 7 tahun dia senang menghafal sifir dan berani baca dihadapan kelas tanpa rasa malu lg Alhamdulilah.sampai sekarang matematik menjadi subjek paling diminati., Seorang anak yang sangat mudah diurus sebab pandai berdikari dan tahu menyelesaikan masalah sendiri dan boleh membantu dalam kelas saya juga.bukankah matematik ni mengajar kita mencari jawapan dengan kaedah yang betul jadi boleh aplikasikan dalam kehidupan juga.
     Pada 20.julai 2007 , lahirlah buah hati saya Jitra Arithmetik System dari rumah saja tapi saya mula masuk ke sekolah  dan tadika berhampiran untuk memperkenalkan kaedah Arithmetik sempua berasaskan  teori jari dan sempua.Matlamat saya untuk membantu anak bangsa saya menguasai sifir seawal 6 tahun ,agar dapat melahirkan generasi yang celik matematik .Syukur alhamdulillah  sekarang penerimaan semakin menggalakkan sambutan kanak-kanak 6 hingga 14 tahun. terima kasih kepada pihak Mara kubang Pasu dan Mara Kangar kerana memberikan pejabat untuk saya menjalankan kelas ini .terima kasih juga kepada semua ibubapa yang telah memberi kepercayaan  sehingga kadang-kadang 3 beradik sekali masuk kelas serentak sebab tulah saya namakan PUSAT TAMBAHNILAI KUASA MINDA SETEMPAT walaupun umur tak sama dan buku taksama tapi satu kaedah dan satu matlamat.Yang laju boleh ke depan tetapi yang kurang laju tetap diberi keutamaan. agar dapat bersama digunakan untuk membantu mencapai kecemerlangan.
    Saya berkerja setiap hari,mengikut kawasan dari kedah ke perlis  ,sebelum ke kelas saya pastikan tanggungjawap dilaksanakan , saya sangat meminati apa yang saya buat sekarang , mungkin sebab tu tak merasa penat walaupun bagi orang lain meletihkan.
         Semoga Allah sentiasa beri saya kesihatan yang baik.agar dapat teruskan berbakti, semoga tenaga pengajar yang telah saya latih mampu meneruskan usaha murni ini untuk anak bangsa kita, terima kasih ALLAH kerana dengan kasih sayangnya saya dapat menempuh semua kesusahan dan cabaran untuk memulakan perniagaan ini tanpa modal kewangan yang banyak, hanya keyakinan dan keberaniaan .Allah juga menentukan segalanya, dengan izinNya nanti mudah-mudahan saya dapat menambah nilai kuasa minda  dengan pekhidmatan yang seikhlas-iklasnya..bukan hanya mencari keuntungan semata-mata.Mudah-mudahan Allah memberi saya peluang membantu lebih ramai kanak-kanak lagi nanti  dengan melatih lebih ramai tenaga pengajar lebih ramai budak dapat belajar insyaalah.nanti saya kongsikan lagi bagaimana nak kenal anak kita otak kanan atau kiri pulak ye......
asalamualaikum dan salam persaudaraan dari saya.

Thursday 20 June 2013

Pengenalan Diri

Buah cempedak diluar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya mak budak yang baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

Asalamualaikum sekali lagi,tengah asyik menulis tiba-tiba ilang....terima kasih kepada Puan anys Idayu Zakaria dan Puan Masayu Ahmad kerana mengajar saya dengan sabar.Semoga diberkati Allah sentiasa...amin.

Pernahkah kita terfikir kenapa anak anak kita susah untuk menguasai sifir...mengikut pemerhatian dan kajian selama lima tahun saya bersama kanak-kanak ialah kita lambat memperkenalkan sifir kepada mereka.Pendedahan seawal enam tahun merupakan permulaan yang sihat untuk menguasai sifir, insyaalah dengan proses yang berterusan apabila umurnya mencapai lapan hingga sepuluh tahun,sifir sesuatu yang menarik dan mudah baginya.
Saya melalui Jitra Arithmetik System telah mencuba kaedah ini selama lima tahun dan saya dapati 80% pelajar akan menguasai dengan cepat dan dapat mencapai A dalam matematik.20% lagi akan mengambil masa atas faktor individu sebab proses pembelajaran mengikut kuasa minda masing-masing.
Nanti saya kongsikan lagi bagaimana untuk memupuk minat kanak-kanak agar merasa sangat "BEST" bila buat matematik.Segala yang baik dari Allah ,sebarabg kelemahan adalah dari saya dan saya sentiasa cuba akan perbaiki dari masa kesemasa.insyaalah.salam kejayaan untuk semua

Wednesday 19 June 2013

PANDUAN MATEMATIK UNTUK KANAK-KANAK

MEMUPUK MINAT KANAK_KANAK KEPADA MATEMATIK MELALUI  KAEDAH  MENTAL ARITHMETIK.


Bismillahhirahmanniarahim.
Mental Arithmetik   merupakan proses pengembangan minda  iaitu memaksimakan penggunaan otak kiri dan kanan.Sebenarnya kebanyakkan kita hanya menggunakan  sebahagian saja fungsi otak, Mental Arithmetik ternyata dapat membantu mengembangkan minda  kanak-kanak sehingga 100% jika terus digilap sekurang-kurangnya setiap minggu.Anda tidak akan dapat gambaran sejauhmana keberkesanannya sehingga anda mencubanya atau bertanya kepada anak-anak jiran atau anak-anak saudara yang telah mempelajarinya .Anda sebagai ibubapa juga akan turut teruja sekiranya baru petama kali belajar atau melihat anak mengira menggunakan kaedah Mental Arithmetik.

Mengikut kaedah biasa jari kita hanya mempunyai nilai sepuluh sahaja, iaitu lima di tangan kanan dan lima di tangan kiri.Jangan sempitkan pemikiran anak kita dengan sikitnya nilai jari mengikut kaedah biasa. Mengikut kaedah Mental Arithmetik  dua-dua tangan bernilai sehingga sembilan puluh sembilan. Wow banyakkan .Siapa nak tahu bagaimana? Saya akan cuba terangkan agar anda boleh praktikkan sendiri  dirumah bersama anak kecil anda melalui latihan lisan seawal awalnya.tambah teruja lagi biasanya menyebut nombor dalam bahasa inggeris  dan bahasa melayu.

Mulakan dengan tangan kanan yang mewakili rumah sa (1 hingga 9)
Jari telujuk  bernilai satu,
Jari telunjuk dan jari tengah bernilai dua,
Jari telunjuk , jari tengah dan jari manis bernilai tiga,
Jari telunjuk, jari tengah ,jari manis dan jari anak bernilai empat.
Sekarang kira satu, dua ,tiga dan empat.....dah dapat caranya boleh mulakan dengan empat jari dahulu, tambah dan tolak empat no ni. Contohnya 1+1 =2,  2+2 = 4,  3+1=4,  1+2 = 3, 3 +1 = 4,ceritakan jika tambah jari naikkan atau tegakkan, Selesai menambah masuk proses penolakan pula dengan empat nombor juga sebagai asas.Contohnya 4 -1 = 3,  4 -2 = 2,  4-3= 1,  4-0 =4,sehingga anak boleh beri jawapan yang betul mengikut jarinya di tangan kanan.

Buat proses yang sama ditangan kiri, tangan kiri mewakili rumah puluh iaitu dari 10 hingga 90.Sebaik-baiknya sehingga 40 dahulu gunakan empat jari ditangan kanan dan empat jari disebelah kiri. Jika jari telunjuk kiri dan jari telunjuk kanan di tegakkan,nilainya sebelas, dua jari dikanan dan kiri nilainya dua-puluh dua, seterusnya tiga puluh tiga,dan empat puluh empat.Lapan jari saja sudah dapat kira hingga 44.hebatkan.

Cuba soalan ini:
11 + 5 =  
12 + 2 =
13 + 5 =
22 + 5 =
25 + 4 =
33 + 5 =
44 + 5=
45 + 3 =

Selamat mencuba puan -puan ini adalah kaedah mengajar anak-anak sendiri di  tahap satu dan tadika.untuk tahap dua boleh terus ke angka yang lebih besar  sehingga 99.Contohnya ibu jari tangan kiri dan kanan adalah 55, ibu jari dan jari telunjuk dua-dua tangan bernilai 66,seterusnya 77,88 dan 99.Sekarang boleh reka soalan untk tahap dua .Contohnya 52 + 45 -15 -22 +19 -55 + 25 = 49 .Latih menjawap soalan dengan cepat dengan membuat kuiz dan seumpamanya untuk membina rasa ceria dan semangat diantara kanak-kanak di dalam kelas atau dirumah.Beri imbuhan  kepada siapa yang dapat mejawap dengan cepat dan tepat.Pasti kanak-kanak sentiasa menunggu masa untuk kuiz untuk mempamerkan kehebatan masing-masing.Dua jam kelas rasa sekejap saja sebab pengisian nya  dan proses pengiraan yang menarik.Insyaalah.

Proses menggerakkan jari inilah yang menggerakkan otak,Otak kanan berfungsi apabila tangan kiri digerakkan,begitulah sebaliknya jika banyak guna tangan kanan saja ,otak kiri la yang berfungsi tulah anak suka berebut, mementingkan diri dan tak suka berkawan,Harapnya lepas banyak menggunakan tangan kiri , otak kanan akan lebih berfungsi,maka akan terbentuklah anak-anak yang kreatif, bertimbang rasa, dan menyayangi adik-beradik. .....


Harapnya puan-puan mencuba kaedah ini di rumah , mudah-mudahan tulisan yang tak seberapa ni dapat membantu anda  memupuk minat kepada benda-benda yag positif.Positifkan minda kerana hanya minda yang positif akan menghasilkan tindakan yang positif juga.apa yang baik dari Allah ,Jika ada kesilapan saya mohom maafkan dan insyaalah akan diperbaiki dari masa ke semasa.