Bismilahirahmanirahim...................
Asalamualaikum wbt...Masuk hari ni dah lebih seminggu tak bersama anak-anak murid. lama cuti raya kali ni...sekarang dah mula rasa rindu dengan keletah dan perangai mereka...ada yang kuat bercerita,ada yang sangat manja, yang suka mengampu cikgu pun ada......bagaimana jika dah berenti mengajar ni...mesti tak tentu arah .Teringat ingat perangai mereka bila duduk dalam kelas sorang-sorang .
Paling diingat adalah pelajar paling nakal, setiap kali nak pergi kelas yang ada pelajar nakal saya selalu sedekahkan dia surah Al fatihah..doa untuk melembutkan hati yang saya amalkan dari dulu,saya bacakan sepanjang perjalanan dan sedekahkan kepada pelajar tersebut..Inipun saya dapat dari rancangan tanyalah ustaz tv9.Alhamdulilah memang berkesan dan boleh dimanfaatkan untuk menangani anak anak yang bermasaalah, unuk anak sendiri bacalah setiap masa jika teringat atau curiga takut-takut anak buat benda yang kita tak suka, ikut kawan-kawan kita bacakan Surah Alfatihah...untuknya mudah-mudahan roh dalam jasadnya sentiasa dipandu kejalan yang benar.
Esok dah nak mula ke pejabat dah rasanya banyak yang nak dibuat.ada buku yang belum siap untuk stanby kelas minggu depan.kertas ujian yang belum di semak.ada juga sijil yang belum siap prosesnya.Mudah-mudahan tiada buku yang hilang, abacus yang tak tahu mana letaknya atau bag yang tertinggal di kampung...maklumlah cuti raya panjang biasanya macam tu lah.
Tahniah kepada pelajar UPSR 2013 yang mendapat 5A dalam ujian percubaan UPSR sebelum cuti Raya.Saya tumpang gembira dengan kejayaan atas usaha mereka.Sebaik mana juga kaedah tidak ada maknanya jika tak mahu menggunakannya sebaik-baiknya.tahniah danTeruskan kecemerlangan anda menghadapi upsr nanti .Saya sentiasa berharap dapat membantu melalui kaedah yang telah diajar
BERUSAHA DAN BERTAWAKAL HANYA KEPADA ALLAH
No comments:
Post a Comment