Salam Aidilfitri 1434H.
Bismillahirahmanirahim.
Dengan nama ALLAH yang maha pengasih lagi penyayang.Selawat dan salam keatas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.
Alhamdulilah Ramadhan kali ni berjaya melawan hawa nafsu, tidak lagi ke bazar Ramadhan.Alhamdulilah kerana kurniakan perasaan sederhana semasa berbuka dan berbelanja.Tidak lagi seperti tahun sebelumnya , tahun ni berbuka di masjid sahaja.Alhamdulilah juga kerana ada keinginan yang membara untuk ke masjid setiap hari untuk bertahlil untuk Arwah Ayah dan bonda yang telah kembali ke rahmatulah.
Alhamdulilah juga di beri perasaan yang sama kepada anakanda ku Khairul Bain , bersama-sama ibu ke masjid hingga habis tarawih.Mudah-mudahan kita diberkati Allah.Semangat yang ditunjukkan amat menyejukkan hati ibu.Setiap petang ketika ibu pulang dari kerja anakanda sudah bersiap menunggu ibu untuk kemasjid bersama-sama berbuka dan bertarawih.syukur Ya allah
Semua anugerah bagai sebuah kemenangan untuk kita berdua mengharungi Ramadhan 1434H kali ini dengan perasaan yang hebat.Masa terasa cepat berlalu ...sedar...sedar tinggal dua malam sahaja lagi untuk terus bertarawih.
Mudah-mudahan ada lagi Ramadhan untuk kami tahun hadapan untuk kami hadapi dengan perasaan yang lebih hebat lagi, persediaan dan pengharapan yang lebih baik...Amin
No comments:
Post a Comment