Wednesday, 25 September 2013

bukan sekadar kelas sempua

teks Asmah Md Isa:

Saya teringat beberapa dailog."Cikgu ada buat kelas tuisyen lagi sekarang", tanya seorang ibu yang pernah menghantar anak belajar tuisyen subjek di rumah saya. "Buat lagi, tetapi kat rumah dah tak buat sebab dah sewa kedai dekat Arked Mara, lagipun sekarang saya hanya buat kelas sempua saja ."jawapan saya. Ibu tadi pun jawap "mmm sempua saja ya, saya nak cari kelas subjek sebab anak saya dah biasa dengan cikgu" jawapannya memberi saya satu kesimpulan ibu ini masih belum tahu kelebihan kelas sempua saya,

Saya tak salahkan beliau sebab tak nampak apa yang saya nampak, dia hanya nampak sempua suatu alat permainan yang akan digunakan oleh anaknya bila dah jemu  nak belajar nanti, Sempua ada di kebanyakkan rumah saya pasti sebab pada tahun 2004 ada diperkenalkan disekolah untuk pelajar tahap satu . Tak tahu dimana silapnya akhirnya tak berjaya dan yang tinggal hanya sempua sebagai kenangan. Kebanyakkan ibubapa merasa begitu kerana tak nampak keberkesanannya,

Ada juga ibu bapa yang tahu kelebihannya mengambil tindakan menghantar anak-anak tersebut ke kelas Mental Arithmetik untuk meneruskan apa yang dipelajari di sekolah. Alhamdulilah mungkin ibubapa tersebut memang faham kelebihan kaedah ini dalam perkembangan minda kanak-kanak.Ada juga yang sudah memiliki anak yang skor 5A setiap subjek pun masih mahu menghantar anak belajar kaedah ini kerana mereka sangat faham, dalam kehidupan bukan hanya perlu skor A dalam pelajaran tetapi sentiasa A dalan pemikiran dan tindakan.Syabas untuk anda.

Untuk makluman, kaedah Mental Arithmetik ini adalah proses mengaktifkan otak kanan dan kiri,Tujuannya adalah untuk membina kreativiti dalam pemikiran dan memaksimakan logik akal melalui latihan.Membantu pelajar menyedari tanggungjawap sebagai murid,sebagai anak dan yang penting tanggungjawap sebagai hamba Allah.Dalam tempoh enam bulan  hingga setahun, nilai positif akan terbentuk seperti dah rajin buat kerja sekolah, kurang melawan cakap ibubapa,rajin bertanya,suka mempamerkan kemahiran dia dihadapan kawan terutama kehebatan sifir dan rajin solat.

Kelas Mental Arithmetik ini bukan hanya sekadar kelas sempua, sebenarnya ia lebih dari itu.Kelas yang sangat istimewa hanya 20 murid satu kelas supaya setiap pelajar mendapat yang terbaik setiap sesi. Kelas yang melatih pelajar menguasai sifir sepenuhnya, pusat setempat untuk adik beradik untuk memudahkan ibubapa menghantar anak mereka. Pelajar juga diberi sijil jika lulus dalam ujian yang disediakan.

Walaupun kaedah ini hebat untuk minda Minda ibubapa mesti yakin dengan anak mereka menguji minda setiap masa barulah nampak keberkesanannya dan anak merasa perlu menjadi hebat untuk gembirakan ibubapanya. Janganlah berkata sesuatu yang mematahkan semangat anak terutamanya yang nakal .Senakal mana juga anak-anak kita, tidak akan kemana dia jika doa ibubapa untuk menjadikannya anak soleh lebih hebat dari kenakalannya.Mohon lah hanya kepada Allah...wallahualam
 

No comments:

Post a Comment