teks Asmah Mdisa.
Jitra Arithmetik System.
pusat kuasaminda setempat.
umur 6-14 tahun.
Asalamualaikum.wbt kepada semua pembaca yang di hormati.Hari ini
mudah-mudahan minda yang positif akan membantu perjalanan hidup yang
berterusan.siapa yang tak terkesan dengan isu semasa semalam, tetapi
hidup mesti diteruskan.semakin mencari jawapan kenapa, mengapa,pasai apa
,awat dan sebagainya tidak akan menyelesaikan
masalah .Jangan kerana nya , kerja kita terjejas, kualiti dan kuantiti
kebaikan berkurang kerana merasa tidak ada "mood" nak keja.Paling di
takuti kita buat doasa kering hari ini, mengungkapkan kata-kata yang
negatif kepada orang lain.
Setiap ungkapan adalah doa yang
sentiasa di aminkan oleh para malaikat di kiri dan kanan kita.Jika
ungkapan yang tidak baik diaminkan...nauzubilah takut dibalikan kepada
yang mengucapkannya.Dua tiga hari lepas kita dah ucapkan bertapa
bersyukurnya tinggal dan ditakdirkan menjadi rakyat Malaysia, sebab aman
dan bebas merdeka.Hari ini mengapa tak bersyukur sebab naik sikit kalau
naik banyak macam mana?
Saya usahawan pendidikan kecil
sahaja, sepatutnya lagi risau sebab bila kos hidup bertambah permintaan
untuk pendidikan tuisyen mungkin terjejas.Mengapa saya harus membuat
keputusan untuk esok sedangkan hari ini tidak diselesaikan dengan
sempurna,Rezeki Hanya Allah boleh tentukan ,Tanggungjawap kita sebagai
manusia hanya berusaha dan bertawakal. Tahun hadapan saya mesti siapkan
plan pemasaran yang lebih baik dan lebih hebat dari sebelumnya
,Maksudnya kita kena jadikan isu semasa satu cabaran untuk kita lebih
berusaha .Mudah-mudahan dipermudahkan Allah jalannya.
Orang
berjaya biasanya bukan ada satu perniagaan saja.Marilah kita merebut
peluang perniagaan lain yang ada depan mata yang sesuai dengan ilmu yang
ada dalam diri kita.Keluarkan potensi diri yang sebenar.Jangan lupa
minda mesti fikir positif.Mesti ada mentor yang hebat,ilmu yang
berkaitan dan tindakan segera.Ada orang yang berminat tetapi selagi tak
bertindak selagi itulah akan menjadi angan-angan.Kuasa untuk bertindak
mesti bermula dari minda yang positif.
Alhamdulilah
YaAllah ,hanya padaMU hamba memohon ampun atas kesilapan dan dosa
hamba.Hamba percaya barang siapa yang bertakwa dan berusaha dengan
bersungguh-sungguh, nescaya Allah akan melepaskan dirinya dari masalah
hidup dan diberinya rezeki dari sumber yang tak terduga.Barang siapa
yang bertawakal hanya kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan
keperluannya.Hanya Allah yang tahu bila ,dimana dan bagaimana ketentuan
atas tiap sesuatu
Terimakasih buat mentor hebat Puan masayu
Ahmad dan Puan Anys Idayu Zakaria atas ilmu yang diajar.nasihat yang
berguna serta niat dan keihlasan untuk membantu menjadikan impian suatu
kenyataan.semoga Sentiasa dalam perlindungan dan kasih sayang Allah.
asmahmdisa59.Blogsot .com
asmahmdisa@yahoo.com
asmahmdisasunnahonline.com
panduan Matematik untuk kanak-kanak.
No comments:
Post a Comment