Monday, 1 July 2013
Panduan Belajar Menggunakan Sempua
Bismillahhirahmaniahhim.
Letak sempua dihadapan adik-adik.Tangan kiri adalah untuk memegang sempua supaya tidak bergerak semasa mengira nanti ya.Tangan kanan adalah untuk menguak manik sempua iaitu menolak manik keatas dan kebawah disebut menguak...bukan menguap tau. Gunakan tangan kanan untuk memegang pencil dan mengira dalam masa yang sama.Gunakan jari manis dan anak jari untuk memegang pencil.Tujuannya supaya dapat mendisiplinkan jari supaya tidak mengganggu semama mengira nanti.Jadi hanya tiga jari sahaja digunakan untuk mengira.
Gunakan ibu jari untuk menambah manik bawah ke atas. Gunakan jari telunjuk untuk menolak manik bawah ke bawah.Jari telunjuk dan jari manis saling membantu .Gunakan jari tengah @ jari hantu untuk manik atas samaada untuk menambah atau menolak.
Mula-mula tambah 1 disemua tiang dulu, kemudian tolak 1,ulang-ulang tambah dan tolak untuk mahirkan jari,semakin kerap di ulang semakin lembut pergerakan jari nanti. +1, -1 +2, -2 +3, -3 +4, -4 +5, -5, +6, -6, +7, -7 +8, -8 +9, -9 Ulang di semua tiang sehingga mahir.dalam 5 hingga 10 minit.
Boleh tambah nilai puluh jika nilai sa dah pandai.Contohnya: +11, -11, +22, -22, +33, -33, +44, -44, +55, -55, +66, -66, +77, -77, +88, -88, +99, -99. Mesti gunakan jari yang betul supaya teratur dan mudahkan proses pengiraan.Awal-awal penggunaan memang lah lambat-lambat, insyaalah dengan teknik yang betul semua dapat diatasi.Gunakan sempua yang berwarna putih supaya otak mudah menghafal dan mencongak nanti. Selamat mencuba.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment