Wednesday 16 April 2014



  

Bismillahiahmanirahim.
Alhamdulilah tak putus-putus ucapan syukur atas setiap takdir Nya. Setiap kejadian ada hikmah, setiap ujian tanda kasih sayang Allah. Mana ada laut yang tidak bergelora, mesti ada namun keyakinan pada Allah dan yakin hikmah dan takdirnya, jiwa jadi tenang. Semakin hari keyakinan pada Allah semakin bertambah. Alhamdulilah. Dialah yang memberi ujian , Dialah juga memberi jalan keluar atas setiap permasalahan.


Apa juga nikmat, kehidupan yang bahagia, pasangan yang setia, anak-anak yang soleh dan solehah, sahabat-sahabat yang sanggup menangis dan ketawa pada waktunya, kesihatan yang baik dan  sebagainya semuanya hanya pinjaman dari Allah semata-mata. semuanya hanya lah ujian untuk kita terus dilandasan yang betul bukan untuk bermegah dan menindas yang lemah. Sebaliknya jika rumah tangga berantakan, anak-anak yang kuat melawan , hubungan kekeluargaan yang kurang baik sebenarnya Allah sedang menolong kita , makbulkan doa kita untuk dapat syurga Allah. Allah kirimkan ujian sebagai tanda untuk mengukur kesabaran dan ketakwaan kepada Allah. Anggap setiap ujian tanda kasih sayang Allah, setiap nikmat adalah pinjaman dari Allah. Insyaalah hidup akan jadi tenang dan sabar.

Sambutan kali ini sememangnya lebih dari biasa, Alhamdulilah. Pastinya kerana sudah ada blog Panduan Matematik untuk Kanak-kanak.



No comments:

Post a Comment