Assalamualaikum wbt
..... Bismilahirahmanirahim.
Alhamdulilah
dapat habiskan tarawih semalam, malam
akhir untuk tahun ni.Syukur alhamdulilah
atas izinNya memberikan nikmat masa terluang ,nikmat badan yang sihat,nikmat
umur yang panjang dan nikmat hati yang tenang buat hamba allah yang berkesempatan
merebut tawaran mega dari Allah untuk tahun ni.
Alhamdulilah
tahun ni sangat berbeza dari sebelumnya tiada lagi keinginan memantau offer di
pasaraya, walaupun ada satu pasaraya baru buka sempena Aidilfitri ni.Tiada lagi
rasa ingin mencari resepi tergolek di baza2 ramadhan.Keinginan merebut tawaran
Allah mengatasi segalanya.Alhamdulilah Ya Allah memberi hamba perasaan ini.
Rasa sedih
dan sayu yang sangat dalam untuk berpisah dengan Ramadhan kali ini.Hampir
sebulan bersama kawan-kawan arwah ibu di
masjid ramadhan ini menjadikan sebak yang tak dapat dibendung lagi...selepas
doa terakhir semalam.Apa juga takdirmu ya Allah Hamba redha kerana hamba yakin
Allah tahu apa yang terbaik untuk hambanya.tapi...hamba tetap memohon...agar
umur hamba dipanjangkan lagi dengan memberi nikmat umur dan perasaan seperti
tahun ini.
Hamba juga
mohon diberi kebebasan keewangan yang lebih lagi agar banyak program amal dapat
di taja terutamanya untuk sekolah tahfif dan anak yatim .Lebihkan perasaan
untuk memberi dari menerima.Mudah-mudahan kedua arwah ibu ayah sama -sama
mendapat manfaat pahalanya.Mudah-mudahan semua amalan diterima Allah....amin
No comments:
Post a Comment