Monday, 26 August 2013
ALHAMDULILAH....
Bismillahirahamhim.................Syukur Alhamdulilah....Aku dilahirkan sebagai wanita muslimin.Alhamdulilah aku telah melengkapkan kehidupan ibu ayahku sebagai anak...aku akan jadi anakadamu yang solehah didunia dan akhirat.Terima kasih kerana memberi aku ibu bapa yang telah mengajar aku banyak sekali tentang kepayahan ...untuk menjadikan aku kuat dan sentiasa bersemangat untuk hidup masa hadapan.
Tidak dinafikan aku pernah mengeluh dan menyalahkan kedua orang tuaku ketika aku kecil...budak-budak lagi.Aku sering bertanya kenapa aku tak boleh bermain seperti budak-budak lain.Setiap hari jika tidak sekolah aku terpaksa mengikut ibuku pergi menoreh getah, mencari rebung petangnya mengikut ibu ke bendang menanam padi pula.Aku tidak dibiarkan bermain seperti kanak-kanak lain, Rasanya mungkin semua adik beradik dilatih macam ni ...tak pasti ,tapi yang selalu kena akulah.
Alhamdulilah....kedua ibubapa telah memberikan pendidikan agama mengikut kemampuan mereka....aku ingin ke sekolah agama agar aku dapat menghafaz Al quran.Apakan daya tak tercapai asalkan dapat bersekolah aku dah sangat bersyukur.Pendidikan agama yang sedikit itulah mampu menjadi benteng dalam menjaga batas-batas kehidupan ku sebagai seorang muslimah.Walaupun jauh dari ibu ayah ketika aku berkerja di Pulau Pinang, aku bersyukur dapat menjalani kehidupan tanpa perkara-perkara yang boleh melukakan hati mereka.Aku juga pandai memilih kawan yang tidak membawa aku ke jalan yang salah.....Alhamdulilah.
Diusia ini aku ingin menjadikan anak yang kudidik sejak kecil menjadi anak yang soleh .dimana dan bagaimanapun jua...aku ingin bersamanya, melihat dia membesar rasa bagai sekelip mata dah besar anakku.Walau dialah satu-satunya permata tunggal yang aku miliki.Dia adalah amanah Allah, walau sangat menyayanginya tidak melebihi cintaku pada Allah.Aku sentiasa memohon petunjuk dalam memberi pendidikan kepadanya.
Walau kedua ibuayahku bukan pakar motivasi tapi aku yakin mereka ada skill tersendiri dalam mendidik anak-anak.pertama mesti beri pendidikan agama yang cukup, kedua mengajar mereka bekerja dengan mengikut kerja yang kita buat setiap hari supaya anak-anak merasai kesusahan kita mencari rezeki yang halal.Ketiga jangan terlalu manjakan anak dengan wang dan kemewahan.harus utamakan keperluan bukan kemahuan.Jadilah ayah dan ibu yang boleh menjadi sahabat,kawan,dan segala-galanya buat anak supaya dia tidak mencari kawan lain jika ada masalah.Inilah yang saya sedang usahakan.....mudah-mudahan Allah sentiasa membantu saya mendidik anak-anak mengikut acuan ibu bapa mendidik saya.
Labels:
catatan harian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment