PEMBAHAGIAN DALAM OTAK MANUSIA
Otak manusia merupakan organ badan yang paling utama
Otak manusia terdiri dari tiga pecahan utama iaitu:
1-Otak kanan
2-Otak kiri,
3-Otak tengah.
1-Otak kanan adalah tempat untuk perkembangan hal-hal yang berkait dengan artistik, kreativiti, perasaan, budi bahasa, emosi, aluna irama, mampu berimaginasi, prihatin kepada warna, suka bergaul,prihatin terhadap orang dan keperibadian.
-Otak kanan adalah pengendali perkembangan EQ (Emotional Quotient)
- Otak kanan memproses maklumat dengan cepat (rapid), melewati ruang demensi fizikal yang dikenali sebagai spatia. Mempunyai tanggapan yang tepat(perceptual)
2-Otak kanan berkait dengan fungsi pembelajaran seperti kemampuan bercakap, kemampuan menyusun tatabahasa, membaca tulisan, kemampuan menghafal (nama waktu dan peristiwa), logika, angka dan analisis .
-Otak kiri adalah pengendali perkembangan IQ(Intelligence Quotient)
-Otak kiri pula memproses maklumat dengan cara yang berbeza yang lebih detail dan menyeluruh seta kemampuan menganalisa lebih terperinci.
3- Otak tengah adalah berkait rapat dengan kedamaian perasaan, tempat untuk kemanan dan yakin pada diri dalam rasa aman dan percaya pada diri.
-Otak tengah membantu mengimbangi fungsi otak kanan dan kiri.
-Terbina diatas landasan kepercayaan diri untuk mengaktifkan dan mengembangkan. Faktor persekitaran semasa membesar sangat mempengaruhi seperti kelakuan ibubapa.
Ini adalah gambaran yang saya temui dari google. Bagaimana pembahagian otak ini boleh dilihat melalui sikap anak-anak kita. Contohnya jika anak kita pandai berkawan tapi pandai juga mencari gaduh, rajin tapi kurang tersusun, cepat tapi kurang sempurna dan cekap tapi cuai.Otak mana yang banyak diaktifkan jika berkait dengan tingkah laku diatas. Jawapannya otak kanan. Jika anak kita hanya buat kerja apabila disuruh tapi kerjanya sempurna mengikut tahapnya, Banyak melihat dari bercakap tetapi jika bercakap boleh tahan pengamatannya. Membuat kerja yang sama tanpa jemu seperti membuka dan memasang kembali alat mainan yang sama, makanan yang sama, baju yang sama nak dipakainya walaupun terpaksa ambil di ampaian. Mudah mengingati nombor dan jalan-jalan yang disukainya contohnya rumah datuk dan nenek di mana, nombor rumah mereka dia suka dan mudah ingat.
kuasaminda pula adalah gabungan ketiga-tiga pecahan itu, tetapi lebih kepada otak kanan dan kiri kerana otak tengah mempunyai kaedah perkembangan yang agak tertutup. Contohnya Otak kanan membantu mengira dengan cepat manakala otak kiri memberi tumpuan kapada kaedah yang betul yang dihafal untuk menghasilkan jawapan yang tepat. Kekuatan imaginasi mudahkan bayangan sesuatu objek diserap ke otak kanan dan dibantu pula dengan kemampuan menghafal menghasilkan kuasa minda yang hebat dalam menyelesaikan masaalah. Kemampuan gabungan otak kiri dan kanan ini akan dibantu otak tengah untuk melahirkan keyakinan diri dan mengembangkan slogan aku pasti boleh dalam diri kanak-kanak itu.
Mendidik anak mengikut otaknya lebih mudah berbanding mendidik secara rambang saja. Mesti ada yang mampertikaikannya sebab dulu-dulu zama ibu ayah kita mengajar tak tengok jenis otak pun boleh. Orang dulu-dulupun tengok perangai untuk mengajar anak-anak.contohnya saya dan kakak saya walaupun kami sama-sama anak perempuan saya diajar lebih lasak sebab saya suka mencuba, tahan diuji dan mudah bergaul manakala kakak banyak diajar ilmu di rumah sebab kakak saya lebih fokus, jika masak tu cukup rasanya, kena sukatannya. Rupanya mak ayah kita sangat hebat kan.
Apapun kaedah pembelajaran untuk anak-anak kita, kebergantungan pada Allah tidak boleh abaikan. Bacaan surah-surah pelembut hati jangan sesekali ditinggalkan disamping doa seorang ibu yang tidak jemu-jemu mesti berterusan. Allah Maha tahu segalanya, berusaha dan bertawakal hanya kepada Allah.
"Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Allah akan lepaskan ia dari masaalah hidup dan diberikan rezeki dari sumber yang tak terduga dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan segala urusan dan Allah juga telah menetapkan ketentuan bagi tiap sesuatu" surah At thalaq ayat 2-3.....Wallahua'lam.
KUASAMINDA RAHSIA SEBENAR KEJAYAAN |

No comments:
Post a Comment