Friday, 16 August 2013

TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA

Bismillahirahmanirahim.

       Asalamualaikum.w.b.t.salam sejahtera kepada semua pembaca yang dihormati.Mudah-mudahan tulisan ini memberi pengalaman baru yang bermanfaat untuk kita semua.Sekiranya ada kesilapan saya mohon maaf dan akan sentiasa cuba perbaiki dari masa ke semasa.Insyaallah.

      Hari ni dah mula kelas di Changlun, lebih kurang 30 minit juga memandu untuk sampai.Keluar rumah jam 7.30 pagi lagi.Semangat baru lepas dah cuti lama. Semangat macam kena suntikan baru nak jumpa pelajar yang dah seminggu bercuti.Biasanya saya jarang bercuti lama macam ni dua tiga hari saja.Seperti di jangka saya sampai lima belas minit sebelum kelas mula.Memang saya suka begitu, saya akan sambut pelajar yang datang dengan cara tu dapat berinteraksi dengan waris,dapat tahu masalah pelajar sebelum masuk kelas seperti tak bawa alat tulis, tertinggal buku rumah nenek di kampung,tak berapa sihat semua waris akan bagitahu kita jika kita sambut mereka . Jadi bila dah mula kelas nanti kita dah tahu si A ni apa masalahnya, Si B pulak apa masalahnya.....senang kan kerja kita.

    Saya juga selalu ingatkan diri saya dan tenaga pengajar saya agar datang awal sebelum kelas mula dalam 15 hingga 20 minit awal.Tujuannya supaya kita lebih bersedia sebab tidak tergopoh gapah jika datang lambat.Biasalah jika kadang-kadang ter....lambat tapi tidak selalu.Pastikan kita sampai dulu sebelum pelajar sampai.Atur siap-siap kerusi dan dah tahu nak letak siapa disisi kita, tentulah pelajar yang lemah sedikit.Bila kelas bermula kita dah bersedia dari segi mental dan fizikal.

    Kelas saya bukanlah seperti kelas di sekolah .Kelas mental Arithmetik saya hanya 15 hingga 20 murid setiap sesi.Saya mesti pastikan setiap yang datang mendapat perhatian yang sewajarnya.Tujuannya supaya dia faham dan tahu buat sendiri bila pulang nanti sebab latihan bukan hanya bersama saya tapi ada juga latihan dirumah kepada yang nak cepat pandai..

   Saya juga ingatkan diri saya datang kelas dengan hati terbuka.Semua masalah sendiri simpan di rumah.Bersedia untuk mengajar dalam keadaan sihat dan ceria.Jika rasa tak sihat cepat-cepat makan ubat dan berdoa sepanjang jalan agar kelas kita di permudahkan oleh Allah.Hanya Dia yang boleh menggerakkan hati manusia.Mudah-mudahan hari kita tak berapa sihat tu , budah-budak dapat buat latihan tanpa banyak kerenah.Insyaallah.

   Alhamdulilah  kelas di Changlun selesai jam 10 pagi.Saya bergerak ke Alor Setar pula untuk kelas jam 11.00 pagi.Perjalanan alhamdulilah mengikut rancangan yang betul tidak terlajak dan sebagainya.Saya juga sampai 15 minit sebelum kelas bermula.Ada pelajar yang bawa kuih raya untuk saya.Alhamdulilah terima kasih.Tengahari saya bergegas balik rumah untuk pastikan anak kesayangan saya nak ke masjid untuk solat jumaat.Sampai dirumah dia dah siap berbaju melayu untuk ke masjid.Hanya tunggu saya untuk dapat kunci motosikal saja.Alhamdulilah sejuk hati saya yang penat pun hilang tengok anakanda dah sedia nak ke masjid.Alhamdulilah.

   Jam 3 petang saya ada kelas kat sekolah Kebangsaan Tunjang hingga jam 430 petang.Alhamdulilah ramai datang hari ni walaupun masih dalam mood cuti beraya.Yang best tu ramai yang siap tugasan di rumah dan 80 peratus menguasai sifir hari ini.Alhamdulilah walaupun banyak makan lemang dan ketupat tak lupa buat kerjarumah.Akhirnya tugasan terakhir saya jam 5 hingga 630 petang di Arked Mara Jitra.Alhamdulilah semua ditentukan dengan baik hari ini oleh Allah.Hanya DIA yang menentukan setiap kejadian.

      Terima kasih kepada waris yang memberi sokongan walaupun dalam mood raya tetap memberi kerjasama untuk kelangsungan bersama.Selamat Hari Raya kepada semua waris dan pelajar.Maaf zahir dan batin kepada semua.Sebarang kesilapan saya mohon jutaan maaf.Mudah-mudahan pengisian yang tak seberapa memberi sedikit inspirasi mengaktifkan minda anak-anak kita.insyaallah.





Kerjasama antara kita ibarat Aur dengan Tebing.Saling memerlukan untuk membina kekuatan bersama.

TAMBAHNILAI KUASA MINDA BERSAMA KAMI DI JITRA ARITHMETIK SYSTEM.

No comments:

Post a Comment